Sudah beberapa minggu Adele dan Aiden langsung tidak bertegur sapa. Adele pula seolah olah cuba mengelakkan diri dari terserempak dengan lelaki itu. Aiden pula langsung tidak mengambil kisah. Dipandang pun tidak.
Tambahan pula, Nicholas seolah olah sudah berhenti menhantar konco konconya untuk mengganggu Adele. Mungkin muslihat lain yang direncanakan. Bukannya Aiden tidak tahu. Semuanya berpunca dari dia sendiri. Walaupun sudah beberapa tahun, Nicholas masih berdendam atas kematian ayahandanya, King.
Andrew dan Aron pula sibuk dengan kerja mereka di pejabat. Tidak mustahil Anderson Holding mampu menyaingi syarikat syarikat terbesar di dunia dengan adanya dua orang CEO yang tekun dan rajin bekerja.
Hailey dan Hannah pula sibuk dengan kerja partime mereka. Walaupun sudah terlalu kaya, namun minat mereka dalam modelling tidak di sia siakan begitu saja.
Kadang kadang diajak juga Adele untuk turut serta memperaga fesyen bila ada event event yang tertentu.Adele pula fokus dengan latihan menembak dan pertahanan diri. Dia tahu dia tidak seharusnya berdiam diri bila ada bahaya yang mendatang.
Walau bagaimana pun, fokusnya pada pelajaran tidak pernah dilupakan.Kecerdikan dan ketangkasannya menarik minat ramai lelaki di universitinya untuk memikat hatinya. Namun tidak ada seorang pun yang berjaya.
Kecuali
AIDEN
Entah mengapa perasaannya sering berkocak hebat saat menatap wajah lelaki itu. Perasaan yang sudah lama menghilang kembali menjengah. Namun tidak berani di tunjukkan perasaannya. Trauma dengan cintanya yang langsung tidak diendah oleh jejaka bertopeng suatu ketika dulu.
Kadang kadang timbul perasaan cemburu di hati bila lelaki yang bergelar pensyarahnya itu lebih dilihat mesra bersama Hailey dan Hannah. Tanpa mengetahui rahsia yang disorokkan mereka.
DI CAFETERIA
"Wei happynyaa..tak sangka eh beberapa bulan je lagi kita jadi student! "ujar Hannah teruja.
"Haah..lepasni boleh laa kita fokus on our job! Tapi nanti kita celebrate eh! Wajib tau! Kita buat parti. Amacam??"kata Hailey memberi cadangan.
Dikalih wajahnya melihat Adele yang tidak memberikan sebarang reaksi. Tekun dengan makanannya. Termenung aja.
"Woi Adele kau dengar tak kitorang cakap ni? Aduhmak boleh pulak kau termenung kan. Kau tak rasa excited ke??" tanya Hannah yang tak puas hati.
"Ouh sorry sorry aku mengelamun tadi. Apa kau tanya? Haah mesti lah excited! Aku nak masuk kerja dengan Aron nanti. But dont worry keh! Aku join la korang kalau ada shooting modelling ke apa."bersungguh sungguh Adele menjawab.
Tidak mahu teman temannya terasa hati. Hailey memandang Hannah dengan satu pandangan. Muncul idea jahatnya untuk mengusik Adele.
"Btw tadi kitorang rancang nak buat parti tau. Nanti boleh laa ajak abang abang kau yang hensem tu..hehehs. And why not kalau kita ajak Sir Aiden; kan Hannah kan?"muka teruja ditayangkan.
Puas hatinya melihat raut wajah Adele berubah. Dia perasan perubahan Adele sejak dua menjak ni. Bukannya dia tak tahu, Adele cemburu bila Aiden rapat dengan perempuan lain. Tapi yang lawaknya, perempuan lain tu hanyalah adik adik tirinya.
"Haah laa.. Lagipun haritu dia ajak aku keluar. Takkan la kalau kita ajak dia datang party dia tolak kan?kan Adele kan!?"Hannah bersenyum sumbing.

ANDA SEDANG MEMBACA
DEATHWISH AMOR
RomanceAdele florence Anderson Gadis kacukan Thai,Malaysia dan Spain.. Menjadikannya seorang gadis yang cukup sempurna. Kehidupan yang sering diburu mata-mata liar lelaki membuatkannya tekad untuk bersifat kejam sepanjang hidup. Assassin Headhunter Menjadi...