17

344 59 19
                                    

Asahi bersandar pada dinding bumbung rooftop apartmen Teume sambil menghembuskan asap rokok yang dihisapnya.

"Asahi, sejak bila kau merokok?"

Bahu Asahi terhinjut ke depan saat suara Mashiho kedengaran dari belakang, dia menoleh ke arah Mashiho yang sedang memandangnya datar.

Senyuman tipis terukir di bibirnya. "Sejak kematian ibu bapa aku." Ucapnya tenang lalu menghisap semula putung rokok itu.

PUKK!

Dengan helaian nafas yang panjang, Mashiho merampas putung rokok yang berada di dalam gengaman Asahi lalu dipijaknya mengguna hujung kasut.

"Lebih baik kau berhenti kalau tak nak tengok aku ikut tabiat buruk kau."

Ugut Mashiho dengan nada suara yang rendah, cuba menahan emosinya melihat perubahan Asahi.

Asahi hanya mendiamkan diri. Dia membuang pandang ke arah langit yang hampir gelap.

"Kau rasa macam mana keadaan Yoshi sekarang ni?" Soal Mashiho pelan.

Asahi tersenyum. "Aku tak tahu...aku cuma mahu pulang ke Jepang sekarang ni. Kita ada tiga hari lagi untuk pulang, Mashi."

Ucapan Asahi barusan menyedarkan Mashiho yang tarikh passport mereka di sini hampir tamat.

"Asahi, kau tak kisah ke pasal keadaa-"

"Mashiho, kau mahu tahu sesuatu tak?" Asahi memotong ucapan Mashiho dengan pandangan yang sukar ditafsirkan.

"Aku jumpa Yoshi tadi."

Kata Asahi sambil membuang pandang ke arah langit yang tampak indah di matanya.

Deg.

Dan saat itu, jantung Mashiho berdisko di dalamnya.

"Tak kelakar Asahi." Kata Mashiho terbata.

"Sebab ini bukannya lawak. I'm telling you a true."

Kata Asahi lagi, cuba meyakinkan.

"T-tapi macam mana-"

"Aku sempat mintak pada Jaehyuk lokasi tempat persembunyian Jaden. Di tingkat 1 dan tersorok belakang stor yang memang dah lama tak digunakan."

"Aku tidak sengaja ternampak pintu ruangan tu terbuka dan lepas tu...aku masuk."

"Jaden mungkin tiada masa tu dan lupa untuk kunci pintu."

Asahi memandang lurus ke arah anak mata Mashiho, cuba menyampaikan kejujurannya.

Mashiho mengcekam kolar baju Asahi dengan sorot mata yang gugup.

"Macam mana keadaan dia...?"

Asahi terkekeh kecil.

"Well, tangan dan kaki dia terikat di katil. Wajahnya pucat-"

"Aku mahu pergi jumpa dia-"

Potong Mashiho laju. Belum sempat dia ingin mengangkat kaki, Asahi terlebih dahulu menahan lengannya.

"Mashiho, kau tahu tak apa yang dia beritahu aku waktu tu?"































"Dia beritahu aku supaya tinggalkan dia dan balik Jepang dengan selamat."

"Apa...?"

.....

BANG!

Mashiho menutup pintu rooftop dengan kasar.

Mashiho tidak percaya.

Hatinya terasa sesak saat ucapan Asahi tadi terngiang-ngiang di benak kepalanya. Kaki mugilnya berjalan menurun anak tangga.

BRAK?!

Bahu Mashiho terhinjut ke hadapan saat bunyi bising berasal dari bawah tangga tingkat dua bergemar.

"Shhh, Junkyu. Senyap sikit. Nanti ada orang dengar..."

"Hmmm."

Samar samar suara seseorang yang kedengaran familiar bergemar di ruangan tangga itu.

Dengan langkah yang longlai, Mashiho berjalan mendekati dinding tangga yang agak tersorok.

Deg.

Anak mata Mashiho membesar dengan wajah yang yang memucat saat sorot matanya jatuh pada dua orang lelaki yang sedang memotong kaki seorang wanita di sebalik dinding tangga yang tersorok.

Wanita itu sedang dikungkung ke dinding dengan anak mata yang membesar, jarinya bergerak menandakan dia masih lagi hidup.

Mashiho masih ingat lagi wajah mereka berdua.

Jihoon dan Junkyu.


"ARGHHHhhh...."

Wanita itu berteriak sakit saat pergelangan kakinya dipotong Jihoon menggunakan kapak yang selalu dibawanya.

"Shh, dah nak mati pun sempat menjerit lagi hmm." Bisik Junkyu sambil meraih tukul besi yang disimpan di dalam plastik hitamnya.

"J-jangan..." Gadis itu cuba memberontak saat Junkyu mengangkat tinggi tukul besi sambil menghala pada kepalanya.

BANG!

BANG!

Dan setelah itu, Mashiho pantas menutup telinganya rapat dan melarikan diri dari sana dengan jantung yang tak henti berdisko.

Brak!

Pintu apartmen bilik Keita di buka kasar oleh Mashiho. Pemuda bertubuh kecil itu mengambil nafas sedalam-dalam yang mungkin.

"Haruto!"

Saat kakinya menjejak kawasan apartmen Keita, nama adik angkatnya yang dipanggil dulu.

Haruto yang baru keluar dari bilik memandang Mashiho dengan tatapan bingung.

"Kita balik Jepang esok." Ucap Mashiho serius sebelum menarik Haruto masuk untuk mengemas pakaian.

Dahi Haruto berkerut.

"T-tapi, Yoshi-"






"Kita.balik.jepang.esok. Paham?" Ucap Mashiho penuh penekanan sebelum mengambil beg pakaiannya.

'Maaf, Yosh-"

Aku takut tinggal di sini lama-lama.

.....

Hari esoknya mereka bertiga benar benar bersedia untuk pulang dengan pakaian uang sudah kemas rasmi.

Keita memandang Mashiho dan Haruto yang sedang memakai kasut mereka, bersedia untuk pergi dari apartmennya.

Keita berdehem, cuba untuk bersuara.

"Tentang Yosh--"

"Dia sudah mati, kan? Jangan bahas topik tentang orang mati."

Ucap Asahi yang baru saja datang bersama beg sandang berisi pakaian dan barang keperluannya.

Sontak itu, Keita menutup mulutnya rapat. Menurutnya, Asahi agak menakutkan sejak kebelakangan ni...berbeza dengan Asahi yang dia kenal dulu.

"Kami pergi dulu, ya. Terima kasih atas tumpangan ni."

Pamit Haruto yang sudah selesai mengikat kasutnya, dia menunduk sopan pada sepupunya.

Dan setelah itu, Asahi, Haruto dan Mashiho benar benar pergi dari bilik apartmennya...meninggalkan Keita yang menghela nafas.

Bersambung

17/2/2022

________
Don't forget to vote 😉
Ini hanya cerita rekaan semata-mata saja (θ‿θ)

[✓] Close your eyesWhere stories live. Discover now