MENELUSURI KARAKTER EXTROVERT PART 2

4 1 0
                                    


1) Malu tak menandakan anda introvert.

Ada je extrovert tapi malu untuk berkenalan dengan orang baru. Kerana kurangnya skil sosial. Tetapi dia rasa lebih bertenaga jika bersosial dan berinteraksi dengan orang ramai.

2) Extrovert tidak selalunya confident.

Ada je extrovert yang rasa bertenaga bila bersosial, tapi mempunyai kurang keyakinan untuk bercakap di khalayak ramai. Kerana bercakap di khalayak ramai dan bersosial adalah dua perkara yang agak berbeza.

3) Bukan semua extrovert hebat bercakap.

Extrovert memang suka bersosial dan bercakap. Tapi ia tidak bermakna mereka hebat untuk membahaskan isu-isu secara ilmiah. Ada je extrovert yang kurang skil sosial dah tidak pandai bercakap di khalayak ramai.

Skil sosial ≠ Bersosial

Dua perkara yang nampak sama tapi sebenarnya agak berbeza.

4) Extrovert tak selalunya happy.

Setiap orang ada masalah, begitu juga dengan extrovert, mereka pun ada masalah sama saja dengan semua orang. Cuma yang membezakan adalah kebanyakan mereka pandai menyembunyikan kesedihan mereka dengan berlagak happy.

5) Extrovert perlukan interaksi sosial.

Berbeza dgn intro, extro lebih menginginkan interaksi sosial dalam hidup mereka. Jika keperluan sosial mereka tidak dipenuhi, mereka akan mula rasa penat. Menyendiri membuatkan mereka rasa lelah.

Ada yang mengatakan bahawa menjadi intro lebih beruntung berbanding extro. Kerana extro seringkali perlu usaha setiap hari untuk mengadakan interaksi sosial supaya lebih bertenaga. Sedangkan intro, cukup bersendiri membuatkan mereka bertenaga.

6) Extrovert mudah rasa kesepian.

Disebabkan keperluannya yang tinggi terhadap sosial, mereka mudah merasa kesunyian berbanding yang lain. Menyendiri dalam jangka masa yang sekejap pun boleh buat mereka rasa sedih dan kesepian. Berbanding intro, yang sangat enjoy menyendiri.

Ramai yang beranggapan bahawa introvert ni loner rangers la apa la, sbb selalu sorang kemana-mana. Tapi hakikatnya loner tak semestinya lonely.

Loner= menyendiri
Lonely= berasa kesepian

Pada hakikatnya yang berlaku adalah sebaliknya. Padahal extro yang lebih mudah rasa kesepian jika nak dibandingkan dengan intro. Sebab intro mereka enjoy menyendiri. Manakala extro mereka terasa penat menyendiri.

Oleh itu, extro sebenarnya lebih mudah rasa menyendiri dan kesepian dibandingkan dengan intro.

7) Extrovert tak semestinya ramai kawan.

Mereka suka bersosial dengan semua, tapi tak semestinya semua boleh buat kawan. Ada je yang ramai kenalan, tapi bila time susah, tiba-tiba takde sorang pun sahabat yang boleh tolong.

8) Extrovert juga boleh depression

Depression adalah penyakit yang boleh kena pada semua orang tak kira jantina, agama, bangsa, malahan personaliti. Tak kira kau intro ke extro. Dia tak interview kau dulu sebelum nak serang kau.

Malahan extro yang bertarung dengan depression adalah sangat memenatkan. Kerana jiwa mereka mahukan sosial. Tapi pada masa yang sama depression mereka kata taknak. Perkara ni sebenarnya membuatkan penghidap depression extrovert berasa sangat penat untuk mengikut kehendak dirinya sendiri atau kehendak penyakitnya.

Malahan ada penghidap sosial anxiety extrovert meluahkan bahawa, mereka sangat sukar untuk memenuhi kepeluan sosial semulajadi mereka, kerana mereka terlalu takut untuk berjumpa dengan orang ramai,

namun pada masa yang sama, ketakutan mereka terhadap sosial menghalang mereka utk bersosial. Setiap hari mereka mahukan sosial tapi tak dapat penuhi sebab ada sosial anxiety, terlalu takut untuk bersosial dan tak mampu lawan ketakutan itu.

Bayangkan perasaan, bagaimana nak seimbangkan kemahuan semulajadi yang mahukan sosial, tapi pada masa yang sama ada sosial anxiety. Amat memenatkan.

9) Extrovert juga perlukan masa menyendiri

Walaupun bersosial buatkan mereka bertenaga. Tetapi itu adalah tenaga mental mereka. Still, fizikal mereka penat jugak kalau dah seharian asyik keluar je ke sana ke sini. Jadi kau jangan expect extrovert ni bertenaga sepanjang masa.

Kalau mereka perlu menyendiri, berikan saja ruang kepada mereka. Mereka bukan robot, yang setiap masa nak bercakap dengan orang. Ada masa mereka perlukan me-time, kita respect! Nanti dia penat menyendiri, dia carilah kita. Haha.

10) Semua manusia mahukan perhatian.

Bukan setakat extrovert je yang dikatakan suka meraih perhatian orang. Tapi sebenarnya semua orang mahukan perhatian. Cuma extrovert lebih mahu diterima oleh society, manakala introvert lebih mahukan perhatian dari circle yang lebih kecil. Semua manusia memerlukan perhatian dan kasih sayang, tanpa mengira personaliti. Cuma mungkin cara sahaja yang berbeza.

Psychology WorldWhere stories live. Discover now