Avoidance Personality Disorder

29 1 0
                                    

Nak citer sikit pasal Avoidance Personality Disorder, di mana satu penyakit mental yang tak femes, sebab (menurut sumber youtube,) hanya 1% sahaja manusia di dunia yang menghidap penyakit ni.

Ia dikategorikan sebagai Personality Disorder apabila berlakunya kesan yang berpanjangan terhadap diri seseorang dan menjejaskan pekerjaan, pelajaran, hubungan interpersonal dalam kehidupan mereka.

Mereka sensitif, mudah terasa. Cuba sehabisnya untuk menjauhkan diri dari sosial. Kerana mereka terlalu takutkan kritikan dan penolakan daripada manusia.

Setiap kali berjumpa manusia, mereka merasakan orang itu benci kepada dia, i am such a fuckin useless, dia takkan suka berkawan ngan aku. Aku tahu dia pandang aku buruk,  dan sebagainya. Satu suara yang merasuk minda mereka tanpa henti membuatkan mereka takut utk bersosial. Rasa tidak diterima. Hati mereka mahu, tapi minda mereka terus membisikkan kata2 sehingga membuatkan mereka takut dengan penolakan manusia dan sosial.

Akhirnya, mereka digelar pemalu dan loner. Walau hakikatnya mereka bukan malu, tetapi mereka takut dgn minda mereka sendiri.

Psychology WorldWhere stories live. Discover now