Chapter 25

2.2K 124 1
                                    

Azhara yang sudah menyandarkan tubuhnya di kepala katil hospital itu menjeling tajam Arlos yang bersandar di pintu. Mereka semua kini berkumpul di wad Azhara. Puan Maryam duduk di birai katil sambil memegang  kekura tangan Azhara.

"Kenapa banyak sangat sakit yang Az sorokkan dari kami?" tanya Puan Maryam sambil menahan diri dari menangis melihat wajah Azhara yang sudah memucat.

"Kalau Az bagitau, tak de apa yang berubah mama. Semua tetap akan jadi macam yang telah dirancang oleh Allah" kata Azhara dengan nada dingin.

"Dah ambil kerja tuhan ke?" sindir Arlos

"Shut up." marah Azhara

"Az" tegur Encik Suhaid

"What? Dia yang punca semua ni terbongkar" kata Azhara

"He's my brother! How many time do I need to told you that Fadiyah?! Saya takkan membelakangi keluarga saya. Lagipun saya dah kata yang saya akan bongkarkan jugak one day and  that day is today" kata Arlos

"Awak tu cuma adik tiri bapak saya" kata Azhara sedikit sebanyak membuat semua disana terdiam

"Azhara Fadiyah!" bentak Encik Suhaid

Semua kini diam apabila Encik Suhaid sudah bengang.

"He still my brother no matter what! Az jangan kurang ajar." marah Encik Suhaid

"Kalau semua masuk sini nak marah-marah better keluar! Az tak perlu dengar suara orang memekik sebelum Az hembuskan nafas terakhir!" bentak Azhara pula yang membuat semua orang terdiam.

Encik Suhaid meraup muka dan rambutnya kasar.

"Az dah lah banyak menipu orang tua Az, sekarang nak tinggikan suara pulak? Dah nak jadi anak derhaka?" tanya Encik Suhaid lagi namun kini ton suaranya direndahkan dan dia cakap dengan lemah lembut.

"Menipu dan berahsia perkara yang berbeza. Masuk balik sekolah kalau dah tak tahu" sindir Azhara

"Az, tak baik cakap macam tu" tegur Puan Maryam pula.

"What? Is it wrong? Menipu tu berbohong. Berahsia tu menyimpan sesuatu perkara yang tak sepatutnya orang lain tahu untuk menjaga perasaan orang ataupun menutup aib seseorang" kata Azhara

"Kata orang diri sendiri sama jugak perlu gi sekolah" kata Arlos

"Kau me-"

"Sudah. Sekarang Tok Abi nak dengar semua. Dari A-Z pasal sakit Azhara bukan  nak dengar korang melalak." potong Raff.

"I had nothing to say" kata Azhara

"Azhara Fadiyah Binti Suhaid Qirazh Bin Amir Affendi Bin Raffael Arman!" marah Raff sambil memandang Azhara dengan pandangan dingin tahap freezer mak bapak korang pun tak dapat lawan.

"Fine! I involve in an accident that make me had personality disorder 8 years ago and I had poison in my body that cause by my own husband 3 years ago so he can get his revenge to  Tok Abi but the waitress put it in my drink because she mistook my drink with Tok Abi. Satisfied?!" jelas Azhara seringkas-ringkas alam. Arlos pula terkedu. Kenapa bila dia jelaskan  tak dapat ringkaskan seperti Azhara, hampir berbelit lidah dia apabila menjelaskan semua yang Azhara cuba sampaikan.

"Then, why are you hiding it from your own family?" tanya Encik Amir pula

"Sebab Az tak nak korang salahkan Zaim ataupun Tok Abi. Semua ni bukan salah siapa-siapa. Ni takdir untuk Az" kata Azhara dengan nada yang sudah direndahkan. 

"Dia cuba racunkan tok abi and kau kata tu bukan salah dia?" tanya Aziz pula

"Diamlah kau! Dasar anak pungut" marah Azhara

"Ehh aku luku juga kepala budak ni." kata Aziz lalu mendekati Azhara hendak meluku kepala Azhara namun cepat dijeling oleh Encik Suhaid lalu dia berhenti dari mendekati Azhara

"Dah, papa tak nak lagi korang dua ni bertikam lidah. Papa hormat dengan keputusan Az. Aziz pun sama, hormat Az" tegur Encik Suhaid

"Ehhhh buat apa nak hormat dia? Aziz sebaya dengan sia kot." kata Aziz

"Anak pungut, hormat akak" tegur Arlos pula

"Papa tengok Arlos! Dia kata Aziz anak pungut"  adu Aziz

"Anak pungut!" jerit Danish

"Oi! Apa panggil abang anak pungut? Cili kang mulut tu" tegur Daniel.

"Akak panggil abang anak pungut, Boy ikut je" kata Danish sambil tersenyum tidak bersalah.

Aziz menjegilkan bebola matanya kepada Danish lalu dia duduk di sebelah Danish.

"Mama, anak pungut tu apa?" tanya Danish

"Anak yang diambil di tepi longkang" pintas Azhara sebelum Puan Maryam jawab

"Haa? Abang kena kutip tepi longkang ke? Ishh ishh ishh sian" kata Danish sambil bercekak pinggang.

"Kau! Aku kerja kan kau" kata Aziz lalu menggeletek Azhara yang baring di atas katil.

"Boy tolong akak, abang ehhh anak pungut serang akak. Tolong" kata Azhara sambil tertawa besar kerana digeletek oleh Aziz.

"Kau panggil aku anak pungut? Tak sedar diri, kau dengan aku beza 11.5 saat je" kata Aziz sambil menggeletek Azhara

"Mama papa tolong akak, anak pungut sentuh akak Boy" kata Danish sambil memanjat katil untuk turut serta sesi menggeletek Azhara.

"Ya Allah Boy, Aziz! Az kan sakit tu dah eyy mama buang tepi longkang betul-betul kang" kata Puan Maryam sambil menarik Danish dari atas tubuh Azhara.

Aziz masih lagi menggeletek Azhara manakala Puan Maryam hanya mampu menggelengkan kepala. Azhara yang sudah berpeluh-peluh menghalang tangan Aziz daripada menggeletek itu masih lagi berperang. Tidak mampu untuk menahan diri dari ketawa kerana Aziz tahu kelemahan Azhara dipinggang. Cucuk sahaja jarinya di pinggang Azhara pasti Azhara sudah tergelak.

"Aziz" tegur Raff membuat Aziz melarikan tangannya dari tubuh Azhara.

"Penat lah gila. Aduhh lenguh badan aku" adu Azhara sambil membetulkan semula posisi duduk nya.

"Ni tok abi nak tanya. Pasal Zaim. Macam mana?" tanya Raff kepada Arlos

"Ohhh ye, ya Allah lupa pulak. Pembedahan Zaim berjalan lancar. Peluru dah dikeluarkan dari perut dia. Sekarang dia berehat dekat wad sebelah Azhara. Nanti kita lawat dia, sekarang dia masih belum sedarkan diri. Arlos sarankan Fadiyah jumpa dia dulu baru kita" kata Arlos.

"Ye, papa setuju. Az perlu jelaskan dulu kepada Zaim. Semua benda dan be honest about your sickness. No more hiding. Boleh?" pinta Encik Suhaid

Azhara hanya mengangguk tanda dia setuju. Mahu tak mahu dia perlu jujur juga untuk tidak mengeruhkan keadaan.

"Tok abi nak jumpa Zaim dulu boleh? Man to man session. Tok abah nak cakap dengan Zaim bukan sebagai seorang keluarga tapi bekas musuh boleh?" pinta Raff kepada Azhara.

Azhara memandang ke arah Raff, lama dia memerhati Raff sebelum anggukan diberikan. Mungkin ada perkara yang perlu dikatakan Raff kepada Zaim. Dia perlu membagi ruang kepada Raff dan Zaim berbual dari hati ke hati agar mereka tidak lagi bermusuh.

BERSAMBUNG

Ma Chérie: Azhara [COMPLETE]Where stories live. Discover now