Bab 13

1.4K 61 5
                                    

 " Apa maksud awak, awak berjalan.. sampai ke sini, tapi awak tak tau macam mana??" aku tambah power kalut aku bertanya daripada kalutnya pertanyaan awal tadi selepas Am tidak menjawab persoalanku.

 Am duduk terkedu seorang diri di sebelahku sambil membelek sakan wajah dan tubuh badan Faz. Mungkin Am kenal, tapi nak tunggu dia ingat tu insyaAllah memang lama la. Faz yang sedar dirinya diperhati segera membetul-betulkan selimut pink Am yang sudah melurut jatuh menampakkan rambut ala-ala lalangnya itu. Aku pula diterjah dengan persoalan siapa, kenapa dan bagaimana dia boleh berada di sini, semuanya penuh menyumbat dalam kepala otakku. Sangat menyesakkan! Aku istighfar perlahan kemudian.. cuba bertenang.

 " Aku ada penyakit berjalan dalam tidur la, bengong! Sebelum ni aku berjalan pun, paling dahsyat tidur dalam tandas, kali ni.. uhh, stres gila!" keriuhan yang timbul tadi semakin meriah selepas sampai ke pengetahuan para hadirin yang tidak dijemput itu, bahawasanya budak tomboy itu dengan tidak sengaja berjalan dalam tidur (kalau dah berjalan dalam tidur, terang-terang la tak sengaja). "Jumpa kau aje, bala datang! Bala datang aje, ada aje kau! Kau ni memang stok.." sambungnya lagi memarahi aku. Aik? Aku pulak yang bersalah??

 " Tolong diam semua! Kamu berdua ditangkap dan perkara ini akan saya lapor kepada pihak keluarga saudara dan saudari, dengan saksi empat orang, yang kamu berdua telah berdua-duaan di dalam keadaan yang boleh membawa fitnah tanpa ikatan perkahwinan. Kamu berdua boleh membela diri di mahkamah. Buat masa sekarang, sila ikut kami ke balai untuk membuat laporan. Sebelum tu, boleh saya tengok IC kamu, cik?" ujar salah seorang daripada pegawai yang datang itu dengan muka serius. Dahinya berkerut menambahkan kegarangan yang terpancar daripada air mukanya. Rimas dengan segala kebisingan dan keriuhan yang timbul di situ. Dah la bilik sempit, panas pulak tu, ish! Keluhan di dalam hatinya terpancar jelas di wajah.

   Aku terduduk di atas katil, terkedu mendengar arahan tersebut. Si Faz pula aku tengok dah semangat tarik-tarik rambut pendeknya tu, manakala mukanya merah menyala menahan amarah, malu dan sedih barangkali. Mulutnya dimuncungkan dengan muka tak puas hati sambil memeluk tubuhnya sendiri rapat.

 " Cik, kami perlukan IC cik dalam kadar segera," tegur pegawai itu lagi, selepas Faz kelihatan seperti tidak mendengar permintaannya tadi.

 " IC apanya, aku datang sini bawak badan aje! Ish, kalut la kau, pakcik! Tunggu la aku balik bilik, aku dah kata kan aku berjalan dalam tidur!" bentak Faz geram. Aku menjeling ke arahnya, tajam. Amboi, budak ni, memang nak makan bebelan sejati aku kut. Serius aku pantang betul dengan orang yang kurang adab dengan orang lebih tua macam Faz ni.

 " Awak, tolong hormat orang yang lebih tua," aku menegur perlahan selepas aku lihat muka pegawai itu mula kemerahan. Suka hati mak bapak dia aje kan nak marah-marah macam tu.

 " Hei, kau siapa nak tegur-tegur aku? Bapak aku? Datuk aku? Tak kan? Bukan kan? So, please just shut your mouth up! Kau tak layak nak tegur aku dan aku tak suka orang tegur aku tiba-tiba macam ni, do you got it?? Huh, panas la aku duk lama-lama kat sini!" bengang Faz semakin meningkat. Berani mati tu dia sound aku balik! Aku bajet kalau dia duduk sebulan dengan aku, innalillah terus kena bebel dengan aku tiap hari!

 " Tolong senyap, semua! Cik, sila berpakaian lengkap dan ikut kami ke balai, dengan secepat mungkin," pegawai yang merupakan ketua kepada pasukan itu bersuara. " Dua orang daripada pegawai kami akan mengiringi cik ke asrama, sila beri laluan," katanya lagi meminta para pelajar lain yang memenuhkan ruang di hadapan bilik itu untuk beralih ke tepi.

 Faz keluar dengan wajah cemberutnya. Selimut yang dipakai tadi ditanggalkan dan dilempar kasar ke tempat asalnya. Terdengar bisikan nakal di telinga,

 " Betul ke dia ni perempuan, aku rasa dia ni kategori dua alam la, khunsa,"

 " Ye ke? Tapi, aku memang tak boleh blah la, comel kut dia ni, aku sanggup jadi gay kalau dia lelaki!" uish, statement gila namanya tu!

Hero aku TomboyWhere stories live. Discover now