13- REGRET

114 17 40
                                    

Kereta dipandu laju membelah jalan. Mata bening Adele yang menitiskan airmata bermain di fikirannya. Sakitkah Adele dengan kelakuannya hari ini? Sedangkan dia hanya melakukan apa yang Adele pinta. Orang sudah tidak mahu diganggu, untuk apa kita masih terhegeh-hegeh bukan? Lagipun masih ramai ahli mereka yang mampu menjaga Adele. Nombor Michael kemudiannya didail.

"Woi kau kat mana?"

"Aku balik kondo la semalam. Kenapa?"

"Teman aku pergi mall"

"Tak nak la aku. Aik? Bukan ke budak tu yang teman kau? Apa nama? Adik si Rayyan tu"

"Haah Rania ada sekali ni. Pastu kau nak aku berdua je lah dengan dia?"

"Dengar kata pagi-pagi lagi kemain dah sweet. Nak pergi mall berdua pun tak boleh?"sindir Michael.

"Mana kau dapat berita mengarut ni? Aku tengah drive dah ni. Kau tak datang... Aku suruh Andrew pecat. Ahhahh"

"Iyalah kau pergi je dulu. Kondo aku bukan jauh pun dengan mall ni"

"Hmm"

Panggilan dimatikan. Dia hanya mampu mengeluh. Cepat betul si Michael dapat berita. Sekarang dia berada di parking lot. Menunggu kehadiran Michael dan Rania. Sambil-sambil menunggu, sempat lagi dia melihat post terbaru Adele di instagram. Caption yang ditulis gadis itu menarik perhatiannya.

Stop expecting loyalty from someone who cant give honesty

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Stop expecting loyalty from someone who cant give honesty.

Post itu mendapat ribuan like dan komen. Tidak lupa juga kepada yang menjadi batu api. Aiden memberanikan diri untuk turut meninggalkan komen di ruangan itu.

'You had me. You lost me. And now you miss me'

Sengaja dia mahu menduga jawapan daripada Adele. Ketukan cermin kereta menyedarkannya dari lamunan. Wajah mulus itu melemparkan senyuman kepadanya. Pintu kereta segera dibuka dan mereka beriringan ke dalam pusat membeli belah.

"Rindu Adele?"tanya Rania. Memecah kesunyian di antara mereka.

"Kalau jawab tak macam tipu je. Adalaa sikit"kata Aiden. Rambutnya dirapikan.

"Ye la tu sikit. Tadi kemain tenung gambar Adele"

"Kenapa? Jealous ke? Hahaha"

"Buat apa nak jealous. Eii Nich lagi handsome tau!"wajahnya mula memerah.

"Hahaha ye la... Siapa je saya ni kan. Yea there he is. Cepatnya datang"jarinya ditunjukkan ke arah lelaki yang sedang santai bersandar di bangku.

"Siapa tu? Michael ke Mattew?"

"Michael"jawab Aiden sepatah.

Bahu Michael ditepuk perlahan.

"Yow lamanya lahai kau ni. Dah berjanggut aku tunggu kat sini. Hai Alex's new girlfriend"lantas Rania disapa.

DEATHWISH AMORWhere stories live. Discover now