Bungkam.
Semuanya bungkam mendengar cerita Haruto dan Yoshi.
Asahi tidak berhenti mengalirkan air mata mengingatkan pejuangan ibunya-Azumi. Dia cuba menahan tangisannya.
Keita dan Jeongwoo menunduk kepala, rasa sebak mendengar cerita mereka berdua di mana ibu Asahi cuba membetulkan keadaan namun gagal.
"Nampaknya Yoshi mungkin salah faham dengan kalian..."
Kata Keita pelan sambil menunduk.
Haruto tersenyum kecil.
"Dia bukan bunuh diri di sebabkan kesalahfahaman ini, kan?"
Keita menggeleng mendengar pertanyaan Haruto. "Aku tidak tahu..."
'Tidak, bukan sebab tu-'
Jawab Asahi di dalam hati sambil mendiamkan diri.
Jeongwoo berdehem kecil, cuba mengalihkan perbualan topik mereka berdua.
"Jadi kalian ingin mendengar penjelasan mengenai orang di apartmen itu, kan?"
Sosl Jeongwoo sambil menyiku lengan Keita yang duduk bersebelahannya.
Asahi menatap intens ke arah mereka berdua, megingat larangan Keita untuk tidak mendekati beberapa penghuni di tingkat 2 itu.
"Penghuni bilik yang kau larang dekati tu...semuanya pembunuh, kan?"
Teka Asahi yang dibalas anggukan dari Keita dan juga Jeongwoo.
Mashiho menghela nafas kesal, benar sangkaannya selama ni. Banyak benda yang tidak sepatutnya dilihat mereka terjadi di sini.
Bermula dengan pemuda koala yang memegang tukul berlumuran darah dan juga bunyi jeritan yang datang dari bilik penghuni 26 setiap malam.
"Pembunuh pembunuh ni berkumpul dan tinggal di apartmen Teume tingkat 2 dan selalu berkeliaran mencari mangsa yang sesuai untuk di jadikan target."
"Penghuni yang tinggal di sana...mereka semua tahu sesuatu cuma kerana atas sesuatu sebab mereka butakan mata, seolah olah tidak pernah tahu mengenai hal ini."
Kata Jeongwoo sambil memainkan jarinya di bawah meja.
"Biar aku teka, alasannya tentu kerana takutkan?"
Teka Asahi yang dibalas anggukan dari Keita.
"Tiada siapa yang berani bersuara, mereka terlalu takut untuk hubungi polis atau pun melarikan diri dari sana..."
Keita memejam tubir matanya yang terasa panas.
"...tapi berbeza dengan Junghwan, bekas penghuni bilik 26.
"Tunggu- bukankah dia budak yang mati dalam berita tu?" Mashiho menekup mulutnya dengan wajah shock.
"Ya, dia pernah tinggal di sini. Dia dan Jeongwoo pernah sebilik sebelum ni. Junghwan sememangnya budak yang berani..."
"...dia sudah tidak tahan tinggal di tempat durjana ini dan akhirnya dia buat keputusan untuk lari dan laporkan apa yang dia lihat di sini pada polis."
"Tapi seperti yang kau lihat dalam berita tu, dia belum sempat untuk lapor pada polis dan hidupnya tamat di tangan salah seorang dari mereka."
Kata Keita dengan senyuman kecil.
"Keita hyung, macam mana kau boleh tinggal di sini? Tempat ni dipenuhi...pembunuh."
Soal Haruto yang dibalas senyuman misteri dari Keita.
Haruto hanya diam, dia menatap sepupunya lama.
"Keita hyung, macam mana kau boleh tahu sebanyak ni tentang mereka?"
YOU ARE READING
[✓] Close your eyes
Fanfiction"Just keep acting. Acting like we don't know anything." Tentang Yoshi, Mashiho, Asahi dan Haruto yang ingin memulakan hidup baru. Genre: Thriller Main role: Yoshi, Mashiho, Asahi, Haruto Treasure Fanfiction Cover by me start; 9/9/2021 end; 3/3...