Belakangan ni aku ditimpa sedikit masalah diri sendiri. Bukan masalah dunia. Bukan masalah orang sekeliling. Tapi masalah diri sendiri.
Aku mengaku belakangan ni aku terlalu memaksa diri aku. Aku terlalu memaksa diri aku utk menjadi yg terbaik. Kadang aku rasa aku terlalu ingin menjadi hebat dan melepasi batasan kemampuan diri sendiri.
Satu hari aku belajar dalam kelas Kaunseling Psikologi. Ketika itu aku memang berada dalam mood yang sangat teruk. Menyendiri. Memikirkan masa depan sendiri yang tiada hala tuju.
Lepastu lecturer ajar tajuk apa aku x ingat. (Malas nk check) , tapi dalam tajuk ni, ada 5 keperluan asas yg manusia wajib penuhi iaitu fisiologi, fun, freedom, kuasa, dan love and belongings. (Aku x sure betul ke tak, sebab tertukar dgn tajuk Abraham Maslow).
Tapi yg pasti, lecturer tu cakap, setiap manusia wajib ada kesemua keperluan ni.
Tp, x semestinya semua kena 100%, setiap orang ada tahap limit masing2
Mungkin seseorang tu terlalu menginginkan sesuatu yg dia x mampu capai
Hal ini kerana telah melebihi limit yg diperlukan.
Manusia perlu sedar yg kita semua ada limit masing2. Memaksa diri dpt membuatkan seseorang hilang keperluan 'freedom' iaitu lebih teoat lagi ialah 'inner freedom'. Ya. Kebebasan dalaman.
Dia sendiri merasa terkongkong dengan diri sendiri. Nampak bebas, tapi dalamannya x bebas sebab hidup dalam keterpaksaan dan tidak berani untuk berkata tidak terhadap sesuatu yg dia x mampu.
Terus aku tersentak. Betul2 kena atas batang hidung aku yg mmg tengah ada masalah duh.
Lepas je habis kelas, terus aku muhasabah diri, dan monolog pada diri: jadilah diri sendiri dan make yourself freedom innately.
Aku cuba mengeluarkan diri aku dari penjara sendiri.
Lepastu aku berasa sedikit lega. Aku mula membuang perkara yg mengusutkan pemikiran aku.
Terima kasih kepada lecturer yg telah membantu aku yg berada dalam kesusahan ini. Moga Allah rahmati kamu.
Inilah kelebihan menjadi pelajar Psikologi sebenarnya. Dapat ilmu, terus boleh apply pada diri sendiri. Setakat itu sahaja celoteh saya pada malam ini.
Terima kasih.
![](https://img.wattpad.com/cover/174334996-288-k59037.jpg)
YOU ARE READING
Psychology World
Genel KurguIlmu-ilmu dan pandangan peribadi aku tentang isu-isu terkini berkaitan Psikologi.