The End ☺️

3.5K 161 11
                                    

"Kakak kata kakak tak nak tinggalkan kami. Kenapa kakak?" rintih Danish di dalam wad. 

Daniel memeluk tubuh adiknya itu. Dia tidak mahu adiknya merintih dengan keadaan Azhara. 

"Kakak tipu! Kakak kata kakak sayang kami tapi kenapa kakak tinggalkan kami!" jerit Danish dalam wad tersebut.

"Boy, sudah lah tu. Jangan macam ni. Sedih kakak kalau tahu Boy macam ni" pujuk Daniel.

"Tak nak! Kakak dah janji tak nak tinggalkan kita bang. Kenapa sekarang. Baru sekejap tadi dia peluk cium Boy. Sekarang dia dah tinggalkan boy. Tadi dia kata kalau dia takde tolong jagakan Maq. Boy ingat dia kata pasal dia takde dekat rumah tapi rupanya ni!" bentak Danish

"Boy sudah!" tengking Puan Maryam.

Danish terdiam apabila mendengar suara Puan Maryam meninggi. Zaim yang berada di kerusi roda memandang ke arah Danish.

Danish terus meluru ke arah Zaim. Tubuh Zaim dipeluk erat seperti tidak mahu dilepaskan. Zaim membalas pelukan Zaim. Dia mengucup lembut ubun-ubun Danish sambil mengesat air mata yang mengalir di pipi Danish.

"Abang minta maaf Boy" pamit Zaim

"Kakak masih hidup kan abang?" tanya Danish

Zaim tidak menjawab malah dia juga turut mengalirkan air matanya. Pelukan diantara mereka berdua semakin dieratkan. Semua yang berada di wad tersebut terdiam dan hanya mampu melihat Zaim dan Danish.

...........

"Abang ingat bulan puasa ni chérie berbuka dengan abang, sahur dengan abang tapi rupanya tak. Abang berbuka sendiri sambil tengok isteri abang ni baring di atas katil macam tak bernyawa." kata Zaim

"Chérie, bila nak bangun? Tak rindu abang ke chérie? Abang nak raya dengan chérie. Abang nak berpuasa dengan chérie. Tinggal 5 hari lagi nak raya chérie. Abang nak peluk cium chérie." rintih Zaim.

Tangan Azhara digenggam erat lalu dikucup beberapa kali. Itulah rutin hariannya sepanjang menjaga Azhara yang masih belum sedarkan diri sejak kemalangan haritu. Dia berborak dengan Azhara walaupun dia tidak tahu sama ada Azhara mendengar atau tidak boraknya.

Sudah hampir sebulan Azhara koma. Tiada sedikit perubahan pun yang berlaku dengan keadaan Azhara. Masih lagi pucat dan semakin kurus.

"Chérie. Bangunlah. Abang rindu" kata Zaim sambil merebahkan kepalanya di sisi Azhara.

Tit tit titttttttttt

Zaim terus menekan butang kecemasan apabila mendegar bunyi mesin tersebut.

"Doktor!" jerit Zaim.

"Bring crash cart!" jerit Doktor kepada misi yang berdekatan.

"Encik Zaim sila bagi ruang kepada kami untuk merawat isteri Encik" kata misi yang bertugas.

............

"Macam mana dengan isteri saya?" tanya Zaim

"Isteri encik -"

"Doc! Code blue!" jerit misi dari dalam wad Azhara

Doktor tadi terus masuk semula ke wad Azhara. Zaim hanya mampu terduduk bersandar di kerusi.

Wajahnya diraup kasar. Keluhan berat dilepaskan.

"Sayang, jangan tinggalkan abang. Tolong bertahan demi abang" kata Zaim

"Zaim" sapa satu suara perempuan di sebelahnya.

"Ainul" sapa Zaim semula.

"I heard what going on. Rest assured. You had the best doc treating her. Anyway sorry for your lost" pujuk Ainul

Ma Chérie: Azhara [COMPLETE]Where stories live. Discover now