Chapter 26

2.2K 126 8
                                    

Pintu wad Zaim dikuak perlahan sebelum tubuh Raff memasuki bilik Zaim. Zaim yang sedang bermain telefon berhenti menilik telefonnya lalu memandang muka Raff.

"Apa kau nak Roy?" tanya Zaim dengan nada yang mendatar.

"Aku datang bukan sebagai seorang musuh. Just a man, a stranger. A family" kata Raff lalu berdiri di sebelah Zaim.

Zaim hanya mengangguk.

"Duduklah. Kau dah tua, sakit pinggang kang" kata Zaim

"Tua-tua aku ni masih larat nak berdiri. Dapat kalahkan kau" kata Raff lalu melabuhkan punggungnya di kerusi bersebelahan dengan Zaim.

"Aku tak tau cicit kau Az, bini aku sendiri" kata Zaim

"Aku sorokkan pasal tu sebab aku tak nak bahayakan Az." jelas Raff

"Bahaya apa? Tak faham cuba transfer 5k" kata Zaim

"Bak bank akaun kau" kata Raff lalu mengeluarkan telefon pintarnya.

"Tak payah lah gila. Aku gurau" kata Zaim sambil menggelengkan kepalanya.

"Kau masih ingat tak budak perempuan yang kau kata tolak adik kau?" tanya Raff. Zaim mengangguk.

"Yang kau kata tolak adik kau tu Az. Pembetulan dia bukan tolak tapi dia nak bersalaman nak berkawan dengan adik kau. Adik kau hilang imbangan dan dia jatuh. Aku dah tekan break masa tu tapi -"

"Dahlah Raff, aku tak nak dengar. Dah muak aku dengar penjelasan kau dengan adik aku" kata Zaim sambil acah-acah mengorek telinga.

"Perangai kau macam ni lah punca kau tak tau kebenaran. Cuba dengar sikit. Kau ni" kata Raff sambil menarik telinga Zaim

"Oi orang tua, kau tarik telinga aku asal? Meh sini kau" kata Zaim lalu menarik telinga Raff juga.

Mereka dua mengaduh bersama-sama, semakin mereka cuba menjarakkan diri semakin dipulas telinga masing-masing.

"Lepaskan lah orang tua" kata Zaim

"Kau lepaskan dulu" jawab Raff

"Tak macho siak mafia lawan tarik telinga" kata Zaim

"Kau tu, aku tarik telinga kau sebagai tok abi, bukan Roy" kata Raff

"Ahhh takde-takde. Kau tak lepaskan aku pun tak lepaskan" kata Zaim

Dahi Zaim dan Raff bertemu sesama sendiri, telinga mereka masih lagi dipulas masing-masing.

Azhara yang terdengar bunyi orang seperti kesakitan pantas memasuki wad Zaim. Masuk sahaja tubuhnya terus dia mengucap.

"Ya Allah, aksi apa ni? Tok abah apa cium suami Az." kata Azhara lalu menarik tubuh Raff menjauhi Zaim

"Kepala hotak kau" kata Zaim dan Raff serentak.

Azhara terkedu, terkelu apabila melihat tubuh badan Zaim yang boleh dikatakan agak mengancam yang berbalut dengan kain aduh tanpa memakai apa-apa baju.

Zaim memandang arah mata Azhara. Diperhati perut dan Azhara bergilir.

"Orang tua, perut aku ni lebih lawa ke dari muka aku?" tanya Zaim

Ma Chérie: Azhara [COMPLETE]Where stories live. Discover now