Selalu kita bahas dan bercakap tentang introvert dan sikap pendiam mereka. Ada yang kata introvert ni sebenarnya ramai je, cuma orang tak nampak. Tapi persoalannya sekarang, bagaimana pula dengan extrovert?
Adakah extrovert ini ditakdirkan Tuhan sebagai karakter yang sentiasa gembira sepanjang masa? Adakah extrovert ini sentiasa yakin? Dan adakah extrovert ni sentiasa inginkan perhatian?
Atau adakah extrovert ni tidak memungkinkan mereka untuk dapat depression? Mereka sentiasa okay kan? Alaa introvert je selalu kena depression ni.
Well said, ramai yang ingin bercakap mengenai introvert, tapi tak ramai mahu menyelami perasaan dan bagaimana sebenarnya menjadi seorang extrovert yang selalu dianggap kuat oleh masyarakat.
Mereka memang selalu hebat ke?
Aku sebagai orang yang introvert sejujurnya kurang faham orang extrovert, dan sebelum ni selalu beranggapan bahawa mereka adalah hebat.
Tetapi, ada satu peristiwa yang akhirnya telah menyentap dan menampar aku tentang kesedaran untuk tidak judge extrovert hanya dari luaran.
Aku ada seorang classmate yang memang sangat tinggi tahap extrovert dia. Boleh kata semua lecturers kenal dia lah.
Kalau ada apa-apa event atau tugasan, memang automatik nama dialah asyik kena petik.
Dia banyak bagi pendapat dalam kelas. Kalau semua diam taknak jadi leader, dia selalu tolong volunteer kan diri sebelum kena marah dengan lecturer.
Bercakap itu terlalu mudah bagi dia. Dan bersosial juga merupakan makanan utama dia setiap hari. Boleh kata dia famous la dekat uni sebab memang ramai kenal dia, since dia banyak join aktiviti sosial.
Tapi satu hari aku terserempak dia kat mall, dan tak sangka tengok dia shopping sorang. I thought dia ramai kawan?
Aku macam biasa, suka lepak mall sorang-sorang sbb mmg hobi aku.
Pastu kitorang nak naik grab sama.
Sambil tunggu grab tu, tiba-tiba terbuka luahan hati dia tentang masalah dia.
Aku dengar jelah, macam biasa.
Dia cakap dia terlalu penat sebab semua lecturers bergantung harap pada dia. Dia stress banyak keja dia nak handle as a leader. Which is some lecturers mmg nak dia yang lead sbb dia mmg bagus.
Dia pun ada cerita jugak masalah peribadi dia sikit, lepas tu dia cakap dia penat dengan hidup dia ni. Sampai bila dia nak macamni.
Peristiwa tu benar-benar menyentapkan jiwa aku, yang sebelum ini sangat judgemental terhadap extrovert.
After all, they are just a normal human being.
Yang juga nak bahagia.
Sebab kita semua sama je sebenarnya. Personaliti ni hanya definisi diri kita sebagai manusia. Tapi sebagai, manusia, kita semua mahu dilayan sebagai manusia biasa.
Dianggap terlalu hebat dan tiada masalah juga adalah memenatkan.
Struggle being an extrovert juga perlu diambil berat.

YOU ARE READING
Psychology World
Aktuelle LiteraturIlmu-ilmu dan pandangan peribadi aku tentang isu-isu terkini berkaitan Psikologi.