Chapter 15

2.6K 146 8
                                    

Danish yang tidur didakapan Azhara itu dipandang dengan air mata yang mengalir di pipi Azhara. Sungguh dia tidak sangka perkara yang dikatakan oleh Zaim boleh membuatnya terasa begitu sekali.

Saat bahagia mula ingin menjalar dalam diri terus hancur kerana perkara seminggu yang lepas. Tapi bukankah ini satu peluang untuk Azhara menunaikan hasratnya? Bukan ini satu kelebihan yang telah diberikan.

Azhara dengan perlahan meletakkan kepala Danish di bantal lalu dia pergi ke tandas untuk membersihkan wajahnya yang sudah sembap. Dipandang cermin dengan mata yang kurang tidur lalu dia mengambil wudhu untuk menunaikan solat subuh.

Selesai sahaja solat subuh, Azhara tidak terus berdiri malah dia masih duduk sambil berdoa sambil menangis untuk diberikan kekuatan dengan dugaan yang diberi. 

"Morning" sapa Daniel yang sedang bersarapan di ruang makan.

"Mmm" jawab Azhara lalu dia mengambil sekeping roti bakar dan air sejuk di peti ais.

"Akak gi mana?" tanya Daniel

"Keluar" jawab Azhara  ringkas

Terus Azhara memasang kasut sukannya lalu dia masuk ke perut kereta, enjin kereta Nissan GTR nya dipanaskan. Kepala diletakkan di stereng sebentar lalu dia mengambil nafas. Setelah pasti dirinya tenang terus dia memecut membelah jalan raya.

Pagi ini terasa seperti ingin mendaki bukit everest, ehh tak gurau. Dia terasa seperti ingin mendaki di hutan yang terletak 30 minit dari rumahnya. Seperti lama dia tidak mengambil udara segar. Tapi memang benar kerana sudah seminggu dia tidak keluar dari rumah.

Beg dan peralatan yang diperlukan ketika mendaki sudah disediakan. Dengan lafaz bismillah dia mulakan perjalanannya.

..........

Pintu pejabat Zaim diketuk beberapa kali sebelum Zaim membenarkan masuk. Setelah diberi kebenaran, pintu dikuak perlahan. Muncul pembantu Zaim iaitu Arif. Badan dibongkokkan sedikit manakala Zaim hanya mengangguk.

"Ada apa?" tanya Zaim

"Encik Zaim, ada perempuan kata dia isteri encik nak jumpa dengan encik" kata Arif.

"Isteri saya?" tanya Zaim lagi sekali ingin kepastian

"Ya, dia kata dia isteri encik dengan saya tadi" kata Arif

"Bagi dia masuk" arah Zaim

Arif hanya mengangguk lalu membuka pintu itu luas untuk membenarkan isteri Zaim masuk.

"Sayang, miss me?" tanya wanita itu.

Zaim tersentak melihat wanita yang muncul dihadapannya.

"Arif! Kau masuk sekarang!" jerit Zaim lalu dengan kadar segera Arif masuk ke pejabat Zaim.

"Boleh tak jangan muncul depan aku? Aku dah kata yang kita dah tak de apa-apa. Kau dengan aku dah bercerai!" marah Zaim kepada wanita itu

"Cerai? Kita terlampau bahagia apa maksud awak cerai?" tanya perempuan itu.

"Aku dah ceraikan kau Nita" kata Zaim dengan tegas

"No, tak jatuh talak sebab tak de saksi" jawab Nita dengan sinis

"Tak de saksi? Surat penceraian kita dah ada. Pihak mahkamah dah sahkan penceraian kita. Okay fine, nak saksi sangat kan. Arif kau dengar ni. Nur Anita Binti Halim, aku ceraikan kau talak tiga" kata Zaim sambil tersenyum sinis lalu hendak keluar dari pejabatnya.

"You not gonna go anyway! That bitch is not suppose to have you. Yang layak untuk you is me" kata Nita sambil menghalang Zaim

"Maaflah, aku tak ingin dengan penunggang lelaki. Lagipun aku tak pernah sentuh kau so tell me how can you get pregnant? Also yang kau gelar bitch tu isteri aku. Mulut kau jaga sebelum kau sakit aku kerjakan" kata Zaim lalu menolak Nita dengan kasar.

Ma Chérie: Azhara [COMPLETE]Where stories live. Discover now