Chapter 38

2.1K 118 1
                                    

"Abang, saya nak pandu boleh? Abang dari pagi asyik pandu kereta kita. Sekarang bagilah saya pandu okay?" pinta Azhara

"Kenapa pulak? Kan abang boleh je pandu. Nanti pulanglah chérie drive. Kita pergi rumah mama abang drive okay?" tanya Zaim.

"Janji?" tanya Azhara

Zaim mengangguk. Azhara memandang ke luar tingkap, dia perasan kereta di belakang sudah mengekori mereka sejak mereka keluar dari kedai makan sejak pagi tadi.

"Abang, kereta belakang ni dari pagi tadi ikut kita" kata Azhara

"Tu kereta bodyguard kita, jangan risau" kata Zaim

"Sejak bila abang perlukan bodyguard?" tanya Azhara

"Lama dah lah. Dari dulu dia orang ikut kita. Tak perasan ke?" tanya Zaim

"Tak perasan pulak. Takpelah. Kalau abang dah kata tu bodyguard kita, lega sikit hati" jawab Azhara.

"Tak yah risau. Keselamatan kita ehh tak, keselamatan itik kesayangan abang ni ialah priority abang." kata Zaim sambil mencengkam lembut dagu Azhara.

Azhara tersenyum lalu dia membuka telefon bimbitnya apabila ada bunyi notifikasi. 

Minah Gila Tak Dapat Move On
-Dia tetap akan jadi milik aku. 
-Kau tunggu
-Kau akan menyesal 
-Aku akan pastikan kau terseksa

Azhara hanya memandang sipi mesej yang diterimanya. Bukannya dia tidak tahu siapa yang mesejnya itu. 

"Siapa?" tanya Zaim

"No one. Tak penting" kata Azhara

"Muka tu kenapa pucat sangat?" tanya Zaim

Kereta diberhentikan di bahu jalan. Dia memandang wajah Azhara yang sedikit pucat. Wajah pucat Azhara diusap lembut.

"Sakit kepala sikit. Takpe tak yah risau" kata Azhara

"Sure? Kalau tak kita tak jadi pergi rumah mama. Kita balik dulu rehat" kata Zaim

"Apa pulak macam tu. Kita kan nak cakap pasal baby ni dekat mama. Pergi je rumah mama. Nanti rehat sanalah sebelum kita balik." kata Azhara

"Abang risau lah" kata Zaim

"Tak pe, saya janji lepas kita sampai rumah mama, kita cakap pasal baby ni nanti saya rehat dekat rumah mama. Jangan risau" kata Azhara

"Okay." kata Zaim lalu dia menyambung semula perjalanan mereka ke rumah Puan Maryam.

...........

"Assalamualaikum, kami datang nak beraya!" laung Azhara sebaik sahaja sampai ke rumah Puan Maryam

"Sejak bila raya ni chérie? Puasa pun bulan depan" tegur Zaim

"Rumah mama hari-hari hari raya." jawab Azhara

Zaim menggelengkan kepalanya. Pembawaan kanak-kanak ke?

"Waalaikumsalam! Kakak!" jerit Danish lalu memeluk tubuh Azhara.

"Oiii bini abang tu. Peluk suka hati je" kata Zaim

"Eleh baru bini. Boy adik dia." jawab Danish

"At least abang dah tengok segala-galanya. Boy dapat tengok apa je?" kata Zaim dengan nada seakan-akan cemburu.

"Boy satu rahim dengan kakak. Darah dalam badan boy sama darah dengan kakak. Abang? Baru tengok badan kakak je kot" jawab Danish semula

"Baru darah, abang ni sperma ada masuk dalam badan kakak. Haaa ada lawan?" kata Zaim

Ma Chérie: Azhara [COMPLETE]Where stories live. Discover now