EDISI RAYA 3 [LAST]

1.8K 107 6
                                    

"Kak Qhi!" jerit Zalikha sambil berlari ke arah Fakqhira yang sedang berdiri dihadapan Adam.

Terus dia melaga pipinya dengan pipi Fakqhira. Pelukan diantara mereka juga makin dikemaskan.

"Ikha. Lamanya tak jumpa" kata Fakqhira sambil memegang bahu Zalikha.

"Ehh, aunty dengan uncle pun datang?" tegur Zalikha apabila melihat kedua-dua orang tua Fakqhira berdiri di belakang Fakqhira.

"Haah. Adam ajak kami tu datang sekali." kata Encik Mahani.

"Ohh, jemputlah masuk. Nanti Ikha panggilkan daddy dengan mummy. Kak Qhi jom ikut Ikha sekejap." kata Zalikha sambil menarik lengan Fakqhira.

"Eh apa pulak macam tu princess. Kak Qhi kan tetamu. Dah jangan ganggu. Pergi hidang air. Abang ajak dia orang gi ruamg tamu. Panggilkan mummy dengan daddy. Jom kita duduk dekat ruang tamu pa ma" kata Adam.

"Awak panggil papa dengan mama saya papa and mama?" tanya Fakqhira

"Papa dengan mama suruh. Lagipun kan Ad nak jadi menantu papa dengan mama" kata Encik Mahani.

"Ehhh, apa pulak macam tu. Malu pulak" kata Adam namun ayat terakhirnya dikatakan dengan nada yang rendah.

Wajahnya sudah mulai memerah. Telinganya yang sudah berubah warna itu mengundang tawa Encik Mahani dan Puan Aisyah. Fakqhira pula hanya memandang wajah Adam. Dia tersenyum nipis lalu dia memeluk tangan Puan Aisyah.

"Adam, yang kamu suruh dia orang tercegat dekat pintu tu dah kenapa" tegur Azhara sambil menatang dulang .

"Eh, jomlah duduk." pelawa Zaim yang berdiri di belakang Adam sambil memegang bahu Adam, apabila dia terlihat Encik Mahani terus dia menyuakan tangannya untuk bersalaman dengan Encik Mahani.

"Mahani?" tegur Zaim

"Zaim? Ya, Allah kecilnya dunia ni" kata Encik Mahani lalu mereka berdua berpelukan.

"Aba- ehh Aisyah" tegur Azhara pula apabila dia melihat wajah Aisyah

"Az" tegur Puan Aisyah lalu mereka berlaga pipi.

"Yang manis rupanya ni siapa?" tanya Zaim

"Ni anak dara kami, Fakqhira" kata Puan Aisyah sambil memegang bahu Fakqhira.

"Lah ni ke yang berjaya curi hati anak bujang kami ni?" tanya Azhara sambil menyambut tangan Fakqhira yang ingin bersalam dengannya.

Fakqhira tersenyum nipis sambil menggaru kepalanya yang berlapik dengan tudung. Adam pula tersenyum kecil lalu mereka berjalan ke ruang tamu. Mereka menikmati segala kuih dan biskut yang terhidang di meja kopi.

Faqkhira tersenyum nipis apabila Adam menghulurkan balang biskut kegemarannya, biskut semperit susu. Encik Mahani dan Zaim berbual panjang. Tiba-tiba Encik Zaim menyuarakan sesuatu.

"Macam ni lah memandang kau dah ada dekat sini Mahani aku ada satu hajat ni" kata Zaim

"Hajat? Apa tu?" tanya Encik Mahani

"Aku nak melamar anak dara kau untuk anak bujang aku ni." kata Zaim tanpa berselindung.

"Ehh, serius ke ni?" tanya Puan Aisyah

"Macam ni, anak bujang kami ni memang nak melamar anak korang tapi dia malu. Jadi memandang kan korang ada jadi kami nak ambil kerja senang." kata Zaim

"Daddy!" tegur Adam apabila rahsia besarnya pecah oleh Zaim

"Kami setuju tapi yang tuan empunya badan lah yang perlu ditanya." kata Encik Mahani

Semua mata kini memandang ke arah Fakqhira yang duduk bersebelahan dengan Zalikha. Fakqhira hanya memandang ke arah tangannya yang digenggam erat oleh Zalikha.

"Kak Qhi terima lamaran abang?" tanya Zalikha apabila Fakqhira seakan-akan masih mengelamun.

"Lamaran?" tanya Fakqhira semula.

Wajahnya masih lagi seakan-akan tidak dapat mencerna maklumat yang disampaikan.

"Are you day dreaming again?" tanya Encik Mahani

"No pa. I just lost. Who propose me?" tanya Fakqhira

"Adam lah melamar kamu. Siapa lagi?" tegur Puan Aisyah

"Awak melamar saya?" tanya Fakqhira lagi sambil matanya memandang ke arah Adam.

"Ye, saya tahu ni dah masuk kali ke-7 saya melamar awak. Saya serius nak awak jadi isteri saya chubby....maksud saya Qhi. Saya nak awak jadi isteri saya." kata Adam sambil menggenggam erat tangannya untuk menyalurkan kekuataan kepada diri sendiri.

"Awak tak serik ke? Saya tolak lamaran awak 6 kali Ad. Takkan awak masih nak lagi dengan saya ni?" tanya Fakqhira

"Sebab saya dah jatuh cinta teruk dengan awaklah saya tak serik dengan awak. Tolaklah beratus kali pun, saya tetap akan lamar awak. Sebab orang yang saya cinta hanyalah Fakqhira Qhaiyisha Binti Mahani" kata Adam dengan yakin.

Encik Mahani berdehem.

"Qhi? What your answer?" tanya Encik Mahani

"Qhi t-"

Belum sempat Fakqhira hendak menjawab soalan Encik Mahani telefon bimbitnya sudah menghentikan percakapannya. Dia menjawab panggilan tersebut sambil matanya memandang ke arah Adam.

"Ye Doktor Fakqhira sedang bercakap" kata Fakqhira

"......."

"Doesn't there is another doctor who are on duty?" tanya Fakqhira

"......."

"I'm on my leave but yeah I will try to come as soon as possible" jawab Fakqhira lalu dia mematikan panggilan.

Dia memandang ke arah Adam dengan rasa yang serba salah. Dia ingin memeberitahu jawapannya namun sekali lagi niatnya terbantut kerana Adam pula yang mendapat panggilan.

"Yes I'm speaking" jawab Adam

"....."

"Alright, I be there soon." jawab Adam ringkas.

"Duty call?" tanya Fakqhira

Adam hanya mengangguk.

"Tumpang saya je lah. Kesian parents awak nanti terpaksa tunggu awak balik baru dia orang boleh pulang . Bagi je kunci kereta awak dengan dia orang nanti saya hantar awak pulang" kata Adam

Fakqhira mengangguk lalu dia menyerahkan kunci keretanya kepada Encik Mahani. Dia menyalami tangan ibu bapanya dan Azhara.

"Hati-hati bawa anak dara orang tu" pesan Azhara

Adam hanya mengangguk lalu dia menyalami tangan kedua-dua orang tuanya dan Encik Mahani. Mereka berdua berjalan beriringan ke kereta Adam.

Perut kereta dimasuki lalu Adam menghidupkan enjin.

"My answer for your question just now is-" kata-kata Fakqhira terhenti apabila Adam menyampuk

"It's okay, let focus with our case first" kata Adam.

"Then when will I need to answer?" tanya Fakqhira

"On our own story" jawab Adam

"Our story?" tanya Fakqhira

"Yep. His Chubby Women" kata Adam

"There will be another story?" tanya Fakqhira

"Ye lah. Takkan kita nak menyemak dekat cerita daddy dengan mummy saya. Kita buatlah cerita sendiri" kata Adam sambil tergelak kecil.

"Ehhh ishh lepastu sekarang ni macam mana?" tanya Fakqhira

"Kita tamatkan lah cerita daddy dengan mummy dengan scene kita dalam perjalanan ke hospital." kata Adam

"Iyelah. Jumpa nanti!" kata Fakqhira.

TAMAT

Kita berjumpa dekat another story ye! Kisah Adam dan Fakqhira. HIS CHUBBY WOMEN. Tata!

Ma Chérie: Azhara [COMPLETE]Where stories live. Discover now