Chapter 22

2.3K 132 15
                                    

"Abang Zaim, boleh tak boy nak duduk tengah-tengah nanti? Tak nak lah duduk dekat tingkap" kata Danish sambil menarik hujung baju Zaim.

"Kenapa? Sibuk je nak kacau orang" tegur Azhara sambil menjegilkan matanya ke Danish

"Boy tanya abang Zaim bukan akak" jawab Danish lalu dia menyorok belakang Zaim apabila Azhara sudah membuat jari ketam.

Zaim tergelak apabila melihat Danish yang sudah berlari anak mengelilingi mereka semua. Azhara pula mengejar Danish. Kalau dilihat orang lain pasti mengatakan Azhara seperti tidak matang.

Tapi kerana kecomelan dan kependekan Azhara yang 146 cm itu mungkin boleh membuat orang fikir dia baru tahun 5. Encik Suhaid dan Puan Maryam hanya mampu menggelengkan kepala mereka.

"Dah jom, papa tinggalkan korang nanti baru tau." ugut Encik Suhaid lalu masuk ke balai perlepasan beriringan dengan isterinya.

Danish terus berlari ke arah Puan Maryam lalu digenggam tangan Puan Maryam, mereka berjalan bersama-sama memasuki balai perlepasan. Danish pula berada di belakang mereka menolak troli yang penuh dengan beg mereka.

Zaim menghulurkan tangan kepada Azhara lalu mereka berjalan beriringan ke balai pelepasan. Zaim menggosokkan ibu jarinya di kekura tangan Azhara lalu dikucup beberapa kali.

"Apa abang ni, dekat public kot" tegur Azhara lalu menurunkan tangan dia.

 Zaim terus meletakkan tangan mereka berdua di dalam kocek bomber jacket berwarna biru muda yang tersarung ditubuhnya itu. Zaim tersengih apabila dipandang oleh Azhara. Azhara pula membalas senyuman Zaim.

Sungguh Zaim memahaminya walaupun dia tidak mengatakan apa-apa kepada Zaim. Malu sekiranya perbuatan 'sweet' mereka ditengok orang lain tapi dalam malu itu mahu juga bersweet dengan Zaim.

Nasib Zaim yang memahami sikap Azhara yang malu menunjukkan perilaku mereka itu pandai mencari jalan lain agar mereka berdua dapat melakukan agenda 'sweet' mereka walaupun di public.

.............

"Chérie, kenapa papa tak pakai jet peribadi ye?" tanya Zaim

"Papa kalau pergi sini dia suka pakai kapal terbang sebab kalau pakai jet peribadi sendiri memang kena pok pek pok pek oleh keluarga sana" kata Azhara

"Lepastu kenapa tak suruh saya je? Tak lah dia orang pok pek pok pek dengan korang." katan Zaim

Azhara hanya mendiamkan diri, bukannya dia tak mahu menjawab tapi kelibat seseorang yang sudah menunggu mereka di balai ketibaan. Sosok tubuh tersebut tersenyum sambil melambai ke arah mereka sekeluarga.

Azhara terus berlari ke arah sosok tubuh . Dipeluk sosok tubuh tersebut sambil tersenyum riang. Hampir jatuh rahang Zaim apabila sosok tersebut mengucup kedua-dua belah pipi Azhara. Rahang diketap rapat.

Encik Suhaid yang memandang Zaim cemburu itu pantas tergelak lalu dia merapati Zaim. Bahu Zaim ditepuk beberapa kali lalu Zaim memandangnya seperti menginginkan penerangan namun apa yang dibalas Encik Suhaid hanya membuat hati Zaim semakin cemburu.

"Semoga tabah isteri kena culik ye. Tak lama dalam seminggu dua gitu je lepastu Zaim dapat balik lah isteri Zaim tu" kata Encik Suhaid lalu mengambil Danish yang dibuai mimpi dari dukungan Puan Maryam.

Zaim hanya memuncungkan mulutnya lalu dia menolak troli yang penuh dengan  beg mereka. Daniel hanya mengikuti Zaim dari belakang sambil tergelak kecil.

Sampai sahaja Zaim di hadapan Azhara, Azhara tidak melayannya malah dia hanya memaut lengan lelaki tersebut dengan lebih erat. Lelaki tersebut menghulurkan tangannya kepada Zaim, Zaim pula menyambut lalu lelaki tersebut memperkenalkan diri.

"Aziz, teman lelaki Az senang kata cinta kedua Az selepas papa. Kau mesti Zaim, suami Az tapi suami atas kertas je lah ye. Az tetap hak milik aku " kata Aziz sambil tersenyum manis. 

"Ahh I see, tak pe ambil je Az. Memang aku nikah dia untuk kau hamilkan. Enjoy your holidays. Papa mama, Zaim tidur dekat hotel ye? Korang kan ada rumah kekasih Az so yeahh Zaim pergi dulu. Nanti Zaim datang rumah macam yang dah diplan haritu" kata Zaim lalu mengambil begnya dari troli.

"Ayokk akak, tak tau" kata Daniel sambil tertawa apabila melihat Azhara hanya melihat ke arah Zaim meninggalkannya.

Aziz juga turut tertawa lalu mengusap kepala Azhara yang berlapik dengan tudung. Encik Suhaid dan Puan Maryam pula hanya menggelengkan kepala lalu mereka berjalan bersama-sama ke kereta Aziz.

...........

"Asal muka Aziz tu macam pernah aku tengok ekk? Tapi dekat mana?" monolog Zaim sambil menunggu orang yang akan mengambilnya di airport.

Telefon pintar yang berada di kocek bomber jacket berwarna biru muda itu diambil lalu dia membuat panggilan.

"Recherche sur Aziz. Je veux ses informations A.S.A.P" kata Zaim sebaik sahaja panggilan disambungkan terus dia tamatkan semula tanpa menunggu jawapan dari pihak sebelah.

Bunyi hon mengejutkan Zaim, lelaki yang berada di dalam kereta  tersebut melambai lalu Zaim berjalan menghampiri kereta tersebut. Dia terus meloloskan dir memasuki perut kereta tersebut.

"Mr Zaim" sapa lelaki tersebut.

"Mike" sapa Zaim semula.

" allons-nous?" (Where are we going?) tanya Mike

"My penthouse" jawab Zaim ringkas dengan nada yang tegang.

Terus Mike memulakan perjalanan ke penthouse milik Zaim yang terletak tidak jauh dari lapangan kapal terbang. Sejam setengah kemudian, mereka telah sampai ke penthouse milik Zaim. 

Ramai orang lelaki membongkokkan badan ketika Zaim lalu di hadapan mereka, Mike pula masih setia di belakang Zaim sambil membawa beg Zaim. Telefon pintar Zaim berbunyi menandakan ada panggilan masuk, pantas dia mengangkat tanpa memandang nama yang tertera di skrin.

"Avez-vous des informations sur lui ?"(Do you have any information about him?) tanya Zaim sambil mengambil beg dari Mike. Tangan seolah-olah menghalau Mike untuk memberi dia ruang.

"Information siapa abang?" tanya orang dari panggilan tersebut.

"I'm not talking to you chérie. Ada apa call?" tanya Zaim

"Abang kat mana? Saya dah pergi hotel yang abang tempah tak de pun." kata Azhara

"I'm outside." jawab Zaim ringkas

"Kita jumpa. Abang kat mana? Jom makan" ajak Azhara

"Pergi dengan boyfriend chérie. Abang nak layan betina lain" jawab Zaim sambil tersenyum sinis.

"Abang!" marah Azhara

"What? Jealous? Why are you jealous chérie? You had a boyfriend here, so it will be fair if I had girlfriend here. Syok juga tau, ada lah orang nak melayan abang yang kesunyian dekat sini" sengaja Zaim menyakitkan hati Azhara.

"How dare yo-" belum habis Azhara cakap dia terdengar suara perempuan dari sebelah Zaim. Suara lunak yang bergema di telefon itu membuat Azhara bisu.

"Hold on baby. I'm talking with my wife" kata Zaim

"Abang you jok-"

"Chérie abang letak dulu. Nak makan ajaklah orang lain ye. Abang datang rumah keluarga chérie malam nanti jangan risau" kata Zaim lalu dia memutuskan panggilan tanpa menunggu Azhara menjawab

Azhara yang berada di dalam bilik hotel ditempah Zaim hanya mampu terduduk di birai katil. Otaknya ligat berfikir apa yang sedang berlaku. Benar atau tidak apa yang dia dengar tadi. Suara perempuan dan Zaim memutuskan panggilan tanpa menunggunya balas. 

Hanya mampu merenung ke arah telefon pintar dengan air mata yang mengalir perlahan membasahi pipi. Telefon digenggam erat seakan ia memberi kekuatan untuk bertahan.

BERSAMBUNG

Ma Chérie: Azhara [COMPLETE]Where stories live. Discover now