Ramai orang menyangka bahawa Islam itu terrorist?
Lalu ada pula pihak lain yang menyangkal, "Woi woi, mereka la yang terrorist! Mereka banyak bunuh orang!!"
Dibalas pula dengan kritikan segelintir jemaah Muslim yang sejenis Keyboard Warrior.
Lalu perbalahan keyboard tercetus tanpa sengaja.
Saling menyalahkan sesama lawan pihak.
Namun, sayang seribu kali sayang. Ramai yang masih belum mengerti tentang hakikat bahawa bukan Agama yang menentukan sama ada mereka terrorist atau tidak.
Ada je yang beragama Islam tapi mungkin mereka jenis yang kurang pengahayatan terhadap Islam. Maka mereka beranggapan membunuh itu jihad! Lalu mereka lebih suka menentang dan berperang kerana pemahaman mereka terhadap Islam adalah sebegitu.
Namun, kita sendiri tahu pada hakikatnya, Islam lebih mengutamakan perdamaian dan memilih peperangan sebagai jalan terakhir.
Begitu juga sebaliknya. Jika berlaku sesuatu keganasan, cepat sahaja kita cop mereka itu terrorist berpandukan Agama apa yg mereka anuti.
Namun kita lupa, orang yang betul2 berpegang teguh dengan agama sudah pasti tidak akan sekali-kali bertindak ganas kerana sudah pasti ianya tidak dianjurkan oleh mana-mana agama pun.
Senang kata, isu terrorist tak terrorist ni adalah berpunca daripada sikap seseorang individu itu sendiri. Mungkin kurang penghayatan Agama. Atau mungkin sudah tiada rasa kemanusiaan lagi dalam diri mereka akibat dari kecil sudah terbiasa utk berkelakuan sebegitu. Mungkin itu adalah 'budaya' mereka.
Mungkin tidak ramai yang akan setuju dengan apa yang saya cuba perkatakan pada malam ini.
Namun, berdasarkan apa yang saya lihat, tidak wajar utk kita meletakkan kesalahan 100% kepada agama yang dianutinya jika kesalahan itu sebenarnya hasil daripada individu itu atau budaya yang diterapkan dalam kehidupan mereka yang mungkin sudah sebati dalam pemikiran mereka.
Apa pun, Islam itu Agama Perdamaian. Hanya penganut yang tiada penghayatan terhadap Islam sahaja yang suka terhadap perbuatan terrorism. Malah, Islam jika dipandang saja sudah tenang, jika dibuktikan dengan akhlak yg baik. Sesungguhnya akhlak itu adalah sebaik-sebaik dakwah.
Itu sahaja utk malam ini. Sebenarnya ada banyak lagi nak tulis tapi mcm malas la pulak
Jika ada sebarang penambahan atau teguran boleh komen di bawah.
Terima kasih!
Sekian.

YOU ARE READING
Psychology World
General FictionIlmu-ilmu dan pandangan peribadi aku tentang isu-isu terkini berkaitan Psikologi.