Asahi dan Yoshi melangkah masuk le dalam ruangan apartmen dengan riak wajah gembira, ingin berkongsi berita baik kepada teman temannya bahawa mereka berdua sudah mendapat kerja.
Netra mata Yoshi jatuh pada Haruto, Keita dan Mashiho yang sedang berkumpul di meja makan dengan rauk wajah yang serius.
Keita menoleh ke belakang, menyedari kehadiran dua orang pemuda itu.
"Duduk, ada sesuatu yang aku ingin katakan." Arahnya sambil menarik kerusi kosong bersebelahannya.
Asahi dan Yoshi akur, mereka duduk di meja makan tanpa bersuara sedikit pun, mereka berdua menyedari ketegangan suasana saat ini.
Keita berdehem kecil sebelum mencampak enam keping gambar lelaki yang sedari tadi lagi berada di dalam gengamannya di atas meja hingga berselerak.
"Choi Hyunsuk dan Yoon Jaehyuk, penghuni bilik 27. Jauhi mereka berdua."
Ucap Keita, dia mengerling Haruto yang hanya mengangguk pelan.
"Kim Junkyu dan Park Jihoon, penghuni bilik 25. Jauhi mereka berdua."
Dua keping gambar lelaki yang salah seorang tampak familiar di ingatan Haruto ditunding Keita.
Dan dua keping gambar terakhir di gengamnya lama.
"Bang Yedam dan Kim Doyoung, penghuni bilik 24...jangan pernah bercakap dengan mereka berdua jika mereka bertanya tentang soalan yang agak aneh."
Kata Keita tegas.
Empat orang pemuda itu menatapnya dengan riak wajah yang cukup bingung. Benar benar bingung.
"Keita hyung, kami tak faham kenapa kau suruh kami jauhi mereka..."
Kata Haruto, menyuarakan pertanyaanya.
"Kalian tak perlu tahu."
"Masih ingat pesanan aku hari tu? Jika terdengar atau melihat sesuatu yang...anggap saja itu khayalan."
Ucap Keita dan setelah itu dia berlalu pergi meninggalkan mereka berempat yang sedang menatapnya bingung.
....
TAP.
TAP.
TAP.
Yoshi mengerling jam di lengganya sekilas. Sudah nak masuk pukul 9 malam namun dia belum rasa mengantuk lagi.
Yoshi berjalan sendirian di lorong apartmen itu untuk mengambil udara segar pada waktu malam.
'Jika dilihat lihat sekali lagi, penghuni dekat tingkat 2 ni agak sedikit berbanding tingkat 1. Banyak bilik kosong di sini.'
Fikir Yoshi sambil berjalan sendirian. Sorot matanya jatuh pada pintu bilik no. 24 yang masih terbuka luas, telinganya menangkap bunyi yang bising datang dari sana.
SKREEK
SKREEK'Aneh, bunyi apa tu...?'
Atas rasa panasaran, Yoshi mendekat dengan niat untuk bertegur sapa dengan jiran barunya. Pesanan Keita petang tadi sudah terbang menjauh dari ingatannya.
Yoshi mengengam tombol pintu, menatap keadaan di dalam sana dengan wajah tertanya sehinggalah...sorot matanya jatuh pada seorang pemuda berambut coklat yang sedang mengikat seorang lelaki muda yang tampak tidak sedarkan diri di ruang tamu apartmen bilik 24.
YOU ARE READING
[✓] Close your eyes
Fanfic"Just keep acting. Acting like we don't know anything." Tentang Yoshi, Mashiho, Asahi dan Haruto yang ingin memulakan hidup baru. Genre: Thriller Main role: Yoshi, Mashiho, Asahi, Haruto Treasure Fanfiction Cover by me start; 9/9/2021 end; 3/3...