Stress vs. Depression

7 0 0
                                    


dulu masa mula-mula belajar psikologi, aku fikir stress dan depression ni macam lebih kurang. tapi lama-lama, baru aku tahu, rupanya stresss dan depression ni sebenarnya jauh beza.

[ Stress? ]

1- menurut Lazarus (1984), stress merupakan respon fizikal terhadap situasi sukar yang telah memberi isyarat kepada badan. apabila badan mengalami stress, minda akan mula bertindak untuk menyelesaikan situasi tersebut.

2- menurut Cannon (1935) pula, stress juga terjadi disebabkan oleh organisma di dalam badan yang tidak mampu berhadapan dengan perubahan yang berlaku.

3- Selye (1993) juga berpendapat bahawa stress mempunyai kaitan rapat dengan kepuasan terhadap sesuatu perkara. ini bermaksud, semakin tinggi kepuasan kita terhadap sesuatu perkara, semakin kurang stress yang akan kita alami.

4- sebagaimana yang diketahui umum, stress tidak semestinya buruk. stress dengan kadar yang sederhana sebenarnya boleh memberi impak positif dalam kehidupan seseorang (Mason, 1974).

5- stress pada umumnya bagus untuk badan. tetapi, stress yang berlebihan boleh memberikan kesan kepada sistem ketahanan badan seperti luka dan proses penyembuhan badan (Ader et al., 2001).

6- di dalam psikologi, terdapat terma yang dipanggil mekanisme mengatasi tekanan (stress coping mechanism), iaitu teknik untuk mengawal stress supaya ianya berada pada tahap sederhana sesuai dengan keadaan badan supaya tidak menjejaskan biologi semulajadi manusia.

7- stress mempunyai kaitan rapat dengan biologi manusia. oleh itu, Jean et al. (1985) telah menyarankan bahawa urutan badan dapat membantu mengawal stress. apabila badan mulai relaks, badan juga akan menghantar isyarat kepada minda untuk relaks, kerana biologi dan minda adalah saling berhubung.

8- tetapi, setiap orang sebenarnya mempunyai cara yang tersendiri untuk mengawal stress, selain daripada urutan. mengikut minat dan mood masing-masing, dan terpulang kepada kreativiti masing-masing. ada orang suka berjalan-jalan, mendengar muzik, basuh tandas, memasak, melukis, menyanyi, baking, dan sebagainya. terpulang pada diri sendiri.

9- dalam melalui fasa-fasa liku hidup yang sukar ini, setiap orang sepatutnya perlu tahu apa mekanisme mengatasi tekanan masing-masing. dengan ini, stress dapat menjadi pemacu kepada kita untuk melakukan sesuatu perkara dengan baik.

10- stress berpada-pada itu bagus. tapi kalau berlebihan tu tak elok. kalau tak tak stress langsung? alhamdulillah, bahagianya hidup kau. aku sendiri dah lupa bila last hidup tanpa stress. :')

[ Depression? ]

pernah tak bila anda dengar pasal depression, terus terdetik,

"eh, aku rasa aku ada depression la"

lepastu mula yakin yang diri ni ada depression tanpa berjumpa mana-mana doktor. sabar dulu. depression ni bukan perasaan biasa yang akan dirasai oleh semua orang. bukannya stress sikit je depression, sedih sikit je depression.

Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorders Fifth Edition (DSM-5) adalah buku panduan utama yang digunakan untuk mendiagnos para pesakit.

mengalami 5 atau lebih daripada gejala-gejala ini, dan hendaklah berterusan selama 2 minggu lamanya:

1- berada dalam kemurungan sepanjang hari, atau hampir setiap hari (rasa sedih, sunyi, tiada harapan).

2- hilang minat atau keseronokan terhadap perkara yang dulunya pernah menjadi hobi atau pernah seronok melakukannya.

3- turun berat badan atau naik berat badan. terlalu berselera atau langsung tidak berselera.

4- tidak dapat tidur langsung atau terlalu banyak tidur.

5- mula hilang fungsi psikomotor.

6- keletihan atau hilang tenaga.

7- rasa tidak berguna, rasa bersalah.

8- hilang keupayaan untuk berfikir atau fokus.

9- mempunyai niat untuk membunuh diri.

perlu diingatkan bahawa, gejala ini perlu berterusan selama sepanjang hari atau hampir sepanjang hari selama 2 minggu berturut-turut.

jika mengalami gejala-gejala ini, terus rujuk kepada hospital atau klinik kesihatan berdekatan, dan jangan biarkan ia berlarutan, dan jangan sesekali "rasa" ada depression tapi tiada usaha untuk mendapatkan rawatan secara professional.

perbezaan ketara antara stress dan depression adalah:

1- stress hadir sekejap-sekejap dan kadang ada kadang tiada./depression hadir berterusan sepanjang hari atau hampir sepanjang hari selama 2 minggu berturut-turut tanpa henti.

2- stress hanya hadir apabila ada sesuatu kejadian yang boleh menyebabkan stress. contohnya: exam, assignment, gaduh dengan partner dan lain-lain./depression tidak semestinya memerlukan sebab on the spot untuk hadirnya rasa ini. ia ada tanpa sebab kukuh pada masa itu.

3- apabila hilang penyebab, stress terus hilang. contoh: dah habis exam, automatik stress hilang./kalau depression disebabkan oleh penderaan ketika waktu kecil, walaupun penyebab sudah hilang, tapi rasa depression kekal ada dan meninggalkan kesan.

4- stress adalah rasa terbantut terhadap sesuatu perkara./depression adalah rasa kesunyian, pilu, sedih, hilang harapan, putus asa, dan rasa keseorangan.

5- stress mungkin boleh menggangu kelancaran kehidupan seharian tapi masih boleh dikawal./depression mengganggu keseluruhan fungsi kehidupan manusia dan boleh membantutkan perjalanan hidup.

6- stress adalah sebahagian daripada hidup, dan ia normal jika dalam kadar sederhana./depression tidak normal, anda perlu dapatkan rawatan segera.

7- stress yang bagus boleh membuatkan seseorang bekerja dengan lebih efisien./tiada depression yang bagus.

Psychology WorldWhere stories live. Discover now