Chapter 9

2.7K 157 19
                                    

"You had tumour?" tanya Daniel sebaik sahaja dia keluar dari ruang makan. Wajah Azhara diperhati lama.

"I'm asking you akak. You had tumour? Itu ke sebab akak pengsan beberapa hari lepas?" tanya Daniel lagi namun nada sedikit tinggi dari tadi.

Azhara mengigit bibir bawahnya lalu dia mengangguk, mata tidak berani menatap siapa-siapa mahupun Zaim yang berada di belakang.

"Az gurau je kan?" tanya Encik Suhaid

Azhara menggeleng. Jantung terasa berhenti berdegup buat beberapa saat tak semena-mena nya Encik Suhaid melutut. Air matanya perlahan-lahan mengalir.

"Az boleh sihat semula kan?" tanya Puan Maryam pula

"Az tak tahu ma. Sumpah Az tak tahu. Selama ni Az pergi hospital bukan klinik, Az tipu sebab Az tak nak mama dengan papa risau. Az pergi rawatan tiap bulan. Makan ubat. Semua Az ikut ma pa. Doktor Ira, doktor Ira tahu semua ni" kata Azhara

"Doktor Ira tahu tapi dia sikit pun tak bagitahu kami?" tanya Daniel pula.

"Kakak yang tak suruh dia bagitahu sebab akak tak nak korang layan akak atas dasar kasihan. Akak dingin dengan korang sebab akak tak nak korang sayang akak. Akak takut kalau satu hari nanti akak pergi, korang akan tersakiti. Sebab tu akak berubah" kata Azhara

"Tak sayang. Kami tak akan pernah layan Az atas dasar kasihan. Kita sekeluarga sayang. Siapa lagi tempat untuk berpaut kalau bukan keluarga sendiri" kata Encik Suhaid sambil memeluk tubuh Azhara.

"Az minta maaf mama, papa." kata Az lalu menangis dipelukan Encik Suhaid. Puan Maryam juga memeluk mereka berdua. Ubun-ubun Azhara dikucup lama. 

"Sayang" panggil Zaim, Azhara terus menoleh ke arah Zaim

"Nak peluk gak" kata Zaim

"Eh haram jadah na-" tergantung ayat Azhara apabila dijeling Encik Suhaid. 

"Hmm 5 saat je" kata Azhara terus Zaim memeluknya. Azhara tidak membalas pelukan Zaim namun setelah lebih dari 5 saat, Azhara terasa selesa dengan pelukan Zaim lalu dia membalas pelukan Zaim. Bahu Zaim menjadi tempat persinggahan dagunya.

............

"Az, boleh tak kita tinggal kondo saya lepasni?" tanya Zaim

"Buat apa nak ting-........urmm bolehlah." kata Azhara walaupun otak ligat berfikir apa yang dia mahu buat tinggal bersama Zaim tapi logiklah kalau pasangan suami isteri tinggal satu tempat.

"Boleh tak saya nak spoilkan awak?" pinta Zaim lagi

"Don't take everything for granted Zaim. Saya tak nak awak terluka nanti. Saya dah pesan berkai-kali." kata Azhara kepada Zaim yang sedang mengancingkan baju kerjanya.

"Az, tolong ikatkan tali leher ni" kata Zaim lalu merapati tubuh Azhara. Azhara pula memandang pelik Zaim. Zaim hanya menjongketkan sebelah keningnya.

"What?" tanya Zaim apabila Azhara tidak berkelip melihatnya.

"Ikat sendiri, saya nak pergi. Dah lewat ni" terus sahaja Azhara melarikan diri namun sempat Zaim menarik lengannya sehingga menyebabkan hidungnya melanggar dada bidang Zaim.

"Ikat sekejap je chérie" kata Zaim dengan nada menggoda sambil menekankan perkataan chérie.

Azhara terasa seperti perut dia dipenuhi rama-rama namun cepat-cepat dia tersedar dari godaan syaitan tu.

"Ikat sendiri, saya lewat" kata Azhara lalu keluar bilik. Zaim hanya tertunduk lalu dia mengikat tali leher sendiri.

"On dirait qu'il y a beaucoup de travail à faire pour que tu tombes amoureux de moi" monolog Zaim sambil tersenyum kecil lalu dia keluar dari bilik tersebut.

"Zaim, tak sarapan?" tanya Puan Maryam

"Tak pe ma, Zaim nak sarapan dengan Az kat luar" jawab Zaim tanpa menoleh ke ruang makan.

"Hati-hati pandu tau. Jangan skip breakfast" pesan Puan Maryam

"Ye mama. Bye, Zaim pergi dulu. Assalamualaikum" lalu Zaim keluar dari rumah memasuki keretanya.

"Cun lah tu, dua-dua workaholic. Macam mana lah dia orang tinggal satu rumah nanti" keluh Puan Maryam

"Takde nye. Azhara menyorok dekat dapur tu Yam." kata Encik Suhaid

"Macam mana papa tahu?" tanya Azhara sebaik sahaja dia keluar dari dapur.

"Az, tak baik tau buat suami macam tu" tegur Puan Maryam apabila melihat kepala Azhara yang tersegul dari  pintu dapur.

"Alaaa, menyampah lah mama. Az dah pesan beribu kali dengan dia yang Az tak nak in relationship tapi dia still nak. Az tak nak lukakan hati dia jadi better Az lukakan dari awal" kata Azhara lalu duduk berhadapan dengan Puan Maryam

"Tak nak lukakan tapi kamu dah lukakan dia sekarang. Tak ke benda tu sama?" tanya Encik Suhaid

"It's not my fault he love me and had a heartbreak because of the way I treat him" kata Azhara

"He love you and willing to had a heartbreak because he love you damn much Az" kata Encik Suhaid pula

"Tak salah kalau Az nak layan dia sebagai seorang isteri kan? Bina mahligai cinta dengan dia, buat hidup korang macam dalam novel" kata Puan Maryam

"Ehhh memang tak lah. Mama baca novel apa? Banyak-banyak novel yang Az baca semua ada orang ketiga, cerai, tawar hati, abusive household, kahwin dua, kematian........" kata Azhara namun tidak disambung apabila dia berasa sebak.

"Az tak nak dia sedih kalau Az meninggal satu hari nanti" sambung Az perlahan

"Jangan cakap macam tu sayang. Ajal ditangan tuhan. 3 tahun yang lalu Az disahkan ada tumor bukan? Sampai sekarang Az masih lagi hidup. Bersyukur sayang. Allah masih bagi peluang untuk Az menikmati kehidupan." kata Puan Maryam sambil menggosok belakang tubuh badan anaknya.

"Az sayang dia, tapi Az tak nak dia berharap dengan cinta Az yang terlampau tipis ni" kata Azhara.

"Mencintai seseorang ialah satu cabaran tapi dicintai seseorang ialah satu kelebihan kerana tak semua orang mampu mencintai seseorang yang tak mencintai dirinya" tekan Encik Suhaid

"Andai hidup ini hanya mimpi, maka dengan rela aku dibuai mimpi yang indah ini tanpa perasaan takut namun sekarang aku berada di bumi yang nyata. Dimana kemanisan itu hanya sementara waktu dan kepahitan itu sentiasa ada" jawab Azhara lalu mengelap mulutnya setelah menjamah roti bakar dan air kopi.

"Cinta jangan dipaksa tapi perasaan yang sudah sedia ada di lubuk hati itu jangan dinafikan. Luahkan kerana mungkin saat itu kamu tahu betapa indahnya rasa saling mencintai" tekan Puan Maryam pulak.

"Susah lah ada keluarga kuat baca novel ni. Dah lah Az nak keluar. Assalamualaikum." kata Azhara lalu menyalami kedua orang tuanya.

 Encik Suhaid dan Puan Maryam hanya mengangguk.

"Tak sangka Yam abang baca novel cinta jugak" usik Puan Maryam

"Ehh takde nye abang baca novel. Abang baca wattpad dengan novelah je" kata Encik Suhaid

"Asudah, apa benda wattpad dengan novelah tu?" tanya Puan Maryam

"Wattpad dengan novelah ni dia macam novel jugak cuma perbezaannya bila awak nak baca buku awak perlu beli lah novel tu kan? Kalau wattpad dan novelah tu dia free dan awak boleh baca dekat handphone. Selain tu, novelah tu kalau awak baca awak collect coin tau and tukarkan coin tu kepada duit sebenar. Wattpad lak banyak cerita ala-ala mafia, badboy, dan orang kaya. Ada sedih ada, romantik, ehh senang kata pelbagai genre lah ada kat sana. Penulis dekat wattpad tu bukan umur sebaya kita tau, dia orang sebaya Daniel tu. 13-20 lebih umur author sana" jelas Encik Suhaid panjang lebar.

"Macam best je, cuba ajar Yam" kata Puan Maryam Encik Suhaid apalagi dah meracun jadi dia ajar lah bini dia semua benda yang dia kata tadi. Jimat sikit duit dia kalau bini dia baca wattpad dengan novelah.

BERSAMBUNG

Ma Chérie: Azhara [COMPLETE]Where stories live. Discover now