Aku tersedar dalam keadaan terkejut selepas melihat segala peristiwa yang terjadi, bermula dari Jane bergaduh sehinggalah Amy dilanggar sehingga mati, hantu comel pulak terpa aku depan mata! Mak ai, tolongla dear Jane, sang hantu comel, jangan main kerpah-kerpah gitu, kalau aku mati, siapa jugak nak tolong kau? Haa.. Bebelku sendiri sambil beristighar kuat. Dada aku urut. Astaghfirullah! Aku rasa macam masuk wayang aje tadi, ish! Sadis gila! Yang hantu comel ni pun cuba la guna cara lembut sikit kalau ya pun nak kejut aku, ada pulak main terbang melayang gitu tau-tau menerpa aku untuk beritahu dah the end! Haiya! Tutup tirai sudah la, aku faham lah dah habis wayang. Ish, merana aku 3 minit!
Aku segera membelek jam di tangan. Matahari menyinar di ufuk barat, pukul 6.30 seperti yang tertera pada jam tangan aku. Takkan pagi kot, mesti lah dah petang! Badanku terasa penat yang amat, beserta dengan otot-ototku yang terasa regang dan sakit. Aku melihat keliling, aku berada di bangunan lama dan usang yang tidak berpenghuni. 2 minit berlalu hanya dengan kebilan mata aku sahaja. Tak dapat nak pick-up lagi apa yang patut aku buat. Terjangkit penyakit blur Am yang selalu sangat blur-blur alam tu gamaknya aku sekarang ni.
Namun kemudiannya aku segera bangun dan berlari-lari anak, beg Garfield aku, aku tak lupa, aku galaskannya di bahu dan bergerak sepantas yang mungkin. Rasa sengal otot aku abaikan. Lif semalam terbuka sendiri tanpa aku menekan butangnya apabila aku melintas di hadapannya. Wah! Lif pun dah pandai automatik-automatik pulak dah sekarang ni eh? Ala-ala pintu dekat shopping complex pun ya. Namun aku lebih memilih untuk turun menggunakan tangga. Cukuplah pengalaman semalam dalam lif yang ada rupa nak tercabut tu, aku tak nak nanti silap-silap hari bulan, wayar otak aku pulak yang tercabut!
Daun pintu tangga yang sudah sangat usang itu aku tolak dan aku berlari marathon turun tangga. Tak semacam di tingkat 16 pun, sebabnya aku sudah sampai ke tanah dalam masa 5 minit! Ini menggunakan kelajuan larian aku yang terpantas. Kalau boleh terjun gamaknya, memang dah lama aku terjun! Tak gigih lagi untuk berlama-lamaan di sini! Tambahan pula, aku rasa macam aku ternampak mendiang Jane lagi di setiap tingkat aku menuruni tangga, berdiri tegak di tiap penjuru yang boleh dia berdiri dengan rambut panjang menutupi hampir keseluruhan wajahnya. Tangan pulak dia depang elok aje dua-dua, ish, tradisi hantu cina memang macam tu! Tapi aku buat-buat macam tak nampak untuk elak aku ‘brain freeze’ lagi atau terkena strok tak pun sawan angin!
Fokus aku hanya satu kini. Motor aku! Motor Honda Wave aku! Tertoleh-toleh bagai nak rak aku mencari selepas aku sampai ke tanah. Aku garu kepala sambil cuba mengingati di mana aku memparkir motor aku itu, namun connection failed! Sebabnya semalam aku parkir motor dekat depan flet rumah aku, ini bukan flet rumah aku weh! Mulut masih membebel sendiri, sambil istighfar dan berdoa moga motor kesayangan aku itu tidak hilang.
Aku bersyukur yang amat apabila motorku aku nampak terparkir elok di satu sudut di belakang bangunan. Tangan aku menyeluk poket dan segera mengeluarkan segugus kunci. Tangan aku yang ala-ala bergetaran itu dengan setabah mungkin aku cuba hilangkan keketaran itu. Aku menghidupkan enjin dan tak tunggu lama untuk memanaskan enjin, aku terus pecut laju. Nasib lah motor kesayangan, aku seram dow!
Alhamdulillah! Aku panjatkan syukur yang tak terhingga apabila tayar motor aku menjejak jalanraya yang penuh sesak dengan kereta. Jalanraya sesak pada waktu selepas waktu bekerja yang membawa kesesakan sehingga ke malam. Aku sempat menoleh ke belakang, ke arah bangunan tadi. Bangunan itu merupakan sebuah bangunan flet lama yang ditinggalkan yang berada tidak jauh dari universitiku. Flet itu tidak digunakan mungkin atas sebab-sebab tertentu yang tidak dapat dielakkan. Aku pernah lalu dekat kawasan flet ni dulu. Tapi, yang semalam aku rasa macam aku balik rumah tu, apa bendanya? Ish, persoalan ni budak IQ tinggi pun belum tentu dapat jawab!
YOU ARE READING
Hero aku Tomboy
HumorSinopsis:- Khairul Ezzairy merupakan pelajar yang menitikberatkan soal agama telah menjadi popular kerana kelebihannya yang dapat melihat sesuatu yang paranormal dan telah membantu menyelesaikan kes misteri di universitinya. Kehidupannya yang biasa...