♡♡♡♡♡♡♡
Keesokan harinya,selepas sarapan mereka mula berkumpul untuk aktiviti seterusnya iaitu aktiviti lasak.
Rayna ditegah oleh semua orang namun dia meyakinkan semua orang bahawa dia sihat.
"Okayh aktiviti pertama ialah Flying Fox."Kata Kak Farah.
Rayna yang mendengar memucat..aduhaiii aku paling anti benda ni.
"Rayna kau okay?."Tanya Emelya yang berada disebelahnya.
"Okay je."Jawab Rayna sambil tersenyum paksa.
Kang aku jawab tak okay semua aktiviti aku tak boleh join."Mula dari kumpulan satu ye."Arahan dari Abang Imran menyebabkan kumpulan satu maju kehadapan.
Selepas satu-satu kumpulan akhirnya tiba giliran Rayna...alat keselamatan yang dipasang oleh Kak Mia digenggam erat oleh Rayna.
Selangkah dia hendak terjun langkahnya mula terhenti bila terpandang ke arah bawah.
Akibat ketakutan dia mengundur selangkah ke belakang."Hey Rayna,relax."Kata Hafiy menenangkan Rayna memandangkan hanya dia sahaja yang belum terjun bagi kumpulan 5.
"Taknak turun."Ujar Rayna dengan air mata yang berlinang.
Hafiy menggaru kepalanya yang tidak gatal sebelum sebuah idea muncul dikepalanya secara tiba-tiba.
"Abang,kawan saya takut nak turun..boleh tak saya naik yang lagi satu dan teman dia turun..maknanya sebelah-sebelahlah."Terang Hafiy kepada Abang Khairul yang menjaga kawasan tersebut.
Abang Khai terdiam seketika sebelum akhirnya membenarkan memandangkan Rayna tak berapa sihat.
Hafiy tersenyum lega sebelum bergerak ke arah Rayna.
"Sokey aku teman kau..kita turun sama-sama,kau pegang baju aku nanti."Pujuk Hafiy meyakinkan Rayna.Rayna mengesat air matanya sebelum menggangguk perlahan.
Sepanjang turun itu lengan baju Hafiy yang berlapik digenggam kemas,manakala dia tidak henti-henti mengeluarkan jeritannya.
Manakala Hafiy hanya selamba menikmati permandangan sambil mengerling ke arah Rayna yang terjerit kuat itu.
Sampai dipenghujung Rayna menarik nafas lega dan berjalan dengan terketar-ketar.
Emelya yang melihat Rayna yang pucat itu terus memapah Rayna untuk duduk ditepi.
Setelah selesai aktiviti flying fox semua pelajar dikehendaki ke dewan makan untuk makan tengah hari.
Selepas itu mereka dibenarkan untuk membersihkan diri terlebih dahulu sebelum ke aktiviti seterusnya.♡♡♡♡♡♡♡
Baju disarung dan telefon pintarnya dicapai..kelihatan 5 panggilan tidak dijawab daripada mamanya,Tengku Hana.
Pantas sahaja dia mendail semula nombor itu.
"Hello mama..what's wrong?fiy ada aktiviti tadi."Kata Hafiy apabila panggilannya dijawab."Nothing,mama just nak tanya kamu okay ke?dah makan ke belum?."Soal Tengku Hana disebelah sana.
"Fiy okay je..baru lepas mandi."Jawab Hafiy sambil memandang sekeliling,seketika dia menggeleng
melihat rakan-rakannya semua sudah pengsan.
YOU ARE READING
The Promise
RomanceTengku Hafiy Rayyan Jejaka dingin yang telah menjadi pujaan para gadis diluar sana kerana rupa parasnya dan hartanya. Namun,siapa sangka jejaka sekacak dirinya mengalami amnesia yang menyebabkan dia melupakan seorang gadis yang bertakhta di hatinya...