Chapter 5

3.2K 190 1
                                    

'AZHARA FADIYAH SONSANG NAMUN BERMAIN CINTA DENGAN CEO SYARIKAT AMD'

Gelas kaca yang berada di meja kaca dicampak mengenai pintu pejabatnya. Laptop ditutup lalu dia menyandarkan tubuh badannya pada kerusi kerja. Mata dipejam sambil pelipis dahi diurut. Keluhan berat dilepaskan.

"Cik Azhara okay?" tanya pembantu peribadi Azhara, Syasya apabila dia membuka pintu pejabat Azhara kerana mendengar seperti barang pecah di pejabat bosnya.

"I'm fine. Panggilkan saya Affendi sekarang and suruh aunty Ros kemaskan kaca tu" arah Azhara. Terus Syasya mengangguk lalu menutup pintu pejabat Azhara.

Kerusi dipusingkan menghadap kaca yang mempamerkan kesibukan bandar raya Kuala Lumpur. Tidak lama kemudian, pintu pejabat Azhara diketuk.

"Masuk" arah Azhara.

"Cik Azhara cari saya?" tanya Affendi

"Berita tiga hari lepas dan hari ni kenapa masih tak down? Kau buat kerja ke apa?" tanya Azhara dengan nada dinginnya.

"Saya dah bagitau diaorang untuk downkan article tu tapi dia orang tak nak, saya dah kata bos akan saman tapi diaorang tak takut." kata Affendi.

"Get the hell out from my office!" bentak Azhara. Terus Affendi keluar dari pejebat Azhara. Kini pintu dibuka lagi. Haruman yang dia kenali dari dia tingkatan 2 memasuki rongga hidungnya.

"Apa awak buat dekat sini Zaim?" tanya Azhara

"Let me guess, the boy that just get out from your office is your tempat marah?" tanya Zaim.

"Let's grab lunch. We had some conversation" sambung Zaim apabila tiada sahutan

"Takde selera" jawab Azhara ringkas dan padat.

"Pengarang jantungku, jomlah teman saya makan." kata Zaim

Muka Azhara yang menegang tadi sedikit mengendur lalu dia tertawa kecil.

"Apa awak panggil saya tadi? Pengarang jantung? Apa ke benda mu ni" kata Azhara lalu menyambung sisa tawanya.

"Jomlah Az, saya lapar lah" pujuk Zaim

"Pergilah dengan pengarang jantung awak. Saya takde selera." kata Azhara lalu duduk di sofa.

"Pengarang jantungku, jom sebelum saya angkut awak sampai depan lif tu baru tahu siapa Zaim Ahmad" ugut Zaim

"Tak takut, sentuh lah anak dara orang kalau awak berani" kata Azhara

"Ok, fine" kata Zaim lalu dia beredar dari pejabat Azhara. Tidak sampai 5 minit Zaim keluar dari pejabatnya, kini Encik Suhaid memasuki ruangannya.

"Ye papa, kenapa?" tanya Azhara

"Keluar makan jom, papa lapar" ajak Encik Suhaid

"Okay pa, kejap" kata Azhara lalu mengambil beg bimbitnya.

"Kita makan dekat kedai bawah je, tak yah jauh-jauh. Lagipun Az ada meeting dengan Zaim nanti kan?" tanya Encik Suhaid

"Zaim? Haah. Ehh papa ada nampak dia tak tadi?" tanya Azhara sebaik sahaja dia membuka pintu untuk Encik Suhaid

"Lah baru keluar sekejap dah rindu ke sayang?" tanya Zaim

"Sayang?" tanya Encik Suhaid

"Haah, sayang Zaim tu sebelah uncle" kata Zaim tanpa segan silu.

"Az bukan sonsang ke?" tanya Encik Suhaid

"Bacalah lagi artikel dekat google tu pa. Az tak sonsang lah aihh benci betul" kata Azhara sambil memeluk tubuh sendiri.

Ma Chérie: Azhara [COMPLETE]Where stories live. Discover now