"Makan lah. Favourite chérie kan?" kata Zaim sambil menghalakan sudu berisi sup cendawan ke mulut Azhara.
"Tapi saya nak yang abang buatkan. Bukan mama" kata Azhara.
"Sama je lah. Yang abang masak tu resepi mama." kata Zaim
"Tapi nak air tangan abang" kata Azhara lagi.
"Sudahlah tu. Pasal makanan pun nak gaduh ke?" tegur Encik Suhaid.
"Tak gaduh pun." kata Azhara
"Dah tu? Makan. Kalau tak nak bagi Maq makan." kata Encik Suhaid.
"Abang masak untuk saya boleh? Abang makan je sup ni. Saya nak abang punya air tangan" kata Azhara sambil mengoncang lembut lengan Zaim
"Iyelah. Demi chérie." ucap Zaim lalu dia masuk ke ruangan dapur.
...........
Azhara masuk ke ruang dapur mencari kelibat suaminya. Zaim yang sedang fokus memasak itu dipandang lama.
Azhara memeluk tubuh tegap Zaim dari belakang lalu dia menghidu bauan badan Zaim.
"Sabar ye. Sikit je lagi" kata Zaim sambil menepuk lembut tangan Azhara
"Abang" panggil Azhara.
"Yes sweetheart?" tanya Zaim
"Tak de apa." kata Azhara
"Mengada lah dia ni. Kenapa ni?" tanya Zaim, badannya dipusingkan menghadap Azhara.
"I miss you. Tak tahu kenapa. Rasa macam lama tak jumpa abang" kata Azhara dengan air matanya yang mengalir ke pipi.
Zaim mengucup lembut dahi Azhara. Matanya merenung lama anak mata Azhara.
"Comel je isteri abang ni. Dah tak yah menangis. Lepas makan kita pulang okay? Kita lepaskan rindu puas-puas nanti kat rumah" kata Zaim.
"Saya drive. Abang dah janji kan" kata Azhara
Zaim mengangguk. Sup cendawan yang sudah naik aroma nya terus ditutup api. Dia mengambil mangkuk lalu dituang sedikit masuk ke mangkuk.
"You want bread?" tanya Zaim
"Toast" jawab Azhara lalu duduk di meja island.
"Coming up right. Nak air apa?" tanya Zaim lagi.
"Ais kopi susu. Tak nak manis sangat" kata Azhara.
Zaim mengangguk lalu dia membrew kan kopi. Roti diletakkan di toaster.
"Abang, do you know that you look hot even doing a simple thing" kata Azhara.
"Puji abang ke? Woww, Azhara Fadiyah Binti Suhaid Qirazh puji kite lah" kata Zaim sambil tersenyum manis.
"Gedik lah dia ni. Tak nak puji lagi" kata Azhara.
Zaim tergelak kecil lalu dia membancuh air kopi. Ais diletakkan di dalam gelas, susu dituang separuh gelas lalu kopi dituang ke dalam gelas tersebut.
YOU ARE READING
Ma Chérie: Azhara [COMPLETE]
Storie d'amoreAzhara Fadiyah, perempuan yang dingin terhadap semua lelaki kerana satu sebab yang dia sembunyikan dari siapa-siapa. "I don't want to be in relationship. I might break your heart"- Azhara Fadiyah Zaim Ahmad, lelaki yang jatuh cinta pandang pertama t...