Adelle bangun dari tidur lenanya. Mamai memerhatikan situasi sekeliling. Hampir terlupa dia masih berada di wad yang sama. Bau ubat-ubatan menerjah ke hidungnya. Ruangan itu kosong. Hanya dia yang ada disitu. Tanpa mengetahui apa yang menimpa Aiden dan Michael, nombor michael pantas didail.
'The number you have dailed is not in service'
Suara operator hanya mengulang ayat yang sama setelah beberapa kali dia mencuba.
"Aduh mana michael ni... Takkan tak bangun lagi kut" bebelnya ringkas.
Pintu dikuak dari luar. Wajah Rania bersama senyuman manis terpampang sebaik sahaja pintu dibuka.
"Eh Adelle dah bangun? You dah makan ke? Ni Rania ada bawakan bekal, makanla kesian Adelle asyik makan makanan hospital je" sapa Rania dengan mesra.
"Haah baru bangun je ni, call Michael tadi suruh beli makanan, tapi tak boleh reach plak. Rania bawa apa tu? Bubur ke? Nakkk.. Adele dari semalam tak makan tau"
Rania mengerutkan kening. Takkan la Adele tak tahu lagi insiden tu. Or memang arahan dari King?
"Rania? Rania? Kenapa? Termenung ape tu? " tanya Adele.
Pelik juga dia melihat kening Rania yang bertaut. Entah apa yang difikirkan gadis dihadapannya itu.
"Eh takde la sorry-sorry. Adele nak makan tadi kan? Okay meh Rania hidang dulu yaa"
Telefon Adele berdering. Nama Michael terpampang di skrin.
"Yes Adele. Why?"
"Nothing, ingat nak suruh you belikan makanan tadi tapi takpe lah Rania dah ada kat sini"
"Rania? With you? Okay I'll be there in 10 minutes"
YOU ARE READING
DEATHWISH AMOR
RomanceAdele florence Anderson Gadis kacukan Thai,Malaysia dan Spain.. Menjadikannya seorang gadis yang cukup sempurna. Kehidupan yang sering diburu mata-mata liar lelaki membuatkannya tekad untuk bersifat kejam sepanjang hidup. Assassin Headhunter Menjadi...