Bab 9

1.9K 69 1
                                    

' Salam. Wei, Am! Aku lambat sikit balik malam ni. Kau jangan selak pintu pulak! Tidur bawah jambatan aku nanti!” aku menjerit kuat di hujung talian.

“ Oh, kenapa kau balik lambat?” kedengaran suara Am menyapa, suara ala-ala lemau dan serak semacam, kesian pulak budak ni, mesti dah tidur, ye la, dia bukan kaki tidur lewat macam aku, dia ni kaki tidur ye la, kerja tidur aje tak tentu masa. Tapi, semenjak kes aku jumpa benda bukan-bukan tu, kurang sikit la penyakit hantu tidurnya tu. Ini kalau dia tidur pun, entah-entah dah tidur di bilik kawan dia, selalunya macam tu la, tak pun dia cekup buang seorang dua kawan dia bawak tidur sekali dalam bilik, tak berani tidur seorang diri dah katanya.

“ Hujan, beb! Aku tak boleh redah la. Lebat gila ni! Okay la, aku cau dulu.' Secepat mungkin aku bercakap, malas nak kacau dia lama-lama, sebab kalau aku pun orang kacau aku tidur, ada yang nak kena hempuk dengan Kamus Dewan edisi ketiga katanya! Aku segera menekan butang merah pada handphone. Sebenarnya nak save kredit handphone jugak, aku senyum puas hati melihat pada masa aku menelefonnya tadi, elok-elok 27 saat aje, baru 8 sen kena tolak, okay lah tu he he.

Nak tambah nilai aka top-up tiap masa, kerinting la, wei. Kesian la mak ayah aku kalau aku boros, adik-adik pun ramai lagi tak habis sekolah, bantuan kewangan dan biasiswa aku pun aku bagi pada keluarga lepas aku bayar semua yuran, aku rela tahan perut tak makan daripada adik-adik aku tak pergi sekolah sebab tak cukup duit belanja! Nak kerja part time ayah aku tak bagi pulak.

Handphone aku yang ala-ala bengong sikit tu (selepas Jeffry tercampakkan dia hari tu) aku letakkan kembali ke dalam poket. Sekilas mata aku tenung ke arah jam di tangan, 11.23 p.m. Aku mula resah dan tak senang duduk. Aku bertawaf-tawaf pendek depan kerusi panjang yang tersedia di situ. 

Ish, siot betul, lambat gila dah ni! Dah la assignment berlambak tak siap, ini meeting karut tu la punya pasal! Ada pulak suruh datang malam-malam macam ni? 24 jam tu, ada 12 jam siang, matahari memancar, kenapa la timing gelap bulan mengambang jugak yang dipilih?? Hairan jugak la aku! 

Angin malam menerpa-nerpa ke tubuh membuatkan aku mula seram sejuk. Di hall luas depan fakulti, aku segera duduk di atas kerusi panjang itu sambil merenung ke luar. Hujan tak nampak gaya mahu surut, ditambah pula dengan kilat yang memancar dan guruh berdentum, hui, hebat gila aku bersendirian keseorangan dan kesepian dekat sini! 

' Hai!' Sapa seorang mamat yang agak comel, yang kehadirnya langsung tidak aku sedari. Tiba-tiba aje muncul dengan baju dan seluruh badannya yang basah kuyup. Rambutnya yang pendek dan basah itu membuatkannya nampak agak smart. Aku mengangkat muka yang sedari tadi merenung ke arah kasut aku ni aje. Nampak la pecah-pecah sikit dekat hujung kasut ni. Dah bertahun kasut hitam ni aku pakai, jangan tak tau, ini kasut aku pakai dari masa jadi pengawas sekolah menengah dulu, okay! Tapi, kasut kulit hitam la. Ye la, aku nak membaca pun buku takde, itu aje la kerja yang paling mudah dan paling membosankan yang boleh dibuat pun. 

' Lebat kan hujan malam ni?' Mamat tadi dengan selamba badak kurusnya melabuhkan punggungnya di sebelah. Bajunya yang basah itu menyentuh sedikit kulit aku, membuatkan aku bertambah sejuk, lalu aku pun menjauhkan sedikit tubuh aku daripadanya. Sejuk kot, kau jangan, beku aku karang he he. 

' A'ah. Agak lebat.' Lambat baru aku menjawab sapaan dia. Blur-blur alam, sebab dengan tak semena-menanya kot dia ada dekat sini, tambah lagi malam-malam dan hujan macam ni, apa malaun ni nak buat dekat sini. Tapi, mungkin jugak dia datang bermesyuarat bagai macam aku ni, ha. 

' Awak buat apa sorang-sorang dekat sini?' baru aje aku dok fikir nak tanya dia, dia dah tanya aku dulu. Mamat itu mula bersembang dengan ala mesranya, membuatkan aku tak senang duduk. Aku merenung ke arahnya yang sedang memerah-merah hujung kemeja kuning airnya yang basah dengan penuh semangat waja di sebelah. Sedar, lelaki itu mengalihkan pandangannya dan melemparkan senyum comel khas buat aku. Gulp! Apa kes? Hantu pondan mau ngorat aku ke ni? Lelaki normal, selalunya, jarang la nak guna 'saya’ ‘awak' nak cakap dengan lelaki lain kecuali dengan lelaki yang lebih tua atau yang dihormati. Selalu main terjah ‘kau’ ‘aku’ aje. Dan dia ni, pandangan dan aura dia lain macam sikit la aku rasa. Pelik. Adakah dia..? Aishh! 

Hero aku TomboyWhere stories live. Discover now