OPERANT CONDITIONING

3 1 0
                                    


dalam psikologi, kita ada teori yang dinamakan sebagai operant conditioning theory yang telah diasaskan oleh B.F. Skinner. p/s: minta maaf banyak². semua istilah akan digunakan dalam bahasa Inggeris sbb x reti nak translate satu-satu.

teori ini terbahagi kepada 4 jenis:

1- positive reinforcement
(lepas buat baik, dapat ganjaran)
contoh: dapat A exam, dapat hadiah.

2- positive punishment
(lepas buat jahat, kena hukum)
contoh: mencuri, kena rotan.

3- negative reinforcement
(lepas buat baik, dapat elak benda yang tak suka)
contoh: dapat A exam, okay minggu ni Along tak payah pergi tusyen heheheh cuti okay?

4-  negative punishment
(lepas buat jahat, kena tarik benda yang dia suka)
contoh: mencuri, so minggu ni Ayah tarik internet. mereput la kau phone takde internet.

keempat-empat teori ini telah dibuktikan boleh merubah tingkahlaku manusia. tetapi pada pandangan peribadi saya, reinforcement (ganjaran) adalah lebih memberi impak positif kepada seseorang berbanding punishment (hukuman).

Psychology WorldWhere stories live. Discover now