Kita Semua Sama?

36 0 0
                                        

Aku hairan dan tertanya-tanya.

Dunia hari ini sering berkata bahawa setiap orang punya karakter masing-masing. Setiap orang pasti ada kelebihan dan kekurangan dalam diri masing-masing. Jangan compare!

Tapi sejak kecil lagi kita dididik dengan comparison dan competition. Semuanya perlu ada ranking. Sejak tadika lagi sudah diajar kena dapat no 1. Kena belajar rajin-rajin. Kalau x dapat no tinggi-tinggi para guru dan ibubapa akan menyalahkan anak mereka kerana katanya sebab malas belajar. Usaha tangga kejayaan! Korang x berjaya ni sebab x usaha. Korang x berjaya ni sebab korang malas! Lalu dituding jari dengan bahasa isyarat yg anak-anak faham sebagai 'kamu useless!'.

UPSR, PT3, SPM,  kena skor banyak A! Kalau boleh straight A lah. Tak banyak A bermakna korang malas dan tiada usaha. Disuruh usaha lagi dan lagi. Yang pandai di agung-agungkan.

Lalu bagaimana? Menginginkan kami menerima baik buruk diri sendiri namun dari kecil sudah diajar bahawa kamu akan hebat hanya apabila banyak A.

Sejak dulu lagi saya memang tidak pernah setuju dengan statement itu. Pakar motivasi pumpang2 mengatakan kononnya otak kita semua sama! Hanya usaha sahaja yang menentukan hasil! Blablabla. Namun saya bukan sejenis yang berfikiran begitu. Walau kerap dipaksa hadiri kem motivasi, asyik itu sahaja ayat yang diulang oleh 'pakar motivasi' katanya.

Tapi saya tetap berpegang dengan pendirian saya bahawa otak manusia berbeza-beza. Kalau dah mmg diciptakan kita tiada kepakaran dlm bidang itu, bermakna probability utk capai kejayaan dlm bidang itu amat sedikitlah.

Kalau dikatakan otak manusia semua sama, maka kita bukan manusia lah kot. Kita robot ke nak diprogramkan sama je semua? Saya tetap dengan pendirian saya. Otak manusia berbeza.

Lalu, saya memulakan pengajian di UNIMAS pada tahun pertama. Kelas pertama untuk subjek Introduction to Psychology, damn! Lecturer cakap sebijik dengan apa yg aku pegang selama ni.

Beliau kata, otak manusia memang diciptakan berbeza. Minat berbeza, kemampuan berbeza, juga kepakaran dalam bidang yang berbeza. Tugas kita untuk mencari apa nilai pada diri kita.

Dan baru aku tahu, di Malaysia ni amat mudah untuk menjadi 'pakar motivasi'. Asal boleh cakao sikit, 'pakar motivasi' lah dia. Lalu mulalah memasukkan elemen2 psikologi yang kadang-kadang kurang tepat dengan ilmu psikologi yang sebenarnya sebab ramai di kalangan mereka tidak belajar psikologi.

Saya lihat bidang psikologi di Malaysia ni sangatlah lemah dari pelbagai aspek. Orang yang takde ilmu pun sewenangnya boleh bercakap mengenainya sebab psikologi ni kan bunyinya menarik. Dia tak tahu struggle ijazah psikologi ni bagaimana. Lalu masyarakat pun percayalah dengan kata-kata mereka ni walaupun mereka takde ijazah psikologi.

Akhir kalam, ingin ditekankan di sini bahawa setiap orang pasti mempunyai kelebihan masing-masing. Saya cakap lagi sekali. PASTI. Cuma insan-insan yang kurang nampak pandai ni sebenarnya kena struggle la sikit utk hidup supaya mencari nilai apakah sebenarnya yang wujud dalam diri aku? Tidak perlulah untuk kita buat sesuatu yang bukan menjadi kepakaran kita. Takkan selamanya nak hidup dalam keterpaksaan? Saya akui bukan mudah sebenarnya untuk mencari nilai istimewa yang ada dalam kita. Tapi begitulah hidup. Struggle is real.

Budaya competition dan comparison yang diterap dari kecil sudah pasti sukar untuk kita kikis.

Zaman semakin maju. Ayuh lihat dunia dari sudut berbeza!

Sekian merapu di petang hari  :')

#eveningthought
#emo
#psychology

Psychology WorldWhere stories live. Discover now