Kalau mata aku tak silap lah, matanya aku tengok tiba-tiba sahaja dah hilang sebelah, mukanya pula berkedut yang amat, berdarah sana sini beserta nanah dan berulat putih, segera aku terpana. Tangannya pula hanya sebelah kanan sahaja yang ada, kirinya pula sudah tiada. Cuma kelihatan tulang kekuningan bersama lengan baju yang koyak dan lusuh berlumuran darah. Dia senyum di balik bibir yang mengalir darah pekat. Aku terkejut lagi. Mahu kena heart attack macam ni! Serius lah tadi dia okay, takde cacat-cacat macam ni! Serius, weh! Aku terjerit kuat di dalam hati. Muka pucat aku memberitahu segala isi hati aku kala itu.
Aku angkat punggung sedikit dan laju memandang ke bahagian belakang bas, biar benar kan pakcik ni. Semua yang aku tengok macam manusia biasa tadi dah berubah rupa. Ada yang tangan kudung, kepala pecah sehingga menampakkan otak dan mata terjojol keluar. Yang tengah pegang kaki dia pun ada! Allah! Tapi, err, pada pendapat aku la, tak payah kot pegang kaki kau yang dah tercabut tu! Dan kesimpulannya, semuanya sangatlah “cun-cun” dan yang paling penting, diorang tenung dan senyum pada aku! Senyuman termahal tu di abad ni! Alahai! Aku ni comel sangat kot sampai diorang nak tenung-tenung aku bagai??Oh, jadinya, memang benarlah tu apa yang pakcik ni kata! Benar, benar dan benar belaka.. Aku mengangguk-angguk kecil dan kembali memandang ke depan dengan gerakan seperti kartun slow motion. Bibir aku ketap dengan riak wajah risau. Bau hanyir tiba-tiba sahaja menyergah hidung aku. Aku tahan nafas. Aku lihat darah merah dan segar mula memenuhi ruang yang ada, penuh terpercik dan mengalir di dalam bas, di sana sini, pada tingkap, kerusi dan lantai, aku tengah pijak darah sekarang ni, okay! Aku mula bangun perlahan-lahan sambil memandang sekilas ke belakang, aku senyum cover macho, sempat lagi tu! Atau cover takut lah dalam erti kata sebenar!
Kemudian, aku segera toleh kembali ke depan, berjalan perlahan-lahan, dengan cubaan nak lari diam-diam katanya, tak tahu la menjadi tidak cubaan aku ni, harapnya diorang tak perasan la, kan.“ Kau nak ke mana tu??” oh, dah tertangkapkah?! Cepatnya! Cubaan aku nyata gagal! Suara garau pakcik bas itu menerkam kasar gegendang telingaku. Aku ketap bibir lagi. Ya Allah, apakah ini??
“ He he,” aku buat-buat gelak antara dengar dan tidak. Aku kalau dah blur macam ni la jadinya, gelak perasan comel perlahan-lahan dengan perasaan tak bersalah. Kakiku terasa melekat pada lantai bas, aku terdiam di situ, kenapa pulak ni, aduhai, sadis, sadis!
Tak sampai sepuluh saat kemudiannya, dengan tiba-tiba aje lagi, terasa bahu aku dicuit perlahan dari belakang. Tanpa berfikir panjang, ditambah pula dengan perasaanku yang sangat tidak keruan, aku elok berpaling ke belakang. Terpapar imej seorang gadis berlumuran darah pada leher dan kepala, terpalit juga darah pada pakaiannya yang mana pada ketika ini dia memakai skirt labuh hingga lutut berwarna hijau tua dan blouse biru tuck-in, gaya-gaya zaman nenek-aku-cun-lagi. Dia tersenyum padaku dan dengan tidak semena-menanya dia mencabut kepalanya. Aku terkejut bukan kepalang bila dia nak bagi kepala dia pada aku.
“ Ambik la,” kata kepala itu yang kini berada di atas tangan kanan wanita tersebut.
“ Err, takpe, terima kasih!” Aku jerit lantas lari laju terus aku terjun dari bas hantu itu. Entah mana kuasa aku dapat pun aku tak tau! Aksi superman aku tu boleh la diterima sebab aku terjun dengan eloknya mendarat dalam semak. Bas yang sangat kotor, hodoh dan pecah sana sini itu aku tengok menghilang begitu sahaja selepas kedengaran suara gelak tawa garau bersama jeritan yang membuatkan bulu roma aku meremang. Aku istighfar beribu kali sebelum aku berjaya bangun dan keluar dari semak tersebut.
Aku jadi bingung. Jam di tangan aku tilik. Dah pukul 8.41 pagi. Dah lewat sangat aku nak gerak ke kuliah. Ada mood lagi ke nak pergi kuliah kalau dah macam ni rupanya? Mahu demam seminggu kalau tak kena gayanya ni! Haish, tak boleh jadi betul. Aku berusaha menapak turun dari bukit yang agak curam itu, kembali ke arah kolej. Sempat aku kerling sebentar ke belakang, melihat ke arah gaung yang disebut oleh pakcik itu tadi dari kejauhan. Memang gaung di situ teramatlah dalamnya, kalau jatuh memang tak hidup! Gaung itu cuma dihadang dengan penghadang besi. Mujur pakcik bas tu tak bawak aku terjun gaung dengan bas-bas dia sekali, sipi aje lagi tadi, kalau tak, memang tak tengok dunia dah kot aku sekarang ni!
YOU ARE READING
Hero aku Tomboy
HumorSinopsis:- Khairul Ezzairy merupakan pelajar yang menitikberatkan soal agama telah menjadi popular kerana kelebihannya yang dapat melihat sesuatu yang paranormal dan telah membantu menyelesaikan kes misteri di universitinya. Kehidupannya yang biasa...