Chapter 17

2.4K 135 4
                                    

"Chérie, nak saya tolong tak?" tanya Zaim yang sudah melabuhkan punggungnya di kerusi namun Azhara tidak membalas pertanyaan Zaim.

Dia masih gigih berusaha makan menggunakan tangan kirinya. Namun semuanya sia-sia apabila sudu yang berada di tangannya itu terjatuh. Azhara memejamkan matanya, terasa hina dengan diri sendiri kerana tak mampu nak makan. Zaim mengambil sudu yang terjatuh lalu dia cuci, dia duduk di birai katil lalu mengambil dulang makanan dari meja tadi.

"Saya suapkan ye? Buka mulut" pinta Zaim lalu menyuapkan Azhara namun Azhara tidak membuka mulutnya.

"Buka mulut chérie. Laparkan?" pujuk Zaim.

"Sa-saya makan sendiri" jawab Azhara

"Saya suapkan, nanti chérie sakit-sakit. Look I know you don't want to look at me right now but, please jangan seksa saya macam ni. Saya tahu saya bersalah jadi bagi saya peluang untuk perbaiki hubungan kita sayang." kata Zaim dengan nada merayu.

"Lepaskan saya" kata Azhara ringkas sahaja namun mampu buat Zaim terkedu.

Zaim menggelengkan kepalanya. Sungguh bukan ini yang dia mahukan.

"Tak sayang, saya takkan lepaskan sayang. Tolong sayang, bagi saya peluang." rayu Zaim namun tidak diendahkan Azhara. Dingin itu sahaja yang mampu Zaim katakan dalam hati. Azhara sudah menjadi dingin semula.

"Fine, I will let you go once you recover." kata Zaim dengan nada yang sedikit kecewa.

"Awak bodoh ke Zaim!" tengking Ainul yang baru sahaja masuk ke wad Azhara

Zaim dan Azhara memandang Ainul yang sudah merah kerana malu ehh tak marah. Ainul sedang menahan hati sebelum pelempangnya hinggap ke muka kacak Zaim itu.

"Fight for your marriage! Apa yang saya dengar dari tadi buat saya rasa nak tampar je sorang-sorang. Boleh tak sekali fikir guna otak bukan hati korang? Awak Azhara boleh tak sekali je......sekali ni je turunkan ego awak untuk kebahagiaan awak sendiri. And awak Zaim boleh tak kali ni jangan jadi bodoh? Awak jangan jadi bodoh untuk lepaskan orang yang cintakan awak dalam diam dan yang awak cintakan." kaya Ainul sambil tangannya berketar menahan amarah.

"Saya tak cintakan Zaim" jawab Azhara sambil memalingkan wajahnya dari memandang Ainul.

"Zaim keluar kejap. Saya nak borak dengan minah sewel ni" kata Ainul, Zaim pula hanya akur. Dulang ditangannya diletakkan di atas meja lalu dia keluar dari wad tersebut.

"Tak cinta? How funny it is when I treat you and all I heard you calling your husband name." sindir Ainul

Azhara tidak menjawab malah dia hanya diam, termenung ke luar tingkap.

"You love him just admit it!" tengking Ainul

"The love is past tense, that all I can say" jawab Azhara.

Ainul sudah melepaskan keluhan, dia mendekati Azhara lalu birai katil diduduk. Bahu kiri Azhara disentuh, kalau bahu kanan disentuh ada yang meraung kang.

"Tell me, apa yang boleh saya tolong awak Az? I can't help people who don't want to be help" kata Ainul tenang.

"Just leave me alone. Saya nak makan dan berehat" jawab Azhara.

Ainul hanya mengangguk sambil melepaskan keluhan terus dia berdiri lalu keluar dari wad tersebut. Zaim yang duduk dihadapan dipandang lalu dia menggeleng. Zaim hanya tersenyum lalu dia memasuki wad Azhara. 

Azhara memandang Zaim yang memasuki wadnya namun tak sampai beberapa saat dia mengalihkan pandangannya. Perlahan-lahan Zaim mendekati Azhara lalu dia mengusap pipi Azhara.

"Kenapa boleh cedera macam ni sekali chérie? Awak buat apa? Apa yang berlegar di kepala awak?" tanya Zaim dengan nada yang lembut sehingga Azhara hampir terbuai dengan usapan yang diberikan oleh Zaim

"Cakap lah dengan bonheur." rayu Zaim apabila Azhara tidak menjawab soalannya namun dia menutup mata menikmati belaian Zaim

"Ja-jatuh masa hiking." jawab Azhara perlahan.

"Kenapa pergi hiking chérie? Chérie tak pernah kan buat aktiviti lasak, kenapa buat sekarang?" tanya Zaim lagi

"Na-nak ambil angin" jawab Azhara

"Faham, tapi kalau nak gi hiking jangan sorang-sorang. Bawak sorang dua kawan ke. Bahaya tau." tegur Zaim sambil mengucup dahi Azhara.

Tubir mata yang terasa hangat itu tidak mampu menahan air mata dari mengalir. Tangan dinaikkan untuk mengesat air matanya namun tangan Zaim pantas membuat kerja. Perlahan-lahan ibu jari Zaim mengesat air mata Azhara.

"Kenapa? Ada sakit kat mana-mana?" tanya Zaim dan Azhara hanya menggelengkan kepalanya. Zaim tersenyum lalu dia mengambil dulang di atas meja dan diletakkan atas ribanya.

"Bonheur suap ye? Kalau bahu dengan tangan chérie dah tak sakit baru bonheur tak suap" kata Zaim namun Azhara tidak menjawab dia. Matanya hanya memandang makanan yang terhidang.

Zaim hanya tersenyum lalu dia mengambil sudu yang di dalam dulang tadi. Perlahan-lahan dia menyuakan sudu itu ke mulut Azhara. Azhara membuka mulutnya lalu dia  mengunyah makanan itu dengan perlahan kerana rahangnya terasa sakit apabila mengunyah. Air mineral yang tersedia dibuka Zaim lalu diberikan kepada Azhara.

"Lepas makan, chérie makan ubat. Lepastu rest tau. Bonheur pergi balik sekejap ambil pakaian untuk teman awak tidur sini" kata Zaim sambil menyuap Azhara lagi. Azhara hanya membalas dengan anggukan.

............

Azhara hanya baring di katil wadnya sambil matanya memandang ke arah televisyen yang menayangkan apa drama pun dia tak tahu. Zaim pula keluar hendak membeli kopi untuk berjaga menyiapkan kerjanya. Telefon pintar yang berada di tangan Azhara berbunyi menandakan ada mesej masuk.

013xxxxxxx
-Jangan ingat Zaim akan dengan kau buat selamanya.
-He's mine and I'll make sure he will always be mine
-You not even his first choice
-Just watch and see I goda dia balik

Azhara tidak membalas, dia hanya seen kan sahaja mesej yang diterimanya. Dia pasti sudah tahu siapa yang mesejnya walaupun dia tidak tahu bagaimana perempuan itu mendapat nombornya.

Pintu wad dikuak perlahan lalu muncul belakang badan Zaim yang bersandar pada pintu itu sambil membawa dua cawan air panas.

"Morning chérie, how was your feeling today?" tanya Zaim sambil tersenyum menampakkan barisan giginya yang putih.

Azhara tidak menjawab malah dia hanya membuang pandangan ke televisyen. Zaim terus mendekati Azhara lalu dia mengucup dahi dan kedua-dua belah pipi Azhara. Itulah rutin harian dia sepanjang dua minggu Azhara ditahan di hospital

"I bought you milk coffee. There you go" kata Zaim sambil menyerahkan cawan kertas kepada Azhara. Azhara menyambut cawan tersebut lalu perlahan-lahan dia mencicip air kopi itu.

"Ada apa-apa panggil je tau, Bonheur buat kerja kat sofa sana" kata Zaim sambil mengusap pipi Azhara.

Azhara tidak menjawab malah mata nya hanya fokus pada televisyen. Zaim terus membuka laptopnya lalu dia menyelesaikan tugasnya yang sudah tergendala.

Kalau diikutkan boleh saja Azhara pulang ke rumahnya namun apabila Zaim menyatakan hasratnya kepad Encik Suhaid bahawa dia ingin membawa Azhara pulang ke rumah mereka sendiri, terus sahaja Azhara berlakon sakit.

Dia hanya mahu berseorangan menenangkan hati namun si suaminya itu tidak berhenti cuba untuk berbuat baik dengannya dengan cara mengoda imannya walaupun hanya membantu perkara kecil-kecil. Yang membuat Azhara tidak bercakap dengan Zaim kerana satu kejadian dimana Zaim berkeras untuk memberi dia mandi walaupun sudah ditolak berkali-kali maka terletus lah peperangan dingin antara mereka berdua.

BERSAMBUNG

Ma Chérie: Azhara [COMPLETE]Where stories live. Discover now