Chapter 16

2.5K 137 3
                                    

Zaim jalan berulang alik dihadapan wad Azhara hampir sejam. Hatinya terasa gelisah ketika hendak berdepan dengan mentuanya ehh bukan mentua yang dirisaukan tapi Azhara. Adakah Azhara akan terimanya semula atau dingin seperti dulu.

Bukannya tidak mahu menjelaskan tetapi terlampau serabut kehidupannya yang sudah terhumbang hambing. Memang benar dia menikah dengan Nita namun itu semua perancangan keluarganya. Tidak pernah sedikit pun di hatinya terukir nama Nur Anita. Dihatinya cuma ada Azhara Fadiyah tapi dia tidak tahu bagaimana mahu jelaskan.

Akhirnya dia duduk di kerusi di hadapan wad Azhara. Dia perlu bertenang sebelum masuk ke wad Azhara. Dah lah datang lewat lepastu tak masuk lagi mahu menjenguk isterinya. Apa yang dia sedang lakukan ini, rambutnya terus dikusutkan.

"Bang, Zaim tu memang tak nak jumpa anak kita ke apa?" tanya Puan Maryam yang berada di dalam wad

"Dia stuck dekat jalan raya kot. Kat sekarang pack hour" jawab Encik Suhaid

"Lama sangat ni bang. dah dekat dua jam sejak abang call dia tadi" kata Puan Maryam

"Aunty, uncle. Zaim ada je dekat luar tu." kata Ainul apabila melihat Puan Maryam dan Encik Suhaid yang seperti cacing kepanasan.

"Lepastu kenapa dia tak masuk?" tanya Encik Suhaid

"Cuba uncle berada di tempat dia. Dia dihalau uncle untuk keluar dari rumah, lepas tu dia tak hubungi Az sebab sibuk dengan kerja dia naik turun mahkamah semata-mata untuk selesaikan urusan penceraian dia dengan Nita. Lepastu uncle dan aunty pun tak tanya khabar dia, Az jangan kata lah nak call dia ke chat pun tak. Uncle rasa Zaim tu tak takut nak hadap semua ni? Dia pun pandai gugup uncle. Dia bukan malaikat, dia cuma manusia biasa." kata Ainul

"Uncle, jujur saya kata saya memang saya tak sokong apa yang dilakukan Zaim tapi saya pun tak sokong apa yang uncle buat dekat dia. Ye memang dia bersalah uncle tapi dia kahwin tu sebab pilihan keluarga dan dia pun bodoh gak lah tak ceraikan bini dia tu bila tahu mengandungkan anak orang lain. Tapi dia lakukan tu sebab rasa tanggungjawab uncle. Tu bini dia, mahu tak mahu dia perlu tutup aib perempuan tu. Kalau uncle berada di tempat dia, uncle lakukan benda yang sama atau tak uncle?" tanya Ainul lagi

"Tak bermaksud nak kurang ajar, tapi uncle sebagai orang tua sepatutnya dengar penerangan Zaim tapi ni tak, uncle terus halau dia macam tu. Walaupun uncle marah macam mana sekali pun marah tu membuak dalam hati tapi kita sebagai orang tua sepatutnya berfikir secara rasional bukannya ikut emosi. Uncle ingat tak bila saya datang rumah uncle marah-marah lepastu nangis. Uncle pesan dekat saya 'Jangan terlampau ikut emosi. Ingat, ikut hati mati. Allah kurniakan akal untuk fikir sebelum bertindak.' tu ayat uncle, saya pulangkan semula ke uncle" kata Ainul

Terkesima Encik Suhaid mendengar kata-kata Ainul itu. Betul apa yang dikatakan Ainul, memang dia tidak bertindak rasional malah menghalau Zaim pada malam buta kerana terlampau marah menduakan anaknya. 

Dia ingin anaknya bahagia tapi Azhara sudah cukup dewasa untuk mencari kebahagian nya sendiri. Encik Suhaid meraup kasar mukanya. Tidak lama kemudian, pintu wad dikuak perlahan menyebabkan mereka semua menoleh ke arah pintu.

Tersegul kepala Zaim sambil tersenyum lalu dia masuk dengan badan-badannya sekali. Tangan Encik Suhadi diraih untuk dia salami, begitu juga dengan tangan Puan Maryam.

Encik Suhaid terus menarik Zaim kedalam dakapannya.

"Papa minta maaf Zaim, papa terlampau kasar dan ikut emosi sampai halau Zaim haritu" kata Encik Suhaid 

"Tak pe, papa layak untuk marah Zaim. Zaim pun bersalah" kata Zaim sambil menggosok badan belakang Encik Suhaid.

"Maafkan mama juga Zaim" kata Puan Maryam

Zaim hanya mengangguk sambil tersenyum.

"Macam mana Az boleh cedera ma, pa?" tanya Zaim

"Tak tahu, dia orang hiking jumpa Az dalam keadaan tak sedarkan diri dan luka macam tu pukul 11. Terus bawa gi sini. Syukur Ainul yang rawat terus dia call kami lepas rawat Az" kata Puan Maryam

"Az belum sedar ke dia tidur tu?" tanya Zaim apabila melihat tubuh Azhara membelakangi mereka semua

"Dia dah sedar dari tadi tapi dia tak nak cakap dengan siapa-siapa. Dari tadi dia membelakangi kami. Tanya nak makan ke minum, sakit kat mana-mana pun dia tak jawab. Boy bawak dia borak pun tak di layan." kata Encik Suhaid

Zaim hanya mengangguk lalu perlahan-lahan dia mendekati Azhara. Kerusi yang berada di hadapan Azhara diduduk lalu dia memandang wajah Azhara. Diusap perlahan pipi Azhara yang basah, mungkin baru lepas nangis.

"Chérie bukalah mata, pandang saya." pujuk Zaim

Azhara tidak menjawab mahupun membuka matanya. Zaim melepaskan keluhan kecil, lalu dia mengucup dahi Azhara yang lebam.

"Chérie masih marah abang ke?" tanya Zaim lagi tapi masih sama reaksi Azhara, diam tidak menjawab

"Buka lah mata. Pandang saya sayang. Chérie tahu tak betapa risaunya saya dalam perjalanan sini bila dengar chérie masuk hospital. Saya pandu kereta tadi langgar semua lampu merah tau sebab nak cepat" kata Zaim lagi

"Keluar." kata Azhara dengan nada yang sedikit tinggi.

"Az, jangan jerit. Tekak awak masih sakit tu" tegur Ainul

"Keluar, tolonglah. Saya merayu tolong keluar, Tinggalkan saya seorang diri" rayu Azhara sambil menangis-nangis.

Encik Suhaid memandang Zaim, Zaim pula hanya mengangguk. Dia hormat dengan permintaan isterinya. Jika isterinya mahu ruang maka bagilah ruang. Ubun-ubun Azhara dikucup lama lalu Zaim bersama mereka yang lain keluar dari wad tersebut.

Sungguh seketul Azhara kini tidak mampu menghadap siapa-siapa. Sakit dihati lagi terasa daripada kecederaan yang dia alami. Bukannya dia tidak dengar perbualan diantara Ainul dan papa mamanya. Andai dia ada kudrat untuk melawan memang dia akan tengkin Ainul balik namun kerana kondisi nya, dia diamkan saja hasratnya.

Lama dia ditinggalkan berseorangan. Zaim masih setia menunggu dihadapan wadnya manakala Ainul sudah meninggalkan mereka sejak keluar dari wad Azhara kerana dia perlu merawat pesakit. Encik Suhaid, Puan Maryam dan Danish pula disuruh pulang kerana Zaim tak mahu mereka penat menunggu Azhara sambil terduduk di kerusi.

Sedang Zaim mengelamun memikirkan cara untuk berbaik dengan Azhara, troli yang ditolak oleh seorang misi membuat dia tersedar dari dunia khayalan. Misi tersebut senyum kepada Zaim lalu menundukkan sikit badannya lalu dia membawa makanan ke dalam wad Azhara.

Tidak sampai 5 minit, misi tadi keluar semula. Dia tersenyum dan membongkokkan sedikit badannya lalu menolak troli makanan ke wad lain. Zaim pula masuk ke wad semula, dia memerhati Azhara yang sedang bersusah payah cuba makan dengan menggunakan tangan kirinya. Timbul perasaan kasihan untuk membantu isterinya itu lalu dia mendekati Azhara.

BERSAMBUNG

Ma Chérie: Azhara [COMPLETE]Where stories live. Discover now