♡♡♡♡♡♡♡♡
Hafiy Pov
"Fiy malam ni kita ke villa nenda tau,so jangan keluar kemana-mana ya."Ujar Tengku Syafiq sebaik sahaja anak lelakinya masuk ke dalam rumah."Hum?kenapa tiba-tiba biasanya kita jarang balik villa nenda malam-malam ni...ada apa-apa ke papa?."Tanya Hafiy yang hairan.
"Nanti Fiy tahulah."Sampuk Tengku Hana lembut.
"Along,Mama ada buat cheese cake..baik along pi cepat..tadi Hayra tengok Harraz tengah makan."Sebaik sahaja mendengar kata-kata Hayra,Hafiy terus membuka langkah seribu ke arah dapur.
Manakala yang lain hanya ketawa.
Aduhai Hafiy dah besar pon macam budak-budak!.♡♡♡♡♡♡♡
"Tengku Rayna Alana! Dah siap ke belum? Kenapa lama sangat?."Jerit Tengku Diana dari bawah.
"Aishh Diana,tak payah nak jerit..nanti pandailah anak dara awak turun."Kata Tengku Aiman pula.
"Ish awak ni..saya dah tak sabar nak jumpa Alice dengan Hana ni."Muncung Tengku Diana.
"Ye mummy,daddy.Rayna dah siap ni."Sahut Rayna yang sedang menuruni tangga itu.
"Hah jom cepat,mummy kamu dah tak sabar tu."Usik Tengku Aiman lalu disahut oleh ketawa kecil Rayna.
Tengku Diana hanya mempedulikan kata-kata suaminya lalu bergegas masuk ke dalam kereta.
Sampai disana kelihatan kereta milik Tengku Alice dan Tengku Syafiq sudah tersadai di garaj Villa Rosselle.
Mereka disambut oleh Tengku Rosselle.
"Hah dah sampai pon.""Bonda."Sapa Tengku Diana lalu menyalami tangan ibunya diikuti oleh Tengku Aiman dan akhir sekali Rayna.
"Nenda makin cantiklah..mesti ramai peminat ni!."Puji Rayna sebaik sahaja menyalami tangan neneknya.
"Ada-ada jelah kamu ni Lana,walau beribu peminat yang mendatang nenda setia pada arwah atok kamu je."Seloroh Tengku Rossele lalu menarik tangan Rayna masuk ke dalam.
Sampai didalam Rayna melepaskan jeritannya.
"Argghhhh Mairaaaaa aku rindu kauu!!.""Omaigodddd Rayna kau makin cantikk."Puji Tengku Humaira sepupu Rayna dan juga anak kepada Tengku Alice maksunya.
"Mula dah jejak kasih diorang."Gurauan Tengku Alice disambut ketawa besar oleh semua orang.
"Dah-dah nak berkasih sayang ke,melepaskan rindu terpendam ke lepas makan ye..meh masuk dapur..kita makan."Sampuk Tengku Rosselle pula.
♡♡♡♡♡♡♡
Hafiy Pov
Selesai makan malam,mereka berkumpul di ruang tamu dan berbual-bual.Namun perbualan mereka terhenti apabila Tengku Rosselle turun dari tingkat atas.
"Ehem,harini Bonda jemput anak-anak dan cucu-cucu nenda datang sini sebab nenda nak tunaikan wasiat arwah atok."Jelas Tengku Rosselle dengan wajah serius.
"Wasiat?Wasiat apa?."Soal Tengku Alice hairan.
"Harap cucu-cucu nenda sanggup tunaikan wasiat ni ye..ehem sebenarnya arwah atok nak satukan Lana dengan Hafiy,Arwah nak satukan Lana dengan Hafiy sebab arwah percayakan Hafiy boleh jaga Rayna."Kata-kata Tengku Rosselle mengejutkan semua orang.
![](https://img.wattpad.com/cover/273541017-288-k916032.jpg)
YOU ARE READING
The Promise
RomanceTengku Hafiy Rayyan Jejaka dingin yang telah menjadi pujaan para gadis diluar sana kerana rupa parasnya dan hartanya. Namun,siapa sangka jejaka sekacak dirinya mengalami amnesia yang menyebabkan dia melupakan seorang gadis yang bertakhta di hatinya...