Chapter 21

2.4K 135 1
                                    

"Abang" sapa Azhara sebaik sahaja dia memasuki perut kereta Zaim, tangan dihulurkan untuk menyalami tangan Zaim.

Perlahan-lahan Zaim menyambut huluran tangan Azhara lalu dia mengucup kedua-dua pipi Azhara. Azhara tersipu malu apabila diperbuat sebegitu.

Selesai sahaja sesi berjejak kasih, Zaim terus memecut ke rumah mentuanya. Tangan Azhara digenggam kemas sambil dia memandu. Azhara pula memandang raut wajah Zaim, diperhati satu per satu wajah Zaim

Rambut yang sedikit berserabut namun masih kelihatan kemas, kening yang sedikit tebal, anak mata...oh goshh warna brown hazel, hidung yang tidak beberapa mancung, bibir yang berwarna merah bak delima itu dipandang lama. Tanpa dia sedar dia mengigit bibir bawahnya.

"Chérie, kenapa pandang abang macam nak terkam abang?" tanya Zaim lalu meletakkan tangan Azhara di pahanya terus Azhara memainkan tangannya di paha Zaim.

"Dulu bukan abang hisap rokok ke? Macam mana boleh dapat bibir macam delima tu." tanya Azhara.

"Yes I smoke but when I heard my crush say that he turn off with man who smoke so I quit smoke slowly. Yep I still smoke but not using  cigarette. I use e-cigarette and vape." jelas Zaim

"Abang masih hisap benda tu?" tanya Azhara

"Yes, but I won't smoke it infront of you and if you don't want, abang boleh je stop" kata Zaim 

"It's okay, abang boleh je hisap. E-cigarette dengan vape. Dis tak bau macam rokokkan?" tanya Azhara

"Tak, bau mint, strawberry ice cream dengan coklat ferrero rocher" kata Zaim 

"Nak tengok benda tu boleh tak?" tanya Azhara

"Abang tak bawa lah chérie. Lagipun abang hisap bila weekend je. Masa weekdays abang tak hisap. Nanti kat rumah abang tunjukkan ye" kata Zaim dengan lemah lembut.

Azhara hanya mengangguk lalu dia menurunkan seat untuk baring. Zaim pula hanya fokus dengan pemanduannya. Tak lama kemudian, dengkuran halus kedengaran menyapa gegendang telinga Zaim, dia menoleh ke sisi lalu memerhati Azhara yang sudah diulit mimpi. Suit yang diletakkan di arm wrest diambil lalu dia menutup tubuh Azhara supaya tidak kesejukan.

..........

"Macam mana kerja Zaim?" tanya Encik Suhaid apabila mereka semua duduk di ruang tamu.

"Alhamdulillah pa elok je cuma tu lah tak dapat nak tengok muka Az setiap masa, rindu" jawab Zaim lalu mengundang tawa dari Encik Suhaid dan Puan Maryam

"Biasalah tu, kalau tengok hari-hari nanti lain pulak jadi." usik Puan Maryam.

"Kalau hari-hari tengok muka Az, memang kerja nanti tolak tepi. Nak bermanja je kerja Zaim dengan Az" usik Encik Suhaid

Zaim tertawa manakala Azhara pula sudah menyandarkan tubuhnya di sisi Zaim. Zaim meletakkan tapak tangannya di paha Azhara lalu dia memandang ke arah Azhara. Anak mata mereka bertembung lalu Azhara mengoyakkan senyuman pada Zaim.

"Ni, papa nak bagitahu alang-alang semua dah ada dekat sini. Papa rasa nak bawak korang gi France. Kita duduk sana like a week or two. Spend family time, nak ke?" tanya Encik Suhaid

"France?!" jerit Azhara, Daniel dan Danish serentak.

"Ye, kita duduk sana tapi hati kena kental lah ye" tegur Encik Suhaid

"Kena kental? Kenapa pa?" tanya Zaim

"Dia orang tak suka sangat dengan kami tapi disebabkan ayah tok abah layan kami baik jadi dia orang berbaik dengan kita. Tapi baik-baik tu ada jugak sindirin dia berbisa" kata Encik Suhaid

"Sebab tak suka?" tanya Zaim lagi

"Sebab mama. Mama bukan keturunan orang France dan mama pun sebenarnya dari kampung tapi dapat melanjutkan pelajaran ke luar negara. Bertemu dengan papa lepastu haa ini lah hasilnya" kata Puan Maryam sambil tergelak kecil.

Zaim hanya mengangguk tanda dia memahami semua yang dijelaskan oleh Encik Suhaid dan Puan Maryam. Zaim memandang Azhara apabila Azhara mengenggam erat tangan Zaim.

"Kenapa ni?" tanya Zaim sambil mengelus pipi Azhara

"Saja. " kata Azhara sambil tersenyum hambar.

"Bila kita pergi France pa?" tanya Zaim

"Esok petang" jawab Encik Suhaid, Zaim pula hanya mengangguk.

"Kami pack barang dulu lah pa and Zaim nak call PA Zaim bagitau yang Zaim cuti honeymoon" kata Zaim lalu tergelak kecil apabila Azhara mencubit lengannya.

"Honeymoon pun boleh. Aaaa pergilah pack barang sana. Dani pergi pack barang. Yam pergi pack barang boy, abang gi pack barang kita." arah Encik Suhaid

Mereka semua mengangguk lalu meninggalkan ruang tamu.

...........

"Abang" panggil Azhara yang sedang pack barang di lantai, Zaim yang sedang duduk di birai katil sambil melipat bajunya pantas memandang Azhara.

"Abang tak benci saya kan kalau dapat tahu kebenaran nanti?" tanya Azhara 

"Benci? Kenapa perlu benci? Chérie ada buat salah ke? Ke chérie takut abang tak dapat tahan dengan keluarga chérie nanti?" tanya Zaim bertubi-tubi

"Saja je ehh cliche betullah abang ni. Meh baju tu nak simpan dalam beg ni" kata Azhara lalu menyambut baju yang dihulurkan oleh Zaim

"Chérie, do you know that you are amazing?" tanya Zaim lalu duduk bersila disebelah Azhara

"Amazing sebab dapat hidup walaupun ada tumour?" tanya Azhara sambil dia menyimpan pakaian dalam beg

Zaim tidak menjawab malah dia meletakkan kepalanya di riba Azhara. Matanya memandang wajah Azhara tanpa berkelip. Lalu dia mengambil sebelah tangan Azhara lalu diletakkan di dada kirinya.

"Do you feel it? How my heart is racing whenever you near me" kata Zaim dengan nada menggoda

"Saya memang ambil jurusan kedoktoran abang tapi saya bukan doktor tau nak rasa jantung abang berdegup laju." kata Azhara sambil tergelak kecil

"Abang pelik, kenapa sayang berhenti belajar and bekerja dengan papa? Do you really scared when you know you had tumour?" tanya Zaim

Azhara tidak menjawab, dia memainkan tangannya di kepala Zaim. Rambut Zaim diusap dan diserabutkan.

"Chérie, answer me please" rayu Zaim lalu mengucup tangan Azhara yang dari tadi dia genggam

"Yes, I'm scared abang, but the main reason is I wanna spend more time with my family even I'm cold toward them." jawab Azhara ringkas lalu dia mengangkat kepala Zaim dari ribanya.

Zaim menarik lengan Azhara lalu dia terduduk di riba Zaim, jari jemari Zaim bermain di perut Azhara. Zaim membenamkan mukanya di leher Azhara lalu dia mengucup lama leher Azhara. Deruan nafas Zaim terasa hangat di leher Azhara membuat wajah Azhara membahang.

Perlahan-lahan Azhara cuba menyelesakan kedudukannya di tubuh Zaim kerana tiada tanda-tanda yang Zaim akan melepaskan dirinya dari pelukan tersebut. Belakang badan Azhara disandarkan pada dada Zaim lalu kepalanya dilentokkan di sebelah muka Zaim.

Lama mereka berpelukan begitu sambil Zaim bermain jari diperut Azhara. Bahu Azhara juga dikucup berkali-kali.

"Janji dengan abang yang chérie tak akan tinggalkan abang" kata Zaim sambil mengucup pipi Azhara secara tiba-tiba.

"Abang tahu kan sa-"

"Jom tidur. Lewat dah ni, esok teman abang pergi joging ye" kata Zaim untuk melarikan diri dari berbual lebih panjang tentang itu.

Azhara pula hanya memandang Zaim yang sudah menghulurkan tangan kepadanya untuk berdiri. Azhara menyambut huluran Zaim lalu mereka baring di katil. Zaim menyuruh Azhara untuk menyandarkan belakangnya di dada Zaim lalu Zaim memeluk pinggang Azhara. 

Jarinya juga dimainkan di perut Azhara sehingga dengkuran halus menyapa telinga Zaim. Zaim mengucup bahu Azhara lalu dia juga menutupkan mata. Pelukan dieratkan lagi, tak sampai 5 minit Zaim juga turut tidur berpelukan dengan isterinya.

BERSAMBUNG

Ma Chérie: Azhara [COMPLETE]Where stories live. Discover now