♡♡♡♡♡♡♡
Rayna menyanyi kecil sambil mengemas biliknya.
Lantai divakum,katil dikemas dan tidak dilupakan koleksi novelnya yang menimbun.Baru semalam dia order rak buku yang baru dek kerana rak yang lama tidak mampu menanggung bukunya yang semakin banyak.
Baju yang berada di dalam wardrobe turut dikemas,banyak baju yang dia sudah tidak pakai dikemas.
Dia bercadang untuk menyedekahkan baju-baju ini kepada rumah anak yatim Sri Mesra iaitu rumah anak yatim yang didirikan oleh nendanya 5 tahun yang lalu.
Selesai sahaja mengemaskan baju-bajunya pintu biliknya diketuk.
"Ya,masuklah."Sahut Rayna dari dalam.
Pintu biliknya dibuka dan terjegul kepala Tengku Diana.
"Rayna dah siap mengemas?."Tanya Tengku Diana seraya duduk dibirai katil.
"Siap dah ni mummy,buku tu esok Rayna kemas..sebab rak tu sampai esok."Balas Rayna lalu turut melabuhkan punggung disebelah Tengku Diana.
"Itulah,daddy nak buatkan mini libary Rayna kata tak payah."Tangan Tengku Diana naik membelai rambut anak gadisnya.
"Alah nanti-nantilah yang tu mummy,bilik Rayna ni muat lagi nak simpan buku ni,btw kenapa mummy cari Rayna?."Soal Rayna sambil merehatkan kepalanya dibahu Tengku Diana.
"Ouh terlupa pula mummy,Rayna tolong mummy hantarkan Puding roti dengan Cheese cake ke rumah mama Hana boleh?mummy kena pergi hospital sekejap,ada hal penting."Kata Tengku Diana lalu bangun dari katil itu.
"Hem yelah,nanti Rayna pergi."Rayna turut bangun dan meregangkan badannya.
"Orait,thank you dear..mummy pergi dulu,dah lambat."Kata Tengku Diana dan membiarkan tangannya disalami Rayna sebelum keluar dari bilik anak gadisnya.
Manakala Rayna masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan diri.
♡♡♡♡♡♡♡
Laptopnya dibuka dan dia mula menyiapkan assignmentnya yang menimbun itu.
Setelah sekian lama menaip,pintu biliknya dibuka oleh seseorang.
"Along!."Serentak kembar itu menyeru namanya.
"Hah nak apa?."Soal Hafiy lalu menumpukan perhatian terhadap kedua adiknya itu.
"Along..tadi cikgu suruh beli buku rujukan."Hayra pantas sahaja menayang wajah comel kepada abangnya.
"Habistu?."Soal Hafiy kembali,sengaja buat-buat tak faham.
"Alah along hantarkanlah kami ke mall!bolehlah."Kini Harraz yang berbaring di atas katil itu turut bangun.
"Yelah,nanti pukul 3 kita pergi."Akhirnya Hafiy melayankan juga permintaan adiknya.
Manakala kedua kembar itu melompat kegembiraan dan berlari keluar dari bilik Hafiy.
Jam didinding dikerling '2.30'
Hafiy pantas sahaja masuk ke bilik air untuk mandi dan bersiap.
♡♡♡♡♡♡♡
YOU ARE READING
The Promise
RomanceTengku Hafiy Rayyan Jejaka dingin yang telah menjadi pujaan para gadis diluar sana kerana rupa parasnya dan hartanya. Namun,siapa sangka jejaka sekacak dirinya mengalami amnesia yang menyebabkan dia melupakan seorang gadis yang bertakhta di hatinya...