"Just keep acting. Acting like we don't know anything."
Tentang Yoshi, Mashiho, Asahi dan Haruto yang ingin memulakan hidup baru.
Genre: Thriller
Main role: Yoshi, Mashiho, Asahi, Haruto
Treasure Fanfiction
Cover by me
start; 9/9/2021 end; 3/3...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Yoshi menghela nafas pelan, dia mengangkat beg berisi pakaian untuk sebulan dengan ragu ragu. Kakinya berjalan keluar dari kawasan Airport yang berada di Korea.
Di belakangnya, Asahi, Mashiho dan Haruto hanya mengikuti langkahnya ke arah kereta teksi yang dipesannya tadi.
"Aku macam tak percaya yang kita sekarang berada di Korea selatan..."
Ucap Asahi, cuba memecahkan keheningan sebaik saja mereka berempat memasuki kereta teksi.
Mashiho tersenyum, ya dia pun tak sangka. Masih segar di ingatannya tentang panggilan talefon dari Mak cik saudara Haruto beberapa hari yang lalu.
"Mashiho, Haruto. Mak cik tahu yang permintaan mak cik ini mungkin terburu buru. Tapi..."
"...mak cik cadangkan kalian pergi ke Korea dan tinggal di rumah anak mak cik. Mak cik risau kamu berempat duduk di sana sendirian dengan emosi yang tak stabil..."
"Mak cik tahu yang kalian berempat dapat cuti satu bulan untuk menstabilkan jiwa...mak cik sudah cakap dengan anak lelaki mak cik untuk jaga kamu berempat di sana."
Dan setelah itu, mereka berempat benar benar pergi ke Korea. Mujur saja, sejak kecil mereka berempat memasuki kelas belajar berbahasa Korea atas rasa minat.
"Yoshi, kau tahu kan jalan untuk pergi ke alamat ni?"
Soal Haruto pada Yoshi yang duduk di hadapan sekali bersebelahan pemandu teksi.
Yoshi mengangguk. "Aku pernah ke Seoul sebelum ni..."
Mashiho dan Asahi menghela nafas lega, hilang kerisauan yang mereka mungkin akan tersesak.
....
"Haruto, sepupu kau si Keita tu...kami pernah berjumpa dengan dia, kan?"
Soal Yoshi sebaik saja mereka berempat hampir sampai di bilik apartmen Teume yang ditinggal Keita, sepupu Haruto.
Bukan Haruto menjawab melainkan Mashiho.
"Ya, kalian ingat tak masa kecil ada budak lelaki yang agak ceria tu..."
Jawab Mashiho laju sambil tersenyum nipis tapi cukup membuat Asahi senang, sudah lama Mashiho tidak tersenyum sejak kematian ibu bapa angkatnya.
Yoshi memetik jarinya. "Oh, yang suka lompat lompat tu."
Mashiho pantas mengangguk.
TOK! TOK!
Pintu bilik bernombor 28 diketuk Asahi sebaik saja mereka menjumpai nombor bilik yang terletak di tingkat 2 itu.
Agak mengambil masa jugak untuk tuan rumah membuka pintu.
Entah apa yang di lakukannya.
Haruto yang dari tadi lagi diam memerhati sekeliling apartmen yang agak suram itu, rasanya tak ramai yang tinggal di dalam bangunan lama ini.
KREK!
Pintu dibuka, menamperkan seorang lelaki yang sedang mengenakan kaus hitam, rambutnya berantakan seolah olah baru bangun dari tidur.
Pemuda bernama Keita itu mengerjap matanya pelan sambil menguap. Dia menatap 4 orang lelaki berketurunan Jepang itu.
"Awalnya kalian datang...kata kemungkinan akan datang pukul 6.00 petang..."
Kata Keita sambil menggosok matanya dengan wajah yang bingung.
"Erm...sebenarnya kami terlewat. Sekarang ni sudah pukul 6:35 petang ..."
Balas Yoshi membuatkan Keita panik. Dia menarik lengan Mashiho yang sedang mengenakan jam tangan.
"Biar betul?! Alamak, aku sudah terlambat..."
"...cepatlah masuk. Aku perlu pergi kerjakan tugas assignment lepas ni..."
Kata Keita terburu buru lalu menarik tangan Haruto dan Asahi melangkah masuk ke dalam bilik apartmen sewanya.
Yoshi menoleh, menatap Mashiho dengan kepala yang tergaru garu.
"Kau kata dia ceria, ini bukannya ceria tapi...cuai."
"Manusia boleh berubah, Yoshi."
....
"Kalian sudah sampai?"
Sebaik saja Haruto mengangkat panggilan dari pegawai polis yang menguruskan kes kebakaran rumah Asahi, suara lelaki itu kedengaran.
Haruto melirik Mashiho yang sedang mengemas barang di atas katil.
"Ya, kami sudah sampai..."
Jawab Haruto tenang, dia duduk di birai katil.
Terdengar helaian nafas di dalam talian.
"Haruto, sampai bila kau nak sembunyikan fakta yang kebakaran tu bukan kemalangan dari Asahi dan Yoshi?"
Soal lelaki tua itu.
Haruto menatap Mashiho yang turut mendengar perbualan mereka, Mashiho hanya tersenyum nipis.
"Aku dan Mashiho terpaksa..aku tak sanggup nak cakap yang ibu bapa kami semua mati bukan kerana kebakaran tu."
"Dan terima kasih sebab tolong kami."
"Haruto-"
"Aku tutup dulu, ya."
Pamit Haruto laju lalu menutup panggilan sepihak sambil menghela nafas berat.
Haruto menatap Mashiho yang sedang menepuk bahunya pelan.
"Haruto, kau tahu kan...sejak ibu bapa kau ambik aku sebagai anak angkat...hidup aku rasa bermakna sangat...disebabkan mereka."
"Tapi...sekarang mereka sudah tiada."
Kata Mashiho, dia mengusap surai rambut Haruto hingga berantakan.
"Mashiho, aku masih ada di sini. Kami bertiga masih ada."
Balas Haruto.
Mashiho lagi lagi tersenyum.
"Aku tahu...mulai sekarang mari kita mulakan buku yang baru...lupakan semua yang telah berlaku."
"Jangan sampai mereka tahu apa punca kematian ibu bapa kita sebenarnya..."