Chapter 2

3.7K 231 13
                                    

Azhara yang sudah selesai menunaikan solat subuh itu terus duduk di meja kerjanya. Laptop dibuka lalu dia menyambung kerja yang tergendala.

Tok tok tok

Pintu kamar Azhara diketuk lembut.

"Masuk" arah Azhara.

Pintu dibuka lalu haruman maskulin milik adik lelakinya, Daniel menerpa rongga hidungnya.

"Nak apa?" tanya Azhara tanpa memalingkan wajahnya.

"Boleh tak hantar Dani sekolah? Hujan lah." pinta Daniel dengan harapan Azhara dapat menghantarnya ke sekolah.

"Baju hujan takde?" tanya Azhara

"Ada tapi boleh lah kak, lama tak spend time ngan akak." kata Daniel dengan gugup

"5 minit, takde dekat bawah redah hujan dengan baju hujan" kata Azhara dengan nada yang mendatar.

"Thanks. Sayang akak" kata Daniel lalu memeluk tubuh Azhara dari belakang.

"Lepas lah. Menyemak." kata Azhara dengan kasar

"Sorry" pinta Daniel lali keluar dari kamar.

Azhara memerhati Danirl dari cermin kecil yang diletaknya di sisi meja kerjanya agar dia nampak siapa yang masuk kamarnya.

"Maafkan akak. Jangan manja dan sayangkan akak sebab akak takut korang tak mampu kehilangan akak satu hari nanti" monolognya sendiri.

............

"Dani! 10 saat lagi tinggal." jerit Azhara dari bawah.

"Coming!" jawab Daniel lalu berlari menuruni anak tangga.

"Jom" kata Daniel sebaik sahaja dia sampai dihadapan Azhara. Kasut di dalam almari diambil lalu dia berura-ura ingin memasangnya.

"Jom mana? Pergi sarapan. Mama dah susah payah masak tu" tegur Azhara.

"Makan luar je lah" kata Daniel bukannya dia tak mahu makan sarapan yang disediakan oleh mamanya namun dia takut dia lewat

"Makan!" arah Azhara dengan tegas.

"Nanti lewat lah akak. Jammed lagi. Kalau pakai motor bolehlah menyelit" kata Daniel

Azhara tidak membalas apa-apa, dia hanya duduk lalu makan sarapan yang disediakan. Daniel yang perhati saja apa yang dilakukan oleh Azhara hanya akur. Dah lah menumpang takkan dia nak paksa.

"Thanks for the breakfast ma. Sorry kalau Dani sentiasa skip breakfast" kata Daniel kepada Puan Maryam apabila mamanya menghidang air milo.

"Tak pe, dah makan. Nanti lewat" kata Puan Maryam

"Lewat apanya ma? Ada sejam 15 minit lagi sebelum lonceng sekolah berbunyi. Macam Az tak pernah sekolah sana" kata Azhara seakan-akan menyindir Daniel

"Memang lah sejam 15 minit lagi tapi kan hujan, nanti jammed tak pasal-pasal datang lewat" kata Puan Maryam membantu Daniel

"Hmm" jawab Azhara. Encik Suhaid yang duduk sambil membaca berita fi google itu memerhati Azhara.

Ma Chérie: Azhara [COMPLETE]Where stories live. Discover now