Jam loceng memyedarkan ku dari lena. Ahh mengantuknya. Kalau kerja macam dulu kan best. Takde maknanya kena bangun awal awal pagi macamni. Kerja pun kalau rasa nak kerja je. Kalau taknak sambung tidur. Settle. But now, everythings changed. Termenung kejap. Ya lah mana boleh bangun dari tidur secara mengejut.
Korang tak baca berita ye?
Okay now im talking as a lecturer.
Bilamana korang bangkit secara tiba-tiba otak akan jadi anaemic dan mengalami kegagalan jantung (heart failure) disebabkan oleh kekurangan darah.
So dengan ini dinasihatkan untuk mengamalkan amalan "3 kali 1/2 minit" ini, iaitu:Bila sahaja terbangun dari tidur, jangan terus turun dari katil, tetapi berbaringlah dulu untuk tempoh 1/2 minit.
Duduk di katil untuk tempoh 1/2 minit.
Turunkan kaki, duduk di tepi katil untuk tempoh 1/2 minit.
HAHAHA tekun je korang membaca ye! Ha buat la dulu sementara aku nak pegi mandi.
BACK TO NORMAL
Aiden meneliti pemakaiannya hari ini. Tiada apa yang menarik. Hanya warna kemeja dan tali leher saja yang bertukar. Well pemakaian formal kan. Jam tangan Rolex dipakai. Perfume Mary Kay High Intensity™ Ocean Cologne Spray disembur ke seluruh tubuh.
Wangi! Semerbak baunya. Iphone yang masih berada di atas katil berbunyi perlahan. Menandakan ada personal message yang masuk.
ANDREW
Karya Hipster Cafe. 2:00 pm sharp.Disimpan telefonnya ke dalam poket tanpa membalas. Mesej tersebut memberi debaran di dadanya. Lagi 7 jam untuk dia menjelaskan segalanya yang terpendam. Namun hanya pada abang abang Adele. Untuk bersemuka dengan identitinya yang sebenar di hadapan Adele, entah bila agaknya dia akan bersedia.
AIDEN POV
Suasana di sekitar sudah mula dipenuhi para pelajar. Berbagai bagai telatah dapat diperhatikan. Lagi 15 minit sebelum kelas bermula. Tapi mana Adele ye? H twinnie pun batang hidung tak nampak. Bangunan para tenaga pengajar di sini berhadapan dengan dewan dewan kuliah. So aku berdiri di koridor, nampak la semuanya.
"Kau termenungkan apa pagi pagi ni?"sapa Firdaus. Ish dia ni buat terkejut orang je la.
"Salam kau mana? Kalau aku ada heart attack macam mana?"
"Halah halah melebih la dia ni. Assalamualaikum saudara. Pagi pagi yang indah ni sudah jauh saudara termenung. Memikirkan siapa lah agak nya ya"dilenggok lenggokkan suaranya.
Geram je aku nengok dia ni. Dah nak mati agaknya ni.
"Waalaikummussalam. Tiada siapa pun kekanda. Saja duk sini ambil angin."jawabku selamba.
Firdaus yang sedari tadi lagi masih dengan senyumannya yang penuh makna.
"Kau tak dengar cerita ke? Aku dengar la kan, dari haritu lagi sbenarnya. Ada laa sorang lecturer ni, tengah tangkap cinta cintun dengan student dia. Kemain lawaa dia rembat." bersungguh sungguh dia bercerita.
YOU ARE READING
DEATHWISH AMOR
RomanceAdele florence Anderson Gadis kacukan Thai,Malaysia dan Spain.. Menjadikannya seorang gadis yang cukup sempurna. Kehidupan yang sering diburu mata-mata liar lelaki membuatkannya tekad untuk bersifat kejam sepanjang hidup. Assassin Headhunter Menjadi...