Chapter 27

2.2K 128 9
                                    

Tanah perkuburan Islam di France dipenuhi dengan orang-orang memakai pakaian warna hitam. Tua mahu muda mengerumuni tanah yang masih memerah itu, kedengaran alunan bacaan yassin yang merdu diketuai oleh Zaim.

Tamat sahaja bacaan yassin terus ahli keluarga Raff bergilir-gilir menyiram air bunga di tanah yang masih memerah itu. Mereka semua meminta diri untuk pulang beransur-ansur. Kini hanya tinggal Azhara dan Zaim.

Mereka berdua duduk sebelah menyebelah, Zaim hanya mrmandang wajah Azhara lalu dia menurunkan cermin mata hitamnya lalu dipakaikan kepada Azhara.

"It's glare out here" kata Zaim apabila Azhara memandang ke arahnya.

"Tak de silau abang. Saya tahu abang tak nak orang tengok mata saya yang sembab ni" kata Azhara lalu memeluk lengan Zaim.

"Jom pulang, Encik Musa nak bacakan wasiat tu" kata Zaim sambil menepis lembut pegangan Azhara lalu menepuk bontotnya yang terkena tanah

Azhara tidak berdiri malah batu nisan yang terukir nama Raffael Arman diperhati lama lalu dia mengucup batu nisan tersebut.

"Tok abi, tak sangkakan ajal tok abi dah sampai. Az sangkakan ajal Az sampai dulu memandangkan Az ada banyak penyakit tapi siapa sangkakan? Takdir Allah tu rahsia. Kita tak tahu siapa pergi dulu, siapa masih kekal. Tok abi kat bawah sana mesti sunyi. Tak pe tok abi, Az akan balik sini lawat tok abi insya-Allah kalau ada rezeki. Az pergi dulu, sayang tok abi" kata Azhara dengan air matanya yang mengalir di sebalik cermin mata hitam Zaim.

Azhara bangkit dari duduknya lalu dia memaut lengan Zaim. Kepalanya yang mula sakit itu dipegang lalu dia menyandarkan kepala di bahu Zaim.

"Kepala kau sakit lagi? Ada rasa mual?" tanya Zaim dengan prihatin.

"Takde cuma rasa nak melekat dengan abang 24 jam." kata Azhara sambil tertawa kecil.

Zaim tidak menjawab malah dia hanya membiarkan sahaja pegangan Azhara dilengannya.

"Life must go on abang. Kita tak boleh biarkan masa lampau menghentikan kita atau buat kita tak terus ke hadapan" kata Azhara sambil mencium tangan Zaim

"Diamlah betina." kata Zaim dengan dingin namun tangannya mengatur shawl Azhara yang sudah terkibar kerana angin sempoi meniup tudung Azhara.

"Abang, jangan lah cakap kasar dengan saya. Guna lah 'saya awak' kalau marah sekalipun. Ni 'kau aku' " kata Azhara

"Kau diam lah. Masuk cepat sebelum aku berkasar dengan kau" kata Zaim lalu membuka pintu kereta untuk Azhara

Zaim juga turut memasuki perut kereta, enjin kereta dihidupkan lalu penghawa dingin dihalakan ke arah Azhara. Tisu diambil lalu dia mengesat peluh yang ada di muka Azhara.

"Abang ni kasar tapi still nak caring dengan saya kenapa?" tanya Azhara

"Kau ni kan! Aku baik salah, jahat salah. Kau nak apa betina?!" tanya Zaim sambil membaling tisu tadi ke muka Azhara dengan kasar

Azhara mengalirkan air mata lagi sekali. Sungguh dia terkilan apabila Zaim melayani dia sebegitu

Azhara mengesat air matanya lalu dia memandang wajah Zaim. Ditatap dari atas sehingga bawah. Terus dimenyembamkan wajahnya ke leher Zaim, tangannya memeluk leher Zaim.

"Saya minta maaf. Saya tak tahu kenapa saya sensetif gila sekarang" kata Azhara.

"Rimaslah bodoh" kata Zaim sambil menolak tubuh Azhara menjauhinya

"Abang tak nak dengar penjelasan saya?" tanya Azhara

"Penjelasan dari mulut betina macam kau? Dah lah Az. Aku penat. Luka tembak ni pun belum sembuh apatah lagi hati aku tengok kau dengan Aziz bermanja haritu!" kata Zaim dengan nada yang tinggi

Ma Chérie: Azhara [COMPLETE]Where stories live. Discover now