Jangan lupa vote 😉
_________________Mereka berempat hanya mampu mengangguk mendengar penjelasan Jaehyuk dan Jeongwoo tentang alasan pemuda Yoon itu masih bertahan tinggal di sana.
"Aku tiada tempat tinggal lain untuk tinggal dan...aku sedar, mungkin sudah terlalu lambat untuk aku berpatah balik..."
Jelas Jaehyuk sambil memainkan jarinya di bawah meja.
Tak lama itu, mereka berenam sama sama mendiamkan diri atas alasan tidak tahu ingin bercakap tentang apa.
Asahi melirik wajah sahabatnya dengan helaian nafas yang berat, ada sesuatu yang sedang bermain di fikirannya sejak kehilangan dan kematian Yoshi.
"Disebabkan hari ni semua orang berkongsi semua rahsia...aku pun ingin katakan sesuatu jugak..."
Kata Asahi tiba tiba bagi memecahkan keheningan mereka.
Haruto dan Mashiho memandang Asahi dengan dahi berkerut.
"Asahi, jangan kata yang kau pun sembunyikan sesuatu dari kami jugak?"
Soal Haruto pelan tapi dari nada suaranya kedengaran cukup tidak percaya, dia fikir temannya itu seorang yang jujur.
Asahi tersenyum getir.
"Bukan rahsia aku...tapi ini berkaitan dengan Yoshi."
Kata Asahi sambil membuang pandang ke arah lain, tidak sanggup memandang orang orang di hadapannya kerana dia masih lagi ragu dengan firasatnya.
"Asahi, kau nak cakap apa ni?" Soal Keita yang dari tadi lagi mendiamkan diri. Jeongwoo yang duduk bersebelahannya turut mengangguk.
Asahi mengambil nafasnya sedalam dalam yang mungkin.
"Aku rasa Yoshi masih hidup lagi."
"Apa?!"
"...dan aku baru tahu yang Yoshi ada dua orang adik beradik kembar, Jaden dan Yochi."
"APA?!!!!!!"
Kali ni gabungan nada suara mereka berlima semakin kuat hingga bergemar di dalam kafe milik Han Seungwoo itu.
Mujur saja kaca tingkap kafe itu kalis bunyi, lagi pun hanya ada mereka berenam di sana serta Seungwoo yang berada di biliknya.
Keita dan Jeongwoo membulatkan matanya serentak.
Jaehyuk terbungkam hingga tidak mampu bersuara.
Haruto dan Mashiho mematung dengan perasaan kecewa yang cukup besar, kenapa Yoshi tidak pernah beritahu mereka?
Bukankah mereka ini sahabat yang rapat seperti keluarga juga??
"Macam mana kau tahu dia masih hidup dan tentang kembarannya itu?" Soal Mashiho.
"Satu hari lepas Yoshi dikhabarkan hilang...aku terbaca diarinya tentang sewaktu dia kecil, dia dapat tahu yang dia ada dua orang adik lelaki kembar."
"Tapi ibu bapanya menyuruhnya mendiamkan diri..."
Jelas Asahi sambil mengetuk meja dua kali. Pandangannya jatuh pada wajah Mashiho yang tampak shock, mungkin terkejut dengan berita yang begitu menejutkan.
"Mashiho, kau ingatkan yang kau pernah kata tapak tangan Yoshi luka sebab kena pisau, kan?"
Soal Asahi tiba tiba membuatkan mereka yang lain memandang mereka secara bergantian.
Mashiho mengangguk meski pun bingung.
"Tapi kenapa aku tidak nampak kesan luka tu dekat mayat Yoshi pada hari kematiannya hari tu." Asahi tersenyum kecil.
"Dan Yoshi juga ada tanda lahir di perutnya, mayat lelaki hari tu tiada tanda lahir...dia bukannya Yoshi."
Sambung Asahi lagi.
Keita, Haruto dan Mashiho membulat matanya cukup besar, mereka merasa bodoh kerana tidak sedar tentang fakta itu.
Sekarang Haruto faham kenapa Asahi tergelak macam orang gila di dalam bilik mayat hari tu.
"Aku sendiri terkejut sebenarnya, tidak sangka mak cik Yuko ada tiga orang anak sebenarnya."
Kata Asahi sambil mengangguk pelan, mengingatkan yang wanita itu menembak ibunya cukup menghiris kepingan jiwanya.
"Jadi sudah jelas bukan? Salah seorang kembar Yoshi bunuh diri untuk mengumpan kita supaya ingat Yoshi sudah tiada lagi. Dan salah seorang lagi yang menculik Yoshi."
"Jadi apa motif penculik tu sampai sanggup korbankan nyawa kembarnya yang satu lagi demi membuatkan kita percaya yang Yoshi sudah mati. Jadi Jaden atau Yochi yang culik Yoshi ni."
Jeongwoo bersuara pelan dengan mata bak serigalanya yang memancarkan rasa ingin tahu.
Asahi menggeleng tidak tahu.
"Aku ingin tanya sesuatu ni?"
Jaehyuk mengangkat bicara.
"Kau kata nama dia Jaden, kan tadi??" Soal Jaehyuk ragu ragu.
"Ha'a."
"B-bukankah itu nama..." Ucapan Jaehyuk terhenti, dia memandang Keita seakan akan mengingat sesuatu.
Mereka sudah maklum yang Keita pun pernah menjadi sebahagian dari pembunuh pembunuh kejam itu.
Keita memetik jarinya kuat.
"Hei, kalian tentu fikir...pembunuh bersiri yang tinggal di sana hanyalah Hyunsuk, Jihoon, Junkyu, Doyoung dan Yedam, kan?"
Mereka bertiga mengangguk.
"Ada seorang lagi. Dia tinggal di bawah tanah apartmen Teume dan dia yang paling gila antara mereka semua."
"Kami semua tidak pernah melihat mukanya kerana dia selalu memakai topeng setiap kali bertemu di majlis perjumpaan khas untuk para pembunuh."
"Namanya Kenemoto Jaden."
Ucap Keita serius, sebenarnya masa mula mula dia dengar nama Kenemoto...dia fikir ianya kebetulan tapi bila difikirkan semula...semuanya memang benar benar logik.
Tidak hairanlah jika suara Yoshi kedengaran familiar waktu mereka mula mula berjumpa.
Okay, Mashiho, Haruto serta Asahi hampir tergelak sebenarnya mendengar perkataan 'majlis perjumpaan khas untuk para pembunuh' tidak sangka pula yang psychopath pun ada perjumpaan seperti mesyuarat, kan?
"Jika difikirkan semula, Yoshi hilang di apartmen Teume...jadi mungkin penculik nya juga mungkin tinggal di sana." Kata Aasahi.
"Ini hanya tekaan aku, kemungkinan besar yang culik Yoshi itu Jaden dan yang mati itu Yochi, kan?"
Jeongwoo mengetuk jarinya pada permukaan meja kayu.
"Jadi maksudnya Yoshi masih hidup...dan yang aku nampak terjun bangunan itu kemungkinan Yochi..."
"Wow."
Hanya itu yang mampu Jeongwoo ungkapkan.
Bersambung
09112021
_________
Kalau tak faham untuk bab ni, komen ya. Author akan jelaskan.Yochi tu nama truz Yoshi, kan?
Jaden, Yochi, Yoshi.
Kalau tak salah author Jaden itu nama english Yoshi, kan? Author tak pasti ejaan sebenar dia Jaden ataupun Jaiden 😅
Rasanya author pernah cakap orang yang culik Yoshi dan bunuh Junghwan tu huruf depannya J, kan?
Ianya Jaden.
Bayangkan muka Yoshi jelah, nama pun kembar, kan.
YOU ARE READING
[✓] Close your eyes
Fanfiction"Just keep acting. Acting like we don't know anything." Tentang Yoshi, Mashiho, Asahi dan Haruto yang ingin memulakan hidup baru. Genre: Thriller Main role: Yoshi, Mashiho, Asahi, Haruto Treasure Fanfiction Cover by me start; 9/9/2021 end; 3/3...