ADELE POV
Telefon yang berada di meja ku ambil. Mana la agaknya Hailey ni. Tadi beria ajak aku keluar. Sekarang batang hidung dia pun aku tak nampak.
Langkahku menuju ke bilik untuk bersiap. Sokay la kalau diorang tiada. Pergi sorang sorang pun okay sebenarnya tapi agak membosankan la.
Rambutku yang selalunya digayakan dengan messy bun dilepaskan. Lagi pun hari ini mendung semacam je.. Jadi cuaca tidak la terlalu panas.Mungkin baju ini agak menonjol tapi tak pe lah kan. Apa boleh dibuat, memang kebanyakan baju aku paras ni je. Kejap lagi nak pi cari baju labuh sikit la. Sakit dah telinga ni dengan ceramah Aron.
Anak tangga perlahan-lahan dituruni. Terjenguk jenguk aku melihat ke aras bawah. Aduh mak. Kenapa la Aiden ni ada lagi kat sini! Uish ramai naw ada ni. Separuh budak-budak kitorang, and separuh lagi aku tak pernah jumpa. Nampak kusyuk je jejaka-jejaka hensem tu berbincang. Mungkin mereka geng Aiden yang turut serta dalam rancangan kali ini. Apa la agaknya yang dibincangkan. Takkan la Andrew minta tolong Aiden dalam kes si Nicholas tu?
"Yow Ace. Nak pergi mana? Meh sini discuss jap."sapa Andrew.
Punya la aku menahan diri daripada menoleh, boleh pula ditegurnya. Mata-mata yang ada di situ semua menoleh ke arahku. Wajah selamba badak ku tayangkan. Mafia mana boleh nampak macam pengecut!
"Aku nak keluar la King. Kenapa ramai-ramai ni? Eh abang-abang kembar pun ada sekali! Bila sampai Malaysia ni?"
"We arrived this morning girl! Dah besar panjang dah budak ni. Still hebat macam dulu tak ni?"tanya Michael kembar kepada Mattew.
Lantas aku dipeluknya. Kami memang rapat. Mereka merupakan hacker dalam Spain Mafia. Dua lelaki ini sememangnya dibesarkan Daddy sejak kecil lagi. Jadi tidak hairan lah aku menganggap mereka seperti abang kandung sendiri. Tetapi mereka lebih rapat dengan Aron. Mungkin kerana umur yg sama.
Sedang aku teruja membalas pelukan Michael, aku dapat rasakan pandangan tajam dari orang di sebelahnya. Siapa lagi kalau bukan Aiden!
Ah lantak dia lah nak fikir apa pun. Aku bukannya pilihan dia pun. Eh? Cam broken je ayat.
Baru saja pelukan ku lepaskan, datang pula Mattew yang kemudiannya mencium pipiku. Dapat dilihat matanya memandang ke arah Aiden. Seolah olah mencabar lelaki itu.
YOU ARE READING
DEATHWISH AMOR
RomanceAdele florence Anderson Gadis kacukan Thai,Malaysia dan Spain.. Menjadikannya seorang gadis yang cukup sempurna. Kehidupan yang sering diburu mata-mata liar lelaki membuatkannya tekad untuk bersifat kejam sepanjang hidup. Assassin Headhunter Menjadi...