Bab 16

1.7K 54 7
                                        

" Fazzy, panggil la Khairul elok-elok sikit. Siapa ajar ni panggil orang macam tu?" mama menegur Faz, mungkin dia terdengar suara Faz memanggil aku tadi. Tapi suara dan cara mama memang tak payah harapla Faz nak mendengar dan mengambil iktibar, kirim salam ajela katanya. Kalau aku yang tegur, agaknya dia kirim salam tampar dah kut..

" TV kot, ma. Faz pun lupa siapa yang ajar, yang penting bukan mama dan papa la," aku mendengar lantang suara isteri aku itu menjawab. Penuh dengan loyar buruk dan kereknya bukan main. Aku menggeleng di dalam hati. Apa yang aku tau la, geng gangster memang kebanyakannya macam ni.

Tapi, ini gangster pakej mahal ni, semua ciri dia ada. Cara dia aje dah nampak gangster bukan main dan kalau dah nama gangster harusla pandai seni kungfu panda, tak pun silat batang pinang kan.. harapnya dia takkan buat preview kungfu panda dia tu kat aku, aku tak sanggup nak menghadapi, weh! aku jeling-jeling bahunya yang kelihatan tegap di balik baju yang dipakai. Pergh, kalah aku!

Aku masih tertanya-tanya kenapa Faz sampai boleh jadi seorang gangster. Kalau gangster universiti atau sekolah, boleh la aku terima lagi, ini gangster KL! KL, okay! Aku teringat apa yang Am sebut bila aku tanya kenapa, dia kata dia pun tak tau tentang fakta kenapa Faz jadi gangster. Tak sampai lagi gosip tu pada dia, dan dia suruh aku tanya sendiri nanti. Duh, tengokla keadaan macam mana!

Am dah balik bersama tetamu-tetamu yang hadir. Dia sibuk dengan kerja katanya. Kebetulan dia ada kelas petang pukul tiga nanti.

" Kau nak makan apa? Kau bubuh sendiri ajela. Aku dah lapar ni, tak sempat nak serve untuk kau," kata Faz endah tak endah sambil tangannya laju menyuap nasi ke dalam mulut yang berlaukkan sambal udang petai, ketam masak lemak cili api dan ulam-ulaman bersama sambal belacan. Matanya pula tertumpu pada TV yang terpasang di depan.

" Duduk, Khairul. Janganla segan-segan, kalau segan, laparlah," kata mak mertua aku itu lembut sambil tersenyum. Hati aku yang masih tak boleh terima dengan ke'jantan'an isteri aku tu mula cair dengan layanan baik mak mertua. Hairan betul mana si Faz ni dapat perangai kasar kalah datuk aku ni pun aku tak tau la. Haih! Aku mengeluh sendiri.

Tapi malangnya, dia dah pun jadi isteri aku.. aku nak menyesal pun dah tak guna. Sekarang ni aku kena belajar terima dia seadanya, sebab aku tahu, gangster mana pun, jahat mana pun, kebaikan dan kelebihannya tetap akan ada di mana-mana, tercicir tak sempat kutip di balik kelemahan yang tersedia.

" Khairul tak ada kuliah hari ni?" lamunanku terhenti mendengar pertanyaan mama. Ehe, mama okay, bukan makcik lagi.

" Em, hari ni memang tak ada kuliah, ma.. ma," aku menjawab sambil membetulkan duduk. Uh, segan pulak tiba-tiba.. aku tergaru-garu pipi sendiri.

" Ek eleh, kau ni nak blushing-blushing pulak panggil mak aku mama, apa kes?"

" Tak biasa lagi kot," aku beriak positif walaupun geram dengan mulut si Faz ni, tak habisnya lagi tu dengan mulut bertih jagungnya. Aku pergi borong bertih jagung dekat pasar malam sumbat dalam mulut kau nanti, nak?! Duh, dah kata gangster kampung pisang, weh.. sabar, sabar..

" Apa bertih-bertih jagung? Kau ingat aku tak tau kau duk mengata aku?" soal Faz sambil menjeling aku. Aku tengok pinggannya dah habis licin, tak ada sebiji pun nasi yang tertinggal, manakala aku baru tengah menyenduk nasi ke dalam pinggan. Gila baik punya laju dia makan! Ini bela hantu raya punya fesyen ke ni?? Siap boleh tahu aku kata apa, ini memang masalah!

" Eh, bertih jagung apa? Makan, mama," aku mempelawa mama makan sebagai meng'cover' keseganan aku dek kerana terkantoi dengan Faz. Bertambah-tambah segan aku yang memang dah segan pun tadi. Aha ha, tapi tipu la kan isteri aku ni nak bela hantu raya pulak. Dia sengaja nak kenakan aku la tu. Dan elok pulak dia tembak, memang betul tekaan dia nak mengenakan aku balik. aku diam.. mengecilkan diri di situ.

Hero aku TomboyCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang