OCD is Not About Being A "Neat Freak"

25 1 0
                                    


Orang yang samakan pengemas atau pembersih dengan OCD is just turn off. OCD nama panjangnya ialah Obsessive-Compulsive Disorder.

Definisi OCD:1. Obsessive: Merupakan penyakit obses yang tinggi terhadap sesuatu habit2. Compulsive: Merupakan penyakit yang melakukan habit itu secara berulang-ulang. So pendek cerita ialah Obsessive + Compulsive = obses terhadap sesuatu habit secara berulang-ulang.

=============================================

Mungkin orang yang ada penyakit waswas boleh membayangkan bagaimana rasanya OCD ni. Rasa ingin melakukan sesuatu habit secara berulang-ulang.

Mesti korang penah dengar en, orang yang berulang-ulang amik wudhuk sebab waswas. So menurut pendapat korang, best ke orang yang mengalami penyakit waswas ni?

Contoh?

1. Ada orang jenis OCD terhadap keselamatan rumah dia. Means, setiap malam sebelum tidur, dia akan check if dia dh tutup belum semua tingkap kt rumah? Bukan sekali, bukan 2 kali. Tapi berkali-kali sehingga sepanjang malam memang dia akhirnya tak tidur. Sebab apa? Pemikiran itu berulang-ulang dalam minda mereka mengatakan no! aku belum tutup lagi lah tingkap!

Even tho dia dah cek banyak kali dari pukul 10 misalnya, sampai ke pukul 4 pagi, mungkin berpuluh-puluh kali. We never know. Mental nya terlampau penat. Tetapi apa boleh buat? Dia sendiri tak mampu lawan apa yg mentalnya kata padanya. Dia sendiri tak boleh kawal pemikiran dia.

Insan yang asyik mengaku OCD tu kalau betul nak kena OCD aku takleh nak komen lebih. Sila pikir banyak-banyak sebelum mengaku. Aku pun tak suka orang yg mendoakan buruk-buruk untuk diri sendiri.

So, pendek cerita apa kesan kepada insan tersebut yang asyik cek tingkap je sepanjang malam?Otak penat. Fizikal pun penat. Sebab konfem setiap malam dia takkan dpt tidur dan mengalami kejadian yang sama berulang-ulang.

Kalau setiap malan tak dapat tidur, perkara ni akan menjejaskan biological clock dia. Dan akhirnya dia sudah terbiasa untuk tidur pada waktu siang. Kalau tidur waktu siang apa jadi? Kerja pun tertangguh. Kemungkinan menjejaskan kerja jika dia bekerja.

Sebab tu ia dinamakan 'disorder' - menjejaskan aturan kehidupan sebagai orang normal.Means, aturan hidup dia sudah tidak normal. Siang tidur, malam jaga. Itu pun sudah melanggar fitrah kejadian manusia kalau mengikut Islam sekalipun.

disini aku ingin tegaskan bahawa OCD sangatlah menjejaskan kehidupan seharian kita. Jangan ingat menjadi seorang pengemas atau pembersih membuatkan anda bangga untuk mengaku sebagai seorang OCD.

Itu hanya salah satu contoh saja. Ada lagi contoh lain.

2. Orang yang terlalu waswas terhadap kebersihan tangan dia. Bagi dia, setiap kali dia sentuh apa-apa sahaja, dia rasa bakteria terus merebak kat tangan dia. Dia akan basuh berkali-kali dan berjam-jam lamaya tanpa dia sedar. Mungkin boleh menyebabkan kecedaraan jugak.

Berdarah tangan tu boleh jadi perkara biasa. Sebab baginya, mengawal minda sendiri sangat susah dan lebih sakit berbanding luka pada tangannya. Dia penat mengawal pemikirannya. Akhirnya, dia turutkan saja pemikirannya, dan luka tu takde apa nk dibandingkan sakitnya pemikiran.

==============================================

Kesimpulannya, janganlah anda sesenang hati claim diri sebagai OCD kalau sedangkan orang yang menghidap ocd sendiri pum tak sanggup untuk menghadapinya.

Bayangkan pada saat anda claim diri anda OCD, apa penghidap OCD sebenar akan rasa?

"Kau mempermainkan kesakitan yg aku alami? "

"Sesenang itu sahaja kau claim penyakit yang menyeksakan ini? "

"Kau ingat semudah ABC untuk aku handle kesakitan ni? "

OCD is real guys. Please dont make fun of it and simply claim yourself as OCD padahal kau seorang yg pengemas je. Please dont.

Kau ibarat telah memperlekehkan tahap kesakitan para penghidap OCD dan menormalisasikannya sedangkan ia adalah merupakan sejenis penyakit. Please guys.

Just claim yourself as pengemas atau pembersih not OCD jika ia tidak menjejaskan aturan hidup kau sehari-hari. Sebab OCD ni sakit sangat. Sila hormat penderitaan orang lain dengan tidak menormalisasikan penyakit ini sebagai 'sikap' personal sahaja.

Saya harap penerangan ini akan memberi lebih lagi kesedaran kepada masyarakat Malaysia tentang betapa real nya mental illness ni. Sebab perjuangan as mental illnes ni orang x nampak.

Terima kasih.

References: aku baca buku teks apa tah dulu2 hahah

Sekian saja daripada saya,
Raja Nur Azida,
Pelajar Psikologi Tahun 3,
Malaysia. 

Psychology WorldWhere stories live. Discover now