01

769 75 37
                                    

"Asahi, cepatlah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Asahi, cepatlah."

Rengek Yoshi pada lelaki berbaju hitam yang sedang mengisi barang di dalam troli yang ditolaknya.

"Sabar, roti tak jumpa lagi ni..."

Kata lelaki bernama Asahi itu, matanya bergerak mencari rak roti yang terletak di pasaraya itu.

"Cepat..."

"Sabar, Yoshi. Aku tahu kau tak sabar nak berjumpa dengan ibu kau. Tapi kita kena beli bahan bahan untuk masakan dulu."

Gerutu Asahi, letih dengan sikap Yoshi yang tidak sabar bertemu dengan ibubapanya yang baru saja pulang dari Korea.

Yoshinori-sepupu Asahi yang tinggal bersama keluarga Asahi untuk sementara waktu kerana ibu lelaki sepupunya itu tidak membenarkan anak lelakinya mengikuti mereka ke Korea.

Entah atas alasan apa tapi Yoshi hanya menuruti perkataan ibu bapanya dengan hati yang berat.

Yoshi mengunci mulutnya rapat, jika dia semakin mendesak semakin lambat Asahi membeli barang.

Setelah selesai membeli dan membayar barang, mereka berdua cepat cepat pulang ke rumah untuk berjumpa dengan ibu bapa Yoshi yang sudah bertahun tahun tidak pulang kerana kerja di Korea.

....

Hancur.

Itu yang dirasakan Asahi dan Yoshi saat tiba di rumah dan melihat api membara sedang memakan rumah keluarganya yang sedang dipenuhi orang ramai.

Tiada lagi senyuman manis yang terlakar di wajah dua pemuda itu.

Rumah mereka terbakar di makan api.

Plastik berisi barang yang digengam Asahi terjatuh begitu saja, air mata yang mula mengalir di biarkannya.

Yoshi hanya diam, melihat cahaya api yang sedang mewarnai rumah sepupunya...dengan dada yang sesak.

Beberapa orang yang tinggal berdekatan datang untuk menolong memadamkan api sementara menunggu pihak Bomba datang.

"Apa yang sedang berlaku ni?"

Lirih Asahi.

Yoshi merangkul kedua dua belah bahu Asahi dengan mata yang cukup merah. "Ibu bapa kita berdua mana?! Mana mereka?!"

Jerit Yoshi frutasi, firasatnya kuat mengatakan yang ibu bapa mereka ada di dalam sana.

Asahi mendorong Yoshi menjauh, masih lagi dengan air mata yang membanjiri pipinya. "Kenapa kau tanya aku? Kita berdua sama sama baru sampai..."

[✓] Close your eyesWhere stories live. Discover now