12

313 61 24
                                    


Note::

Akio, Azumi as parents Asahi
Hiiro, Haruka as parents Haruto, Mashiho
Yutaka, Yuko as parents Yoshi


𝙸𝚗𝚒 𝚑𝚊𝚗𝚢𝚊 𝚗𝚊𝚖𝚊 𝚛𝚎𝚔𝚊𝚊𝚗 𝚢𝚊𝚗𝚐 𝚍𝚒𝚌𝚊𝚛𝚒 𝚊𝚞𝚝𝚑𝚘𝚛 𝚍𝚒 𝚍𝚊𝚕𝚊𝚖 𝚜𝚎𝚗𝚊𝚛𝚊𝚒 𝚗𝚊𝚖𝚊 𝚘𝚛𝚊𝚗𝚐 𝚓𝚎𝚙𝚊𝚗𝚐.

......

Mashiho tersenyum.

"Jadi ceritanya bermula di mana kami semua sedang menyambut kepulangan ibu bapa Yoshi di rumah Asahi..."

Flashback

Azumi- ibunya Asahi menghidangkan makanan di ruang tamu dengan dengan senyuman yang tak luntur dari wajahnya mengingatkan adik perempuannya akan pulang ke Jepang setelah sekian lama bekerja di Korea bersama suaminya.

"Mak cik Azumi...Asahi dan Yoshi tak balik lagi ni..."

Keluh Mashiho yang sedang mencuci pinggan di dapur. Azumi tersenyum kecil lalu menatap Haruto yang sedang berbual di ruang tamu bersama suaminya Akio dan ibu bapanya.

"Nanti mereka akan sampai juga."

Kata Azumi sambil menyambung kerjanya, tangannya bergetar hebat saat bunyi ketukan dari pintu bergemar.

TOK
TOK

Azumi menghela nafas sesak sebelum menyuruh Haruka-ibunya Haruto membuka pintu.

Akio iaitu ayahnya Asahi dan ayah Haruto bernama Hiiro berpandangan penuh erti.

"Mereka sudah sampai."

Guman Hiiro pelan sambil menepuk pelan bahu Akio dengan helain nafas lelah.

Kleck.

Pintu dibuka, mempamerkan wajah ibunya Yoshi-Yuko dan suaminya Yukata yang agak serius.

"Di mana Yoshi sekarang ni?!"

Soal Yuko kasar tanpa nada sopan.

Haruka tersenyum kecil sebelum bersuara. "Tenang, dia pergi ke kedai bersama Adahi. Kami sengaja menyuruhnya."

Kata Haruka tenang. Yukata mendengus kesal lalu menolak kasar tubuh ibu Haruto ke tepi.

"Hei, jiran sebelah berhenti mencampur urusan peribadi kami!"

Ucap Yukata pada Haruka dengan delikan tajam.

Haruto dan Mashiho mengernyit bingung menyedari sikap ibu bapa Yoshi yang agak berbeza dengan yang diceritakan Azumi.

"Suruh dia balik cepat, kami mahu anak kami ikut kami pulang ke Korea bersama. Kembalikan anak lelaki kami yang kalian ambik secara paksa."

Haruto dan Yoshi berpandangan lama, bukankah Azumi kata yang ibu bapa Yoshi yang menyuruhnya tinggal di sini?

Azumi menggeleng laju.

"Tidak boleh. Lagi pun dia sudah cukup tenang tinggal bersama kami...aku tak nak dia terpengaruh dengan kerja kotor kalian-!"

[✓] Close your eyesWhere stories live. Discover now