Bachelor in Psychology; Expectation vs Reality

35 1 0
                                    

Selepas aku dapat tawaran ni, dan sebelum aku melangkah ke universiti, aku 50-50 nak minat ke tak kos Psychology ni. Tapi lepas aku buat banyak-banyak reserach, i think i will be okay with it. Sebab menurut penelitian aku, takde subjek-subjek math, semuanya aku perlu baca fakta je. I am so okay with it. Tapi ada beberapa subjek Sains juga yang aku kena hadap selain subjek Falsafah. (which is not really okay but i can try)

So mari aku teruskan penulisan aku dengan expectation terlebih dahulu.

1. Belajar ilmu psikologi sebab nak memahami diri sendiri dan orang sekeliling. Aku berharap, dengan belajar ilmu psikologi ni, aku dapat handle jika ada masalah pada diri aku. Atau jika aku aku sebenarnya ada masalah mental? Mungkin aku boleh boleh kenal pasti sendiri, dengan ilmu yang aku akan pelajari nanti.

2. Nanti kalau aku mental torture ke what not, i think its okay la. Sebab semua lecturers belaja Psikologi kan. Mesti mereka semua memahami aku en. Nanti kalau ada apa-apa problem senang nak refer. Tak perlu la nak ke klinik semua.

3. Aku rasa Psychology ni ada kaitan kut sikit-sikit dengan law, sebab nanti nak amik master in law ke apa (masih lagi berharap bai)

This is my expectation towards Psychology on my first day of class when my lecturer asked us to tell why we choose Psychology, which is i dont know either.

1. Yeap, tak dinafikan, dengan belajarnya Psychology, aku mampu mengenali diri aku dengan lebih baik, sebab belajar pasal personality, aku masuk U baru tahu yang aku ni introvert and it is totally normal. Before this aku sangka aku bermasalah ke apa. Ye, aku lebih mengenali diri aku. Tapi untuk merawat diri sendiri dengan ilmu yang dipelajari tu, boleh dikatakan agak mustahil. Sebab, tak kesah la kalau kita tahu ilmu tu sekalipun, tapi kita masih perlukan orang lain untuk merawat kita, atau contohnya untuk apply CBT untuk kita. Kita takkan mampu untuk apply therapy untuk diri kita sendiri. Merawat diri sendiri jauh lebih susah berbanding merawat orang lain. Mungkin agak mustahil untuk merawat diri sendiri. Apa-apa pun, kena ke hospital juga untuk diagnose dan melakukan rawatan susulan.

2. Lecturers kita boleh merawat kita? Ye lah kan lecturers semua psychologist kot? Nope. Not that easy, buddy. Kita perlu sedar, lecturers memandang kita sebagai Psychologist, bukannya sebagai pesakit. Jadi, nak harap semua lecturers memahami kita? Atau pun mungkin dapat merawat kita? Tidak sesenang itu, kawan. Malah, lecturers berkemungkinan akan memberi lebih tekanan kepada kita. Sebab mereka sedang melatih kita untuk menjadi seorang Psychologist. Seorang psychologist perlu mempunyai mental yang kuat untuk merawat mental orang lain. Jangan berasa lemah dengan mengganggap bahawa lecturers akan memanjakan kita. Nope. Malah lecturers pernah cakap, "kalau psychologist pun mental tak kuat, macamana nak rawat orang?" Understand now? They always want us to be positive dan mahu kami sentiasa tahu bagaimana untuk memotivasikan diri, dan tidak berharap kepada orang lain untuk memotivasikan diri sendiri. Sebab kami ialah bakal-bakal Psycholohgist! You see that now?

3. Yang ni memang tak logik langsung. Selepas aku lalui kehidupan sebagai pelajar Psychology ni, memang ternyata, ilmu ni takde kena mengena langsung dengan Law. Tapi aku masih ada harapan kalau teringin sangat nak belajar Law. Dengan meneruskan Master in Forensic Psychology. Ambik kos ni, aku akan kerja di mahkamah dan akan berurusan dengan undang-undang negara. Tapi memandangkan Malaysia ni masih belum berkembang dalam bidang Psychology khususnya, memang aku tak jumpa mana-mana IPTA pun yang menawarkan Master dalam bidang ni. Kalau aku betul-betul nak, aku memang kena pursue study kat luar negara la. Tu pun kalau ada rezeki. Kalau takde, terkubur la cita-cita aku kat sini je.

Psychology WorldWhere stories live. Discover now