7- BABYGIRL

209 24 6
                                    

Gambar Adele bersama seorang lelaki ditatap dari jauh. Lelaki itu. Lelaki yang merampas semua kebahagiannya. Lelaki yang membunuh daddy.

'You are so freaking cute, girl'

Mana mana lelaki yang melihatnya pasti akan ada yang menyimpan perasaaan. Ditambah pula dengan penampilannya yang selalu menggugat iman seorang lelaki.
Perasaan lelakinya berkocak hebat.

Gadis itu pasti akan jadi miliknya!
Walaupun tanpa kerelaan Adele. Di perhati secara lebih dekat. Adele Florence. Perempuan yang sangat berani. Nafsu, dendam, semuanya bercampur aduk.

'Just wait for me Adele. I'll make you mine. And moan my name, every single night'

Wajah Alex pula di perhati. Lelaki itu bertopeng. Entah kemana menghilangnya pembunuh paling kejam itu. Jangkanya Alex berada di Malaysia, namun Adele pula yang dijumpanya.
Kehadiran seorang lelaki yang selalu bersama Andrew dan Aron menimbulkan perasaan halus di hatinya.
Ah abaikan saja. Lelaki itu hanya seorang pensyarah. Langsung tidak menimbulkan sebarang mara bahaya. Namun lelaki itu juga turut akan diburu.

'No one can touch Adele. Just me!'

Lelaki yang disangka hanya pensyarah itu telah diberi arahan untuk dibunuh. Dan Aiden sudah sedia maklum akan hal itu. Dia hanya menunggu masa. Menunggu masa untuk diserang dan menyerang.


ADELE'S HOUSE

Embun pagi yang menitis di tanah lapang itu tidak dihiraukan. Badannya hanya beralaskan tanah. Bunga bunga harum mekar mewangi di sekelilingnya. Sungguh menyenangkan. Hanya pada waktu cuti je dia boleh menenangkan fikiran di taman rumahnya. Memang tulah rutinnya pada setiap pagi. Assignment yang tertangguh pula akan disiapkan pada malam harinya.

Matanya dipejam lama. Memikirkan jalan cerita hidupnya. Kehidupan yang orang lain tidak pernah merasa. Dua orang lelaki muncul di ingatannya. Seorang datang membuka pintu hatinya yang telah lama tidak berpenghuni. Dan yang seorang lagi pula telah kembali membawa harapan yang baru. Entah siapa yang patut dia percaya dan terima.

"Eherm ehemm jauhnya termenung cik adik!"satu suara mengejutkannya dari terus mengelamun.

"Hannah kau ni memang nak aku mati ke apa! Terkejut aku tau! Pukul berapa sekarang ni?"

"Pukul berapa,? Dah pukul 7 pagi dah adik oi!"

"Oh awal lagi. Yang kau kenapa terpacak pagi pagi dekat rumah aku? Hailey tak datang ke? Cuti cuti pun muka sama je aku hadap"seloroh Adele.

"Eh aku dari semalam ada kat rumah kau. Tidur dengan Aron. Pastu pagi tadi aku masuk bilik Andrew. And then sekarang baru la jumpa kau. Hailey kat dalam lagi. With your prince!"

Muka berlagak ditayangkan. Tangannya disilangkan ke dada, menunggu balasan dari Adele. Sengaja mahu menduga sahabat baiknya.

"Kau memang sial ek? Erhh tak kuasa aku nak melayan perangai kau ni. Dah jom la masuk dalam. Sejuk la pagi pagi ni."

Tangan Hannah ditarik perlahan. Baju tidur separas paha benar benar membuatkan dirinya kesejukan.
Timbul satu idea jahat di fikirannya. Langkah dihentikan dan Hannah dipandang dari atas ke bawah. Sweater pink terang tersarung di tubuhnya. Mungkin gadis itu sudah mandi dan baru balik dari gim.

"Hannah pinjam sweater jap. Aku sejuk sangat ni. Tengok la baju apa aku pakai ni.. Takde lengan pun baju ni"

Muka kasihan ala ala comel ditayangkan. Tanpa sebarang syak wasangka, Hannah menanggalkan sweater dari tubuhnya dan diletakkan di atas bahu Adele.
Adele tersenyum sumbing sebelum berlari ke arah cermin tingkap banglo dan mencampakkannya ke dalam.

DEATHWISH AMORWhere stories live. Discover now