" Mama, tolongla pujuk papa, ma. Faz muda lagi ni, masak pun tak reti, macam mana nak kahwin, ma.." ujar Faz di dapur selepas mereka sampai di rumah. Mamanya, Datin Rosalina sedang meneguk air "Life Enzyme" untuk kesihatan sepanjang hayat, katanya. Dengar tak dengar mamanya memberi respons.
" Ma, please, please, please.. kita orang ni kena aniaya, ma, bukan salah kita orang pun, maaa.." kata Faz lambat-lambat sambil mengusap-usap lengan mamanya, dengan mata blink-blink yang selalu dibuat apabila dia ingin memujuk mamanya itu.
" Fazzy, mama tak boleh buat apa-apa, sayang. Semuanya papa dah rancang. Nasi dah jadi bubur, papa dah buat keputusan, Fazzy pun tahu kan papa macam mana. Kalau nak gali kubur sendiri, Fazzy cakap la lagi sekali dengan papa, mama tak nak campur," Faz mencebik kemudian mengeluh.
Mamanya bangun ke sinki untuk membasuh bekas airnya tadi dengan muka selamba. Faz yang dipanggil dengan Fazzy itu hanya merenung tanpa bicara, merenung penuh penyesalan dan kesakitan. Uhh, kenapa nasib aku begini teruk?? jeritnya kuat di dalam hati. Wajahnya melambangkan ketidaksenangan hati.
" Lagipun, mama suka Khairul, orang macam dia satu dalam sejuta, Fazzy," sambung mamanya seolah bersyukur dengan rancangan takdir. Mungkin ini adalah pertolongan Tuhan yang dihantar untuk mengubah anak perempuannya itu. Dah lama sangat Faz hidup menyusahkan hatinya dan suami disebabkan perangainya yang tak pernah kenal erti takut atau bahaya. Dah berapa puluh kali jugak dia pergi ke balai untuk mengikat jamin, disebabkan suaminya orang berpengaruh aje yang tak menyebabkan Faz dihantar ke sekolah budak rosak akhlak.
Apa lagi yang dia tak buat, boleh kata semua cara dia dah buat untuk cuba mengubah perangai budak tu tapi tak pernah langsung berjaya. Hati dia macam dah betul-betul keras untuk mendengar sebarang pujukan ataupun ugutan. Cuma sekarang ni aje dia dah jarang buat hal.
Tapi potensi untuk dia jadi balik macam dulu tetap ada. Paling dia risau anaknya yang berperangai tak ubah seperti lelaki dan malas nak solat dan buat ibadah-ibadah wajib yang lain. Dia bukan muda lagi untuk abaikan semua tu.. dapat buat yang wajib pun dah cukup, kalau dapat buat yang sunat-sunat tu kira bonus selampuk la.
" Mama suka dia, mama ajela kahwin dengan dia, buat apa suruh Faz pulak yang kahwin?? Huhh," ujar Faz sambil membaling bantal kecil yang disusun di atas sofa berhampiran sebagai hiasan. Lamunan Datin Rosalina terbang mendengar suaranya. Dia baling sebiji, kemudian sebiji lagi sampai penuh bantal-bantal kecil tersebut di atas lantai dengan muka protes tak boleh terima.
" Sayang, papa tu nak pergi pos ke mana, emm? Somalia? Sudah, pergi naik tidur, esok kena bangun awal, nak urus baju dan make-up lagi," ujar mamanya lembut, sambil menyentuh dagu anaknya dengan senyuman penuh seri. " Baby mama dah nak jadi pengantin, tahniah, sayang. Semoga berbahagia.." sambung mamanya dengan mood yang masih ceria kemudian terus berlalu ke tangga. Pengantin?! Faz menggeliat kegelian mendengarkan perkataan mamanya itu. Eshh, geli, geli! Sungguh aku geli mendengar perkataan tu! Kenapa mesti ada perkataan seperti tu kat dunia ni?!
Ya Allah, ya Karim! Itukah dia mamaku yang pernah berjanji memberi cinta untukku sepenuh hati.. ? Lagu Axl's bermain-main di dalam otak. Lirik itu mula berlagu-lagu di hati sambil matanya menghantar kelibat mama yang sudah pun hilang di balik tangga. Kenapa aku kena berjalan masuk ke dalam bilik Khairul tu, dan kenapa masa aku ke sana masa tu jugak ada pegawai agama yang nak datang tangkap aku dengan dia? Kenapa?? Uhh, takdir aku kali ni sangat menyakitkan! Faz mengetap bibir menyalahkan takdir.
Aiseh, parah, parah! Muka suci mamat Khairul tu pun asyik menyemak aje dalam kepala otak aku ni, apa kes kau, beb?! Kau tolong blah, boleh? Ish, perlu solat hajatkah, doa bagi si mamat suku tiang tu mati sakit jantung malam ni? Tak pun kena strok sampai meninggal. Ish, kejam sangat, doa bagi dia jatuh longkang ajela esok masa nak pergi ambik baju nikah, okay sikit kan?
Tapi, tak baikla pulak doa-doa keburukan untuk orang lain, bakal suami sendiri pulak tu. (Eh, sejak bila aku jadi budak baik ni?) siap nak solat hajat bagai, solat wajib pun jarang-jarang, weh! Memang alamatnya takkan termakbul la! Tinggal harapan..
Habis tu, nak doa untuk diri sendiri?? Ha ha, naknya kau tempang lepas masuk longkang, siapa nak tolong jaga lepas tu?? Woo, sadis beb! Baikla kau mensyukuri nikmat yang Tuhan beri, Faz. Eh, lupa.. solat sunat hajat pun tak pernah tau macam mana, berangan pulak nak buat. Geleng Faz seorang diri sambil kakinya pula berat melangkah menuju ke bilik.
Atau, haruskah aku lari dari rumah? Tapi, aku nak ke mana?? Belajar pun tak habis lagi, nanti siapa yang nak tanggung aku pulak? Kerja dengan lulusan SPM? Tak laku aku rasa! Dahla makan nak sedap dan banyak sepanjang zaman.. aish.. atau adakah aku perlu balik ke dunia yang dulu??
Boleh, tapi kenapa aku rasa macam berat hati? Faz menggeleng lagi dan mengeluh selepas tiada jalan keluar yang dapat difikir untuknya dan Khairul. Cuma Allah sahaja yang dapat membantunya esok hari, fikirnya kecewa..
**
*Khairul*
" Kau kena paksa kahwin, Rul?? Dengan budak tadi??! Melepas aku, he he,"
" Melepas apa kau, aku ni yang nak gila tau tak? Kalau kau nak budak tu, kau aje la gantikan aku esok, cakap pengantin lelaki lari," aku bercakap dengan nada bosan bila Am seolah-olah nak mempermainkan aku pulak. Bukan dia tak tahu, betapa merananya kalau kena paksa kahwin. Ini pun mujurla aku tak pernah cari sesiapa untuk aku cinta sebelum ni. Kalau tak, lagila cukup syarat meroyan sepanjang musim.
" Gila apa, kau dapat kahwin free kan, okay la tu, tak ada hal punyalah wa cakap lu! Kalau kau tak nak, kenapa kau tak cakap aje yang kau tak nak? Habis cerita,"
" Kau cakap senang la, Am, aku ni yang menanggung tau? Aku tak sampai hati nak tolak. Papa dan mama dia baik walaupun papanya garang, lepas tu sanggup pulak nak ikat jamin aku. Lagipun, aku sendiri tak nak kalau bisnes dia lingkup sebab aku dengan anak dia kena tangkap khalwat lepas tu tak kahwin! Berita sensasi macam tu cepat tersebar dan memang boleh jatuhkan populariti dan kepercayaan orang, beb," aku tak cerita betapa susah payahnya aku dan Faz mempertahankan diri tadi. Kalau Am tau, tak pasalnya jadi gosip berantai pulak nanti..!
" Habis tu, kenapa kau nak frust menonggeng pulak? Ala, lagipun budak tu comel aje aku tengok, padan la dengan kau, serasi bersama! Bukan senang nak kahwin orang sponsor macam ni, aku ni dah lama nak kahwin, tak dapat-dapat sebab tak mampu, ehe.. kau anggap ajela kau murah rezeki,"
" Hish, serabut la aku rasa, wei, kau tolong la fikirkan jalan keluar macam mana, aku serius ni," aku menekup muka. Ayat dia tadi tetap aku tak boleh terima.
" Okay, okay. Aku serius, aku fokus," katanya sambil segera duduk dan menunduk manakala jari telunjuk bersama jari hantunya memegang hujung dahi, lagak profesor cerdik memikirkan idea. " Tapi, kau bukannya ada kekasih pun kan, kenapa kau nak pening-pening fikir, lagipun budak tu kan anak Datuk, pemilik banyak hotel dekat Malaysia ni! Bukan hotel aje, banyak lagi bisnes lain dia buat,"
" Mana kau tau??" aku angkat kepala, sedikit terkejut sebenarnya dengan kenyataan Am. Tak sangka pakcik Mohammad sekaya itu!
" Harus la aku tau. Datuk Mohammad tu kan ada datang sini hari tu, dermakan cek RM dua puluh ribu untuk kolej kita, siap suruh tumpu untuk infrastruktur surau lagi," Am menjawab dengan nada lebih pada pertanyaan. " Aku baru ingat orang pernah sebut pasal Faz tu, anak Datuk yang agak spoil. Sebab tu tadi aku rasa macam pernah nampak dia.."
" Eh, serius gila, aku tak tahu pun! Mana kau dapat tahu pasal ni, Am??" aku terus menjadi Khairul yang bersemangat untuk mencari gali fakta selepas mendengar ayat yang keluar dari mulut Am. Tak sangka aku dah terjumpa dan berjodoh dengan orang ternama. Lebih kesian aku langsung tak tahu apa-apa tentang bakal isteri aku tu padahal orang lain semua dah tahu! Dan kekayaan keluarga dia lebih membuatkan aku jadi berbelah bagi dan takut.
" Gossip, nyah, gossip! Tapi, berita tu memang tak dihebohkan, sebab Datuk tu tak nak orang tahu dia nak buat amal. Macam kata-kata yang masyhur tu, tangan kanan menghulur, tangan kiri tak tahu. Dan Faz memang glamor dengan kedudukan dia, wajah yang menarik dan gangsterisme. Hu hu, bertuah betul kawan aku ni," Am bercerita dengan serius dan semangat sambil menepuk-nepuk bahu aku.
Dan pertama kali aku melayan gosipnya secara serius, sebab tu la dia bertambah semangat. Sebelum-sebelum ni, selalunya aku buat-buat tak dengar aje dengan apa yang dia sebut bila masuk bab-bab gossip ni. Dah namanya pun gossip, khabar angin yang belum tentu kesahihannya, sebab tu aku malas nak ambil pusing benda-benda macam tu. Tak pasalnya nanti jadi fitnah pulak.
Fitnah kan lebih buruk daripada membunuh. Pesan Allah dalam al-Quran lagi, kerana Dia dah tahu disebabkan fitnah ni kesan dia lebih buruk daripada membunuh. Boleh memecahbelahkan ummat, membuatkan orang yang tak bersalah pun nampak macam bersalah, dah jadi kecelaruan emosi pulak, paling teruk dosa la jadi berlipat-lipat ganda kena tanggung, nauzubillah!
" Emm, oh.." lama baru aku menjawab selepas terkedu mendengar apa yang dibicarakan Am dan aku mula berfikir. Tapi, aku serius tak kisah dan aku suka dengan femili dia, nak-nak lagi mama dia yang nampak sangat baik dan lembut tu, papanya pun sama (walaupun agak garang aku tengok, mungkin tegas la lebih sesuai) dan sangatlah pemurah. Tapi bab nak kahwin dengan anaknya yang mulut laser nauzubillah tu, ya Allah, tambah pulak dengan rambut cacak siap dada leper, aduhai, menyimpang jauh daripada ciri-ciri isteri impian aku! Aku dah cukup bersedia ke nak mendidik dia??
Aku teringat kata-kata dia sound aku malam tadi, haish, memang confirm la aku yang dia takkan boleh menjadi isteri impian aku selamanya.. dan kenyataan Am yang dia glamor dengan gangsterisme tu lagila seriau aku mendengar. Macam mana untuk aku tolak pernikahan ni dan macam mana untuk aku beritahu keluarga aku yang aku bakal berkahwin dengan seorang tomboy yang gangster tahap cipan??
" Kau kahwin aje la, mana tau dia memang jodoh kau dunia akhirat," sambut Am selepas aku terdiam lama. Aku tak rasa apa yang aku dengar tadi hanya gosip tak laku sebab aku sendiri dah tengok sendiri dan aku percaya kalau dia memang seorang gangster sebelum ni dan mungkin jugak masih tetap menjadi gangster buat masa ni.. " Lagipun, aku rasa dia comel kut,"
" Aku bukan apa, dia tu yang masalah, wei. Comel tak comel tu belakang kira, kau tengok aje la macam mana penampilan dia, cara dia cakap, ish, aku rasa macam nak sedekah penampar aje tau?" aku makin terasa serabut untuk memikirkan segalanya. Ya la, aku bakal berkahwin dengan seorang gangster, okay?! Gangster yang macam mana tu lagila aku tak sanggup nak dengar!
" Kau buat la syarat, sekali dia sakitkan hati kau, sekali kau bagi penampar, keh keh keh," Am gelak kuat. " Tak pun, nak lebih lomantis katanya, kau cium aje dia, nak hardcore lagi, kau tarik dia masuk bilik, muahahaha!" gelak Am terus bergema satu kolej.
" Wei, lucah la, lucah! Kau ni, sejak bila kau jadi lucah ni, aiseh!" aku tepuk paha besarnya kuat tanda menyuruhnya untuk behave sikit.
" Betul la aku kata. Okay, serius la, nyah. Mungkin Allah takdirkan dia dengan kau, untuk bagi kau didik dia jadi wanita solehah gitu. Kita tak tau perancangan Allah kan, betul tak? Lagipun, aku percaya, perancangan Tuhan lebih baik daripada perancangan manusia," Am berkata menarik tirai penutup pada perbincangan serius tak serius kami malam itu. Ada betul dan bernasnya kata-kata Am, aku terpaksa bersetuju di dalam diam.
" Emm, betul juga kata kau tu, Am," lama baru aku mengangguk perlahan sambil nafas aku tarik dan satu keluhan berat aku lemparkan. Aku beransur dari meja studi ke katil selepas aku padamkan lampu putih dan memasang lampu kecil yang berada di sudut. Lampu tidur yang Am bawa dari rumahnya. Aku terpaksa lelap awal malam ni sebab esok ada acara penting yang bakal mengubah hidup aku, adakah aku dah sedia? Faz, kau.. kenapa kau..? Bukan orang lain??
" Siapa nak make up kan kau esok? Aku boleh tolong kalau tak ada orang, he he," Am yang sudah lama berbaring di katilnya tiba-tiba menjengukkan kepala bertanya padaku. Ingatkan dah tidur. " Tapi upah kena lebih la, kau kan menantu Datuk, ha ha," Am menyambung sambil ketawanya memecah kesunyian malam lagi sekali.
" Blah la, kau! Bukan ada kenduri pun esok, akad nikah aje! Dah la, tidur, dah lewat ni, kau tu bukan boleh tidur lewat, esok kalah beruk malas bangun subuh!" bebelku padanya. Aku pula mula menarik selimut bagi mencuba untuk tidur.
" Eh, beruk bangun subuh la, mak. Kau aje yang tak tau!" balas Am tak mahu kalah.
" Okay la, okay. Beruk bangun subuh," kataku mengalah. Silingku tenung, seolah merenung masa depanku yang masih kelabu. Kita merancang, Allah merancang, tapi perancangan Allah yang maha baik..
Dan aku masih berfikir dan menimbang sendiri, mampukah dan bersediakah aku untuk menjadi seorang suami yang mampu membimbing keluarga aku ke jalan yang benar? Aku teringat ayat al-Quran yang menyebut, " .. peliharalah dirimu dan ahli keluarga kamu daripada api neraka,". Tugas ni sumpah amat berat untuk aku tanggung! Malam pun berlalu dengan aku yang langsung tak mampu untuk tidur kerana tak berjaya untuk bertenang apabila memikirkan tanggungjawab yang bakal aku pikul bermula daripada esok!
*POV Khairul*
" Assalamualaikum, mak. Khairul ada berita nak beritahu mak, tapi mak jangan marah dan jangan terkejut pulak, tarik nafas panjang-panjang dulu," aku menghubungi ibuku selepas acara bersejarah pagi itu selesai.
" Wa'alaikumus salam. Berita apa tu, Khairul? Macam saspens aje bunyi," ibuku menyambut tenang di talian. Aku menarik nafas panjang. Kredit telefonku sudah aku top-up kan tadi. Nanti dah tengah saspens saspens, terputus pulak, habis la hilang segala saspensnya. Penat aje mereka ayat penyekat arteri darah untuk ke jantung. Ceh!
" Khairul dah kahwin, mak,"
" Ya Allah, kahwin?? Biaq betoi ni, nak oi!?? Ayahnya, Khairul dah kahwin, Khairul dah kahwin!" kedengaran gamatnya satu rumah mendengar jeritan ibuku itu. Aku dah jauhkan telefon awal-awal daripada telinga supaya tak terkena sindrom-telinga-pekak-sebelah-untuk-seminggu. Kedengaran bunyi telefon bimbit itu beralih tangan seiring dengan mulutnya membebel tidak ketahuan hujung pangkalnya. Allah..!
" Ha, ha, helo, Khairul. Apa cerita sebenarnya ni? Macam mana boleh kahwin tiba-tiba? Main terjah macam tu aje pulak tu? Tak tanya kami pun??" ayahku pula bertanya soalan bertubi-tubi tanpa henti dan suaranya kedengaran kesal di hujung talian selepas telefon itu beralih ke tangannya.
" Khairul minta maaf, yah. Khairul tak nak menyusahkan hati mak dan ayah, sebab tu Khairul diam, sampai sekarang baru Khairul berani nak beritahu ayah," aku bersuara perlahan, mengharap semoga ayahku itu memahami. Ayah aku ni kalau tak kena gaya memang haru-biru bertambah ungu warna dunia..
" Bila kamu kahwin ni? Kahwin dekat mana? Jangan kata kahwin lari dekat Siam sana pulak," suaranya cuba ditenangkan. Ya, aku tahu dia terkejut. Aku sendiri pun terkejut tak habis lagi dengan apa yang jadi ni, takkan la femili aku boleh bertenang tiba-tiba kan.
" Ish, ayah ni, tak ada la sampai macam tu sekali,"
" Habis tu, macam mana tiba-tiba aje boleh bernikah? Tak ada kisah, tak ada berita, tup-tup aje telefon beritahu dah kahwin, kamu mengandungkan anak dara orang ke, Khairul??"
" Astaghfirullah ayah ni, ada ke situ pulaknya. Baru tadi aje Khairul akad nikah. Khairul takut nak beritahu ayah dengan mak.." aku mula menceritakan semua kejadian yang berlaku kepada ayah kemudiannya bagi meleraikan kekalutan yang ada. Nanti makin lama, makin banyak pula telahan yang bukan-bukan keluar.
" Okay lah kalau macam tu, hujung minggu ni bawak la menantu ayah tu balik rumah," ayah berkata tenang, mungkin dah boleh menerima walaupun masih terkejut. " Ish, mudanya aku dah ada menantu," sambungnya lagi sambil tersenyum simpul di sebelah sana. Aku dapat mengagak daripada cara dia bercakap. Anak paling kecil pun baru nak masuk darjah dua, esok lusa dapat cucu pula! Alhamdulillah! Ujarnya kemudian.
" Insyaallah, ayah. Khairul letak dulu, kirim salam kat semua, assalamualaikum," aku meletak talian telefon. Makan masa jugakla, dan harusnya memakan duit kredit aku! Tapi tak apa, berdepan dalam telefon lebih ajaib daripada berdepan mata dengan mata. Dalam talian telefon ni, kurang-kurang aku tak nampak kalau-kalau ayah dah pegang penyapu nak kejar aku..!
Dan alhamdulillah, mereka semua masih di kampung, ehe.. dan oleh kerana tak ada kenduri, aku dengan gaya memaksa cara lembut meminta femili aku supaya duduk di kampung lama sikit, luangkan masa dengan orang tua-tua di sana, apa salahnya, kan.. lagipun dah alang-alang balik dan alang-alang cuti sekolah. Hu hu, bertuah kan dia orang dapat anak macam aku ni, sangat memahami. Padahal..
" Weh, mangkuk retak menanti belah! Jom makan dulu sebelum kau balik," kedengaran suara kasar seseorang dari belakang. Faz muncul dengan seluar jeans putih dan t shirt lengan pendek berkolar biru gelap. Aku tengok semua tetamu dan saudara terdekat dah pun pulang selepas jamuan ala kadar tadi. Lagipun, tengah hari nanti nak solat Jumaat pulak. Hari orang kerja, jadinya tak berapa ramai tetamu yang datang, tambah lagi sangat terburu-buru, lagila bertambah kurang tetamu yang hadir.
Faz mengangkat keningnya merenung aku sebelum angkat kaki ingin berlalu ke dalam. Tadi elok aje aku tengok dia pakai baju kurung dengan tudung, walaupun dia cuma bersolek nipis, namun masa tu aku tetap rasa macam akulah lelaki paling bertuah di dunia ni dapat mengahwini seorang jelitawan seperti Faz, tapi sekarang.. err.. entah no comment bak kata artis.
" Oh, okay," aku menyambut dan berjalan laju mengikutinya dari belakang.
YOU ARE READING
Hero aku Tomboy
HumorSinopsis:- Khairul Ezzairy merupakan pelajar yang menitikberatkan soal agama telah menjadi popular kerana kelebihannya yang dapat melihat sesuatu yang paranormal dan telah membantu menyelesaikan kes misteri di universitinya. Kehidupannya yang biasa...