Chapter 12

2.7K 156 4
                                    

"Morning mon bonheur" sapa Azhara sebaik sahaja keluar dari tandas sambil mengelap mukanya apabila melihat Zaim yang terduduk di birai katil. Zaim terus baling semula sambil memukul kepalanya dengan bantal milik Azhara

"Awak dah kenapa? Gila?" tanya Azhara melihat Zaim yang terguling-guling dikatil seperti kanak-kanak riang.

"Tak, rasa bahagia awak panggil saya gitu" kata Zaim sambil tersengih-sengih. Azhara hanya menggelengkan kepalanya.

"Saya panggil awak tu sebab tak nak orang panggil saya hati kering. Jangan rasa special sangat bila awak hanya spesial" kata Azhara sambil menyarungkan telekung.

"Chérie, saya nak jadi imam awak boleh? Jangan solat lu, bagi saya 15 minit" kata Zaim

"Saya memang tunggu imam saya." jawab Azhara sambil menghamparkan sejadah untuk Zaim. Zaim pantas masuk ke tandas lalu membersihkan diri. Azhara pula sudah terbaring di katil menunggu Zaim selesai urusannya.

"Chérie tolong ambilkan tuala untuk saya. Lupa nak ambil. Saya ambil baju dengan kain pelikat je tadi" kata Zaim membuka pintu cukup-cukup untuk kepalanya keluar.

Azhara tidak menjawab tapi pantas dia berdiri lalu mengambil tuala yang bergantung di belakang pintu. Terus dihulurkan kepada Zaim.

"Jangan nak sentuh. Saya dah ada wudhu" pesan Azhara lalu dia memberi tuala itu kepada Zaim lalu pantas dia berlari dari pintu bilik air.

Zaim tertawa apabila melihat Azhara yang berlari itu walhal dia memang tak nak kacau Azhara. Pintu bilik air ditutup lalu dia mengeringkan tubuh badannya. Baju berwarna hitam bersama kain pelikat disarungkan lalu dia mengambil wudhu.

"Chérie, jom" kata Zaim ketika dia melihat Azhara yang masih baring di katil tersebut. Azhara terus berdiri lalu dia berdiri di belakang Zaim.

Selesai sahaja mereka berdua solat dan membaca doa, Zaim memusingkan tubuhnya ke arah Azhara. Azhara menghulurkan tangan untuk menyalami Zaim namun Zaim tidak menyambut huluran tangan Azhara.

Dia menarik sejadah Azhara merapati dirinya. Tangan Azhara diraih lalu dia mengucup tangan Azhara. Terbuntang mata Azhara apabila Zaim buat begitu.

"Yang awak cium tangan saya kenapa? Saya yang patut cium tangan awak" kata Azhara lalu menarik tangan Zaim untuk mencium tangan Zaim. Zaim tersenyum lalu dia perlahan-lahan menarik kepala Azhara lalu dia mencium dahi Azhara.

"Apa kata mulai saat ni, lepas je solat saya cium tangan chérie je. Chérie tak yah cium tangan saya" kata Zaim

"Gile ke apa? Buang tabiat ke awak demam?" tanya Azhara sambil tangannya diletakkan di dahi Zaim

"Saya tak demam tapi saya nak buat macam tu sebab saya nak buat awak terjatuh cinta dengan saya" kata Zaim jujur yang menyebabkan muka Azhara membahang.

"Dah lah. Saya nak keluar" kata Azhara lalu berdiri melipat sejadahnya.

"Chérie nak keluar mana? Tahu tak masih awal ni?" tanya Zaim sambil melipat sejadahnya.

Pantas Azhara merampas sejadah yang berada di tangan Zaim lalu dia melipat dan menyimpan sejadah di tempat penyimpanan. Zaim memeluk Azhara dari belakang lalu memparkingkan dagunya di bahu Azhara.

"Chérie nak gi mana?" tanya Zaim seperti budak kecik

"Saya nak gi kencing ehhh joging" jawab Azhara

"Joging? Nak join" kata Zaim lalu melepaskan pelukan. Badan Azhara dipusingkan lalu dia membuat muka comel 

"Join lah, tak de pun saya halang" jawab Azhara sambil membuka telekungnya.

"Chérie" panggil Zaim sambil memasang seluar tracksuitnya.

"Apa?" tanya Azhara

"Why suddenly you being so nice to me? Like, no more cold toward me" tanya Zaim

Azhara tidak menjawab malah dia hanya memandang Zaim yang sudah dari tadi memerhatinya lalu dia terus keluar dari bilik tanpa menjawab soalan Zaim. Zaim pula hanya tersenyum kecil lalu dia keluar dari bilik tersebut.

"Awal bangun" tegur Encik Suhaid apabila nampak Azhara menuruni anak tangga.

"Nak gi jogging. Papa baru bangun ke?" tanya Azhara

"Takde nye. Nak gerakkan anak bujang dua orang ni nak subuh sama-sama" kata Encik Suhaid

"Ahhh okay. Az joging dengan Zaim, mungkin sarapan kat luar. Suruh mama masak untuk korang empat je ye" kata Azhara lalu pergi ke rak kasut untuk memasang kasut. Zaim yang baru keluar dari bilik tidur Azhara menyalami Encik Suhaid.

"Kenapa Az tu? Pelik semacam" bisik Encik Suhaid kepada Zaim

"Entah pa. Baguslah kan dia dah macam tu" jawab Zaim

"Bagus tu baguslah. Cuma pelik" kata papa

"Zaim, kita pakai kereta awak je. Kereta saya pagi ni baru sampai" kata Azhara dari bawah

"Ye. Kunci kereta ada bergantung dekat tempat kunci tu. Panaskan enjin dulu. Pa Zaim pergi dulu." jawab Zaim sambil menyalami tangan Encik Suhaid

Zaim turun ke tangga lalu dia pergi ke dapur. Dia hendak bekal air mineral yang dia beli kemarin. Azhara pula masuk ke dapur sambil membawa botol yang sederhana besar.

"Tak yah bawa mineral water tu. Saya ada bawa botol" kata Azhara

"Huhh? Kongsi ke?" tanya Zaim

"Tak lah, pakai saya siram pokok dekat taman tu nanti" jawab Azhara sambil menjegilkan mata.

"Ya Allah boleh tak stop jegilkan mata tu. Tahu lah anak mata tu lawa ada biru campur hijau-hijau sikit. Aku cungkil kang baru tahu" kata Zaim

"Nape jealous bini ada mata lawa?" tanya Azhara

"Sorry, taste saya bukan mata biru hijau, tapi warna biru je" jawab Zaim sambil bercekak pinggang

"Tapi kahwin dengan mata biru hijau. Hmmm sian. Mata sendiri warna brown hazel" jawab Azhara

"Brown hazel? Macam mana chérie tahu?" tanya Zaim dengan penuh wasangka sebab dia tahu warna matanya tidak dapat dilihat melainkan mereka berada berdekatan

"Dah, jom. Lewat nanti" kata Azhara lalu keluar dari dapur. Zaim hanya mengikut walaupun ada seribu persoalan di mindanya.

...........

"Chérie, nak makan mana?" tanya Zaim setelah mereka selesai berjoging pusing taman itu sebanyak 6 kali.

"Ingat tak kedai pertama kali kita jumpa kat luar sekolah?" tanya Azhara

"Kedai dekat mall tu ke?" tanya Zaim untuk kepastian

"Haah. Lama tak gi sana. Breakfast sana je lah" kata Azhara sambil mengelap peluhnya menggunakan tisu.

"Sini muka tu" kata Zaim sambil menarik lembut dagu Azhara supaya muka dia menghadap mukanya.

Tisu yang berada di dashboard diambil lalu perlahan-lahan dia mengesat peluh di di seleuruh muka Azhara. Azhara hanya memandang Zaim yang tekun mengelap peluhnya lalu dia juga melakukan perkara yang sama tapi dia mengesat peluh Zaim menggunakan jari luncingnya.

Zaim tersenyum lalu mengelap jari Azhara yang basah dengan peluhnya. "Don't worry if I'm sweating chérie. I can wipe it by myself" kata Zaim lalu mengelap wajahnya menggunakan tisu

"Brown hazel" cakap Azhara lagi dengan nada yang separa berbisik sambil membuang pandangan ke luar tingkap.

"How can you know it Mr's Zaim?" tanya Zaim selepas dia menghidupkan enjin keretanya.

"If you addicted with my smell, than I addicted with your eyes." kata Azhara tanpa dia sedar.

Terbuntang mata Zaim apabila dia mendengar kata-kata Azhara. Tangannya menyentuh bahu Azhara. Azhara terus menoleh ke arahnya dengan hidung yang berdarah. Zaim terkejut dua kali ganda dari tadi. Tisu diambil lalu dia memicit hidung Azhara. Azhara terus mengalihkan tangan Zaim lalu dia mengambil ubat didalam begnya.

BERSAMBUNG

Ma Chérie: Azhara [COMPLETE]Where stories live. Discover now