Kisah Buruk Lampau Perlu Dilupakan?

238 4 0
                                    

Pagi ini terdetik pemikiran ni dalam benak aku. Walaupun ada yang mengatakan bahawa masa lalu tak perlu diingat. Walaupun ada yang mengatakan bahawa masa lalu itu terpisah dengan masa sekarang. Tapi hakikat sebenar, diri kita terbentuk drpd masa lalu. Terbentuk drpd pengalaman, terutama ketika kanak2. Pengalaman kanak2 lah yg membentuk peribadi kita hari ini. Sama ada kita seorang yg berpesonaliti yang bagaimana?

Memori masa lampau membuatkan kita menjadi manusia. Memori masa lampau membuatkan kita seorang yg belajar. Mungkin belajar drpd kesilapan silam yang kita pernah buat, atau pengajaran drpd kesilapan org lain. Tp apa yang penting, memori masa lalu yang mengajar kita menjadi seorang yang berfikir dn ada rasa utk menjadi lebih baik pada masa lalu.

Orang yg lupa ingatan pun sedih kalau dia lupa ingatan. Cuba nak pulih, sbb nk ingati apa yg berlaku dalam kehidupan dia sebelum itu. Rasa kosong bila kita tidak tahu apa yg berlaku di masa lalu dalam kehidupan kita.

Allah ciptakan memori ada sebab. Memori merupakan salah satu elemen yg melengkapkan kita sebagai seorang manusia normal.

Sebab tu aku kurang setuju bila ada orang kata "lupakan masa lalu, fokus ke hadapan". Sedangkan kita takkan mampu melupakan masa lalu. Mana mungkin melupakan sesuatu yg membentuk menjadi kita pada hari ini.

Apa yang betul mungkin begini "Jadikan kesilapan masa lalu sebagai pengajaran. Allah cipta masa lalu yg buruk itu mungkin utk menyedarkan kita supaya tidak melakukan kesilapan yg lagi dahsyat drpd itu pada masa hadapan". Bukan semata2 menyesali,
bahkan teruskan penyesalan itu dengan rasa kesyukuran sbb dengan kesalahan itu membuatkan kita sedar dn membina jalan di hadapan dgn lebih baik.

P/s: Membaca teori psikologi yang bermacam2 membuatkan aku terfikir benda ni.

Psychology WorldWhere stories live. Discover now