“ Rul! Rul! Bukak pintu, Rul!” kedengaran seseorang mengetuk kuat pintu bilikku sehingga mengejutkan Am yang sedang lena tidur. Aku yang sedang melayan kisah drama komedi Korea di dalam laptopku segera menanggalkan headphoneku selepas bunyi ketukan yang luar biasa kuatnya itu mengganggu-gugat fokusku pada cerita itu. Eh, aku pun layan Korea apa, jangan ingat kaum Hawa aje he he.
“ Siapa pulak ni.. ya, sekejap!” aku segera membuka pintu kerana ketukan bertalu-talu itu memang menunjukkan sesuatu perkara yang sangat cemas aka kecemasan lah kan. Muka Jeffry yang berpeluh bersama Rijal yang pucat terpampang di ruang mataku.
“ Kenapa ni, Jeff, Rijal..?” aku kerut dahi memandang ke arah mereka berdua. Yang paling dahsyat, Rijal la, sebab rupanya semacam orang yang terkena sampuk kala itu. Matanya tertumpu ke depan sahaja, pandang apa aku pun tak tau.
“ Bagi kami masuk dulu, boleh??” kalut Jeffry berkata sambil matanya melilau ke kiri kanannya. Aku meluaskan bukaan pintu bagi memberi mereka ruang untuk masuk. Jeffry memimpin Rijal kasar dan menolak rakannya itu laju ke atas katilku, menyuruh Rijal duduk sementara dia kalut mengarah aku menutup pintu secepat mungkin. Aku bengong-bengong lagi sebab tak tahu apa biji buahnya sampai macam tu sekali kalutnya Jeffry malam ni.
“ Rul! Kau kena tolong aku, Rul!” Jeffry berkata memulakan bicara selepas aku mengunci pintu bilik dan duduk di atas katil berhampiran mereka berdua. Am yang terjaga tadi sudah kembali tidur selepas bebelan ringkas plus meraban terdengar keluar dari mulutnya.
“ Aku kena ganggu. Rijal pulak lagi teruk sebab dia dua kali terkena malam ni, tu sebab dia jadi macam ni. Dia terkejut yang amat.” Jeffry bercerita. “ Dia kata dia jumpa penanggal dalam tandas tadi, lepas tu dia lari balik bilik, dia nampak pulak hantu The Ring macam yang aku nampak dulu sebelum dia!” Aku telan air liur mendengar. Aku ketap bibir memikir. Hantu lagi, weh!
“ Hantu The Ring?” tanyaku dengan dahi berkerut. Mulut yang sedikit menganga tu aku cuba tutup.
“ Hantu perempuan keluar dari skrin komputer! Bezanya kalau dalam The Ring, dia keluar dari TV! Kenapa la expert sangat benda-benda gitu sekarang ni. Ya Allah!” Jeffry memegang-memang dan menarik rambutnya tanda kesal tak sudah. Tak sangka wujud rupanya hantu macam tu, ingatkan dalam filem aje! Sesungguhnya dia berani bersumpah, kalau lah dia tahu hantu tu sebenarnya mendatangkan sakit otak dan jiwa, memang dia takkan sebut walaupun sekali untuk berjumpa dengan ‘mereka’!
Aku istighfar tiga kali mendengar pernyataan Jeffry. Ish, itu la takde penyakit cari penyakit. Ini mesti kes mulut cabul diorang la ni yang tak semena-mena memanggil benda bukan-bukan macam tu! Aku berbisik di dalam hati. Bibirku ketap dan aku cuba berfikir dengan pantas bagaimana untuk membantu mereka semampu yang boleh.
“ Kita kena bawa Rijal jumpa ustaz. Aku pun tak tahu apa aku boleh buat dengan dia. Cuba kau baca ayat Kursi dan hembus dekat dia sementara aku call ustaz Azam.” Ujarku yakin lalu segera bangun ke meja studi untuk mengambil telefon bimbitku selepas aku berdiam diri selama setengah minit.
“ Aku lupa ayat Kursi, Rul! Aku tak boleh fokus! Aku risaukan Rijal ni!” Jeffry membalas. Aku segera memberinya telefon bimbitku yang sudah aku dail nombor ustaz Azam, lantas segera duduk di sebelah Rijal yang sedang bersandar di dinding manakala matanya hanya diam seolah dipukau sesuatu. Kain basahnya sudah mula mengering sedikit namun tetap membasahkan tilam nipisku.
“ Istighfar, Jeff. Kau tolong cakap dengan ustaz, minta ustaz datang sini. Cakap kecemasan, dia akan faham,” aku berkata perlahan. Aku duduk bersila di depan Rijal, mula menutup mata dan membaca surah al-Fatihah serta ayat Kursi, tanganku tadah sehingga cukup tujuh kali bagi kedua-dua surah al-Fatihah dan ayat Kursi itu, lalu aku raub ke muka Rijal. Dia seolah tersedar dan mula meracau-racau tak tentu hala.
YOU ARE READING
Hero aku Tomboy
UmorismoSinopsis:- Khairul Ezzairy merupakan pelajar yang menitikberatkan soal agama telah menjadi popular kerana kelebihannya yang dapat melihat sesuatu yang paranormal dan telah membantu menyelesaikan kes misteri di universitinya. Kehidupannya yang biasa...